You are here: Home

AnakkuSayang.com

Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan

E-mail Print PDF
DSCN2934Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.
sumber : susuibu.com 

Last Updated ( Thursday, 26 August 2010 03:55 )  

Comments  

 
0 #1 ummuuswah 2010-07-27 09:37
jom teruskan penyusuan
Quote
 
 
0 #2 aida fazlin yaakob 2010-08-03 09:08
anjuran al-quran:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

hmm..kalau di negara-negara eropah ada yang memberikan cuti bersalin kepada kakitangan awam sehingga enam bulan bagi menggalakkan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Link ke portal AnakkuSayang

iklan-portalCopy code dibawah dan masukkan dalam blog anda

Jom Dengarkan al-Qur'an

quran3

Jom dengarkan Al-Qur'an di rumah !
Copy code dibawah ke blog anda

Hantar Artikel

emailKongsikan artikel yang anda tulis atau jumpa dengan semua pengunjung AnakkuSayang di sini...

Sertai AnakkuSayang

giftSertai kami sekarang dan dapatkan pelbagai kelebihan