You are here: Home Pendidikan Pendidikan Anak Praktis Ke Masjid Dengan Si Kecil

AnakkuSayang.com

Praktis Ke Masjid Dengan Si Kecil

E-mail Print PDF
surauWah... tak sabar rasanya nak sambut Ramadan ni. Terimbau kembali kenangan bersahur di pagi hari, keletihan berpuasa dan kenikmatan berbuka. Terngiang-ngiang suara imam dalam solat tarawih, suara makmum mengaminkan doa dan bacaan Quran di waktu senggang. Rindu juga pada bau rumput tatkala lewat ke surau sehingga bertarawih di atas rumput yang dihampar tikar dan bau moore seusai solat.

Mungkin ketika belum bercahaya mata, kita bebas berbuat apa saja. Tapi setelah beranak pinak ni, ibubapa perlulah lebih kreatif dan bekerjasama untuk menghidupkan Ramadhan. Mungkin tidak sukar menuntun tangan anak yang sudah pandai berjalan dan mendengar arahan untuk duduk di tepi dinding masjid sehingga kita selesai solat, tapi mudahkah untuk membiasakan bayi untuk senyap sehingga kita selesai solat.

Jika pembaca ingin juga menunaikan solat tarawih di surau atau masjid tapi mempunyai bayi yang masih kecil, bertindaklah sekarang.

1. Kelengkapan ke surau
Pastikan anda membawa peralatan solat seperti telekung solat, sejadah dan Al-Quran jika perlu. Sediakan lapik seperti toto kecil untuk alas bayi, bantal kecil, mainan yang tidak mengganggu jemaah lain, susu dan 'diapers'. Jangan lupa untuk memasukkan semuanya dalam satu beg supaya senang diurus.

2. Keadaan surau
Pastikan surau atau masjid yang akan anda datangi selesa untuk anda dan bayi seperti ruang solat yang agak luas. Rakaat solat tarawikh dan bacaan solatnya juga tidak terlalu panjang. Jika anda turut membawa kanak-kanak, pastikan tangga surau tidak terlalu tinggi kerana mereka gemar bermain di tangga.

3. Kenderaan ke surau
Pilihlah kenderaan yang sesuai untuk anda sampai ke surau. Adalah lebih baik jika anda turut membawa teman jika sesuatu yang tidak terjangka terjadi.

Jangan lupa untuk meluruskan niat kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan solat-solat anda sepanjang Ramadhan ini. Jika anak menangis, utamakanlah dia berbanding solat bersama imam kerana tangisannya akan mengganggu jemaah yang lain. Sabarlah di atas kesulitan yang terjadi kerana masih ada bahagian pahala yang lain dari Allah untuk orang yang sabar.

Salam Ramadhan untuk semua.

 

Last Updated ( Thursday, 26 August 2010 03:50 )  

Comments  

 
0 #1 ummuuswah 2010-07-27 09:50
selamat menyambut Ramadhan.
Quote
 
 
0 #2 aida fazlin yaakob 2010-08-03 09:14
anak saya berusia 1 thn setengah dan 3 thn yang mana kedua-duanya tengah lasak dan aktif..sesuai ke jika hendak dibawa ke surau kerana bimbang mengganggu jemaah sedang solat..minta pendapat..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Terbaru di Blog

  • Jerat Skim Cepat Kaya – Hati-hati
    Assalamualaikum wbt semua. Seperti biasa, saya mengemaskini blog ini seminggu sekali. Jika masa mengizinkan, blog ini akan dikemaskini dengan lebih kerap. InsyaAllah. Ini adalah perkongsian saya dengan anda semua. Buat para pembaca sekalian, dalam dunia maya ini, kita seringkali akan menerima perbagai...
  • Anak (Toddler) Aktif Fizikal dan Mental
    Buat semua pembaca, artikel ini disediakan buat kalian yang sudah mempunyai anak. Seperti biasa, saya seringkali berkongsi pembacaan saya, jadi pembacaan saya kebanyakannya (tak semua) berkisar tentang anak-anak sekitar umur 1-5 tahun kerana Setiap bayi pastinya berbeza dari sudut sikap dan...
  • Ajar Anak Berterima Kasih – Pupuk Sikap Rendah Diri
    Anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih. Pernah satu hari anak...
  • Pendidikan Anak Berusia 13 Bulan
    Video di atas di ambil dalam bulan Mei yang lalu. Ketika ini umur Muhammad dalam lingkungan 13 bulan. Memang bukan perkara mudah mengajar bahasa kepada anak. Akan tetapi, apabila ia menjadi kebiasaan, maka tiada lagi perkataan sukar mengajar anak. Selain bahasa...
  • Aktiviti Anak Bagi Ibu Bekerjaya
    Assalamualaikum wbt… Hampir bersarang pula blog ini. Ok, sekarang saya dah merasai bagaimana menjadi ibu bekerjaya. Hakikatnya, saya masih tidak boleh meninggalkan kerja-kerja online. hehe… Baiklah, berkenaan pendidikan anak bagi ibu bekerjaya, saya sudah jelaskannya dalam artikel ini http://anakkusayang.com/blog/pendidikananak/ibu-berkerjaya-mendidik-anak Sekarang, ...
anak soleh

Games Pendidikan AnakkuSayang

Sembang


ShoutMix chat widget

Iklan



Link ke portal AnakkuSayang

iklan-portalCopy code dibawah dan masukkan dalam blog anda

Jom Dengarkan al-Qur'an

quran3

Jom dengarkan Al-Qur'an di rumah !
Copy code dibawah ke blog anda

Hantar Artikel

emailKongsikan artikel yang anda tulis atau jumpa dengan semua pengunjung AnakkuSayang di sini...

Sertai AnakkuSayang

giftSertai kami sekarang dan dapatkan pelbagai kelebihan