You are here: Home Pendidikan Pendidikan Anak Tanda-tanda Anak Bersedia ke Tandas

AnakkuSayang.com

Tanda-tanda Anak Bersedia ke Tandas

E-mail Print PDF

Ramai ibubapa yang tertanya-tanya, bilakah wantu yang sesuai untuk melatih anak ke tandas? Berikut adalah tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa

  1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
  2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).

Skil Kognitif

  1. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
  2. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)

Skil Emosi

  1. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
  2. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
  3. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
  4. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
  5. Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.

Skil Motor

  1. Boleh berjalan dengan baik
  2. Boleh menanggalkan seluar sendiri
  3. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
  4. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
  5. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari

Penjagaan Badan

  1. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
  2. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
  3. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
  4. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)

Selamat mencuba. 

Last Updated ( Tuesday, 27 July 2010 06:44 )  

Comments  

 
0 #1 ummuuswah 2010-07-27 09:36
sabar tu perlu untuk melihat hasilnya.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Terbaru di Blog

  • Ramadhan, Syawal dan Anak
    Hari-hari terakhir, Abdullah berjaya puasa sampai jam 2 petang. Itu pun ibu mertua yang ajar macam mana nak ajar anak berpuasa. Balik rumah mertua pun dan hujung-hujung Ramadhan. InsyaAllah akan menjadi pengajaran yang bermakna buat diri sendiri. Memang sepatutnya umur...
  • Jerat Skim Cepat Kaya – Hati-hati
    Assalamualaikum wbt semua. Seperti biasa, saya mengemaskini blog ini seminggu sekali. Jika masa mengizinkan, blog ini akan dikemaskini dengan lebih kerap. InsyaAllah. Ini adalah perkongsian saya dengan anda semua. Buat para pembaca sekalian, dalam dunia maya ini, kita seringkali akan menerima perbagai...
  • Anak (Toddler) Aktif Fizikal dan Mental
    Buat semua pembaca, artikel ini disediakan buat kalian yang sudah mempunyai anak. Seperti biasa, saya seringkali berkongsi pembacaan saya, jadi pembacaan saya kebanyakannya (tak semua) berkisar tentang anak-anak sekitar umur 1-5 tahun kerana Setiap bayi pastinya berbeza dari sudut sikap dan...
  • Ajar Anak Berterima Kasih – Pupuk Sikap Rendah Diri
    Anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih. Pernah satu hari anak...
  • Pendidikan Anak Berusia 13 Bulan
    Video di atas di ambil dalam bulan Mei yang lalu. Ketika ini umur Muhammad dalam lingkungan 13 bulan. Memang bukan perkara mudah mengajar bahasa kepada anak. Akan tetapi, apabila ia menjadi kebiasaan, maka tiada lagi perkataan sukar mengajar anak. Selain bahasa...
anak soleh

Games Pendidikan AnakkuSayang

Sembang


ShoutMix chat widget

Iklan



Link ke portal AnakkuSayang

iklan-portalCopy code dibawah dan masukkan dalam blog anda

Jom Dengarkan al-Qur'an

quran3

Jom dengarkan Al-Qur'an di rumah !
Copy code dibawah ke blog anda

Hantar Artikel

emailKongsikan artikel yang anda tulis atau jumpa dengan semua pengunjung AnakkuSayang di sini...

Sertai AnakkuSayang

giftSertai kami sekarang dan dapatkan pelbagai kelebihan