Your are here: Home // Ulasan Buku // Ulasan Buku (Ringkas) – Brain Rules For Baby oleh John Medina

Ulasan Buku (Ringkas) – Brain Rules For Baby oleh John Medina

Brain Rules For Baby

Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua berkenaan Brain Rules. Terdapat 2 buah buku Brain Rules, saya akan sentuh berkenaan buku Brain Rules For Baby. Sebuah buku yang laris dijual di amazon, buy.com, Apple iBookstore dan banyak lagi rangkaian penjual buku. Buku yang ditulis oleh John Medina ini santai dan penuh dengan praktikal yang mudah difahami.

Apa yang terkandung dalam buku ini boleh didapati daripada video yang sangat menarik.

1. Parent Quiz

2. 3 Baby Myths

Myth Buster – Brain Rules for Baby from Pear Press on Vimeo.

3. Crazy Talk

How to Speak Parentese from Pear Press on Vimeo.

4. Kill Your TV

Kill Your TV from Pear Press on Vimeo.

Apa yang dapat kita simpulkan adalah, apakah yang boleh dilakukan ketika bayi masih dalam kandungan untuk merangsang minda mereka. Kata John Medina, mendengar muzik Mozart tidak akan melahirkan bayi yang bijak matematik. Betulkah? Bagaimana pula untuk menangani karenah anak?

John Medina menerangkan bagaimana ibu bapa sendiri perlu merangsang pemikiran anak kecil. Malah penggunaan VCD, komputer atau TV pada usia bawah 2 tahun tidak mendatangkan manfaat yang banyak berbanding ibu bapa sendiri yang bersembang dengan anaknya.

Untuk ulasan lebih terperinci, saya akan menulis dalam entri yang akan datang. Jangan terlepassampai terlepas, isikan emel anda di bawah untuk tidak ketinggalan membaca artikel menarik dari AnakkuSayang.Com.

Wallahua’lam…

Artikel Berkaitan:

    Ulasan Buku – Jadikan Rujukan Dalam Mendidik Anak
    Free download : Your baby can read
    Seminar Perniagaan Ebook oleh Saudara Shuth
    Video : Your baby can read
    Aktiviti Hujung Minggu Bersama Anak-Anak

Anda rasa entri ini bermanfaat? Isikan emel anda di bawah supaya anda tidak terlepas entri-entri bermanfaat yang lain.


3 responses to "Ulasan Buku (Ringkas) – Brain Rules For Baby oleh John Medina"

  1. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karangan Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.

    Salam sejahtera,
    Saya sangat menghargai usaha puan membuat ulasan terhadap buku-buku yang puan baca. Bukan semua orang berpeluang membaca yang hebat. Usaha ini dapat menebarakan ilmu secara menyeluruh kepada blogger lain. Masih ternanti-nanti ulasan seterusnya buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karangan Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Semoga Allah merahmati dan redha segala usaha kita.

  2. ummu_abdullah says:

    owh, insyaAllah, biasalah nak mula sekolah ni, kerja-kerja mula datang dah… Kelas tahun 6 pun ada yang dah mula. Agak kurang masa. Maaf ye… InsyaAllah akan Update juga nanti….! Terima Kasih….

  3. Selain dari rujukan internet, ibu bapa juga boleh merujuk kepada pelbagai buku yang menawarkan idea-idea untuk membantu anak anda mempelajari matematik dengan seronok dan berkesan. Malang sekali dilihat bahawa sumber yang di dalam bahasa Malaysia sangat berkurangan. Walau bagaimanapun, usah gusar kerana buku berbahasa Inggeris yang bertemakan matematik boleh di dapati dengan banyaknya di kedai-kedai buku utama seperti Kinokuniya.

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.