Bisnes Anda Kurang Pelanggan? Klik Sini!
Powered by MaxBlogPress 

Posts Tagged "Ibu Bapa"

Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah

Thursday, January 21, 2010

Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah

 “Pang!!”, bunyi pinggan pecah.
“Abdullah! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Jangan main dengan pinggan! Kan dah pecah!”.
“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.
“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.
 
“Bedebuk… Waaa!!!” bunyi tangisan adik.
“Abdullah! Kenapa tendang adik! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Kesian adik! Kalau orang tendang Abdullah, [...]

10 Comments Read full story »

Emosi Kanak-Kanak : Marah

Saturday, November 21, 2009

Emosi Kanak-Kanak : Marah

Jom kenali anak kita…
Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur.  Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan [...]

4 Comments Read full story »

Pendidikan anak : Pro Aktif

Thursday, November 12, 2009

Pendidikan anak : Pro Aktif

Tabiat pertama yang diletakkan oleh Steven Covey bagi orang-orang yang sangat efektif adalah “jadi seorang yang pro aktif”.  Mereka yang pro akttif tidak akan menunggu sesuatu untuk berlaku, akan tetapi mereka bertindak melakukan sesuatu. Mereka tidak hanya menerima suatu keadaan yang dikatakan “memang lumrah”, namun mereka melakukan perubahan. Inilah peraturan dan tabiat dalam mencapai kejayaan. [...]

3 Comments Read full story »

Cara Merangsang Minda Anak

Friday, October 9, 2009

Cara Merangsang Minda Anak

Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan
-          Dapat memusatkan perhatian
-          Lebih suka kepada warna-warna terang
-          Belajar memalingkan muka
-          Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara
-          Mula belajar mengacah
“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”
Bentuk-bentuk Rangsangan

Mengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.
Menggantungkan alat-alat [...]

2 Comments Read full story »

Tips Mendidik Anak

Tuesday, October 6, 2009

Tips Mendidik Anak

Pendidikan anak-anak adalah ibadah jika delakukan dengan ikhlas selain tanggungjawab yang akan dihitung
Apa yang dibiasakan sejak kecil akan menjadi tabiat anak setelah dewasa
Mental retarded atau geniusnya seseorang anak bergantung kepada layanan orang di sekelilingnya.
Kanak-kanak mampu belajar lebih banyak apabila otaknya berkembang dengan pesat
Rangsangan otak yang tinggi akan mempercepatkan pertumbuhan fizikal anak.
Brain injured yang menyebabkan kelumpuhan [...]

No Comments Read full story »

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Saturday, September 12, 2009

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Keluarga merupakan satu kilang “penghasilan biologi” yang terbentuk atas perkahwinan antara dua insan. Natijah perkahwinan, pada hakikatnya menghasilkan anak-anak. Dari sinilah keluarga menjadi satu kumpulan masyarakat di mana anak-anak mula berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain dan juga ibu bapa.
Biasanya perhubungan kanak-kanak dengan kedua ibu bapanya berlaku dalam lingkungan keluarga. Maka inilah yang dikatakan bahawa [...]

No Comments Read full story »

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2

Saturday, September 5, 2009

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2

Rujuk Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak
Katakan lah anak anda sedang membuat satu bangunan dari lego atau blok. Apabila dia siap, bagaimanakah cara anda memuji hasil kerja nya?
Adakah anda terus memuji “wah, pandainya anak ibu buat bangunan!”
atau “pandainya anak ibu, cantik bila letakkan warna kuning dan hijau di tengah bangunan tu”
atau, kita tidak komen apa-apa, [...]

2 Comments Read full story »

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

Friday, September 4, 2009

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

Katakan lah anak anda sedang membuat satu bangunan dari lego atau blok. Apabila dia siap, bagaimanakah cara anda memuji hasil kerja nya?
Adakah anda terus memuji “wah, pandainya anak ibu buat bangunan!”
atau “pandainya anak ibu, cantik bila letakkan warna kuning dan hijau di tengah bangunan tu”
atau, kita tidak komen apa-apa, tapi dia terus hancurkan binaan tu, [...]

5 Comments Read full story »

Pendidikan anak versi fiqh dakwah

Tuesday, August 18, 2009

Pendidikan anak versi fiqh dakwah

Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.
Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun [...]

6 Comments Read full story »

Rindunya Pelukan Itu

Thursday, August 13, 2009

Rindunya Pelukan Itu

Bismillah walhamdulillah.
Sejak dua menjak ini, Abdullah mula tak tidur malam. Bila sampai waktu malam, kadang-kadang dia mengantuk dan tidur. Jam 2-3 pagi, dia akan bangun dan kejutkan umi.
“Umi, Abdullah lapar ni”
Siapa yang tahan bila anak lapar? Tapi pelik juga, kenapa asyik lapar malam-malam. Rupanya dia dah bangun awal dan main-main sehingga lapar. Biasanya akan tidur [...]

3 Comments Read full story »

Bercerita kepada anak

Wednesday, August 12, 2009

Bercerita kepada anak

“Ada seekor kucing. Kucing ni comel sangat. Nama dia pun Comel.
Tapi, Comel ada satu perangai buruk. Comel tak suka mandi. Bila ibu Comel ajak Comel mandi, Comel cakap, “Tak nak! Comel tak nak mandi. Comel nak main.”
Comel terus keluar rumah. Comel nak main dengan kawan-kawan. Comel pun pegi rumah Ayam. “Ayam-ayam, jom kita main sama-sama”, [...]

2 Comments Read full story »

Tips Mendidik Anak

Wednesday, July 22, 2009

AKTIVITI ANAK-ANAK 0-2 TAHUN
Tips Ketika anak Berusia 0-6 bulan
a) Setiap anak mempunyai karakter dan potensi yang berbeza sehingga semua nasihat dan arahan daripada ibu bapa tidak dapat diterima oleh setiap anak. Perlu diingat bahawa setiap anak memiliki keistimewaan, keunikan dan berbezaan daripada anak-anak lain.
b) Anak-anak dari usia 0 hingga 3 bulan mula menggerakkan  tangan [...]

No Comments Read full story »

Biar Mereka Sibuk

Monday, May 11, 2009

Bismillah walhamdulillah
InsyaAllah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak-anak. Pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja, urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga. Anak-anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya.
Bagaimana jika anda melihat anak-anak sibuk dengan ‘urusannya’.
Runsing?
Rimas?
Risau?
Suka?
Syukur?
Banyak persepsi para ibu tentang hal ini. Anak-anak yang sedang berkembang akalnya, jua fizikalnya pasti [...]

4 Comments Read full story »

Bila Anak Menangis

Sunday, March 22, 2009

Tajuk ini mungkin telah banyak kali ditulis oleh bloggers atau penulis-penulis buku, namun saya ingin mengulang lagi penulisan ini versi pendidikanawal. Hal ini kerana telah beberapa kali saya disoal tentang perkara yang sama. Terdapat beberapa situasi, ibu bapa mengambil langkah untuk membiarkan anak kecilnya menangis sendirian kerana mereka beberapa kali mendengar nasihat daripada orang [...]

No Comments Read full story »

Hadiah Paling Berkualiti

Tuesday, February 24, 2009

Cuba tanya pada diri sendiri, sebagai ibu bapa, pernahkah kita menghadiahi anak dengan ‘hadiah yang berkualiti’? Jika member hadiah mungkin selalu sahaja kan? Namun memberi hadiah yang berkualiti adalah bergantung kepada masa dan situasi. Sekiranya sering, ia mungkin sudah tidak lagi istimewa. Namun jika tepat pada masa dan situasinya, pasti anak akan rasa sangat dihargai. [...]

8 Comments Read full story »

Anak-anak Gemar Kartun Disney?

Thursday, February 19, 2009

Wes Penre, tokoh di belakang kebangkitan muzik rock dan heavy metal AS di era 1980an, mantan anggota kelompok pemuja syaitan, yang kemudian bertaubat dan menjadi peneliti dunia hiburan AS, dalam unot Iluminaty News (4 Julai 2004) menulis sebuah artikel singkat berjudul “The Walt Disney Agenda”
Penre membuka artikel itu dengan kalimat, “Saya menonton filem kelmarin, judulnya [...]

No Comments Read full story »

« Older Entries