Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak » bercerita

Atasi Anak Gagap
Adakah anak anda gagap dalam pertuturannya? Atau mereka pernah gagap pada satu-satu masa kemudian mereka bercakap lancar semula? Saya pernah mengalami hal ini. Abdullah, ketika itu umurnya lebih kurang 2 tahun.

Abdullah mula gagap dalam pertuturannya hampir 1 bulan. Ketika itu saya tidak panik. Saya cuba mencari bahan mengenai hal tersebut. Alhamdulillah saya terjumpa.

Sebenarnya anak-anak kecil gagap kerana banyak sebab. Antaranya adalah kerana mereka baru mula bercakap, kemudian gopoh untuk bercakap. Maksud saya, cuba bercakap laju tapi tidak mampu. Mungkin juga ia adalah disebabkan masalah kekeliruan bahasa. Kerana anak saudara kepada kawan saya mengalami hal itu. Oleh sebab ibu bapa cakap “rojak” di rumah, maka anaknya keliru dengan bahasa. Ada yang gagap, ada juga yang kurang bercakap atau lambat bercakap.

Apa yang saya perhatikan kepada Abdullah, dia gopoh atau “kalut” untuk berkomunikasi ketika itu. semuanya ingin diberitahu. Kemudian apa yang nak diberitahu tersekat kerana perkataan itu lambat keluar dari mulutnya. Ketika itu, saya tidak membetulkan pertuturannya. Adakalanya saya menolongnya menyambung apa yang ingin dituturkannya.

Bagaimana menghadapi anak yang gagap?

1. Setelah anak habis berbicara, minta pada anak untuk tarik nafas dalam-dalam. Kemudian biarkan dia beraktiviti semula. Hal ini akan membuatkan anak anda tenang sebentar dan tidak gopoh dalam bertutur.

2. Beritahu anak untuk berbicara dengan tenang dan lambat. Kadang-kadang anak-anak terlalu gembira untuk menceritakan segalanya. Tenangkan dia terlebih dahulu.

3. Ulangkan perkataan yang sukar untuk disebut itu beberapa kali agar dia sebut dengan lancar semula.

4. Puji anak ketika dia mula bercakap dengan tenang dan lancar.

Hal ini saya laksanakan kepada Abdullah. Alhamdulillah kurang satu bulan, pertuturannya mula lancar semula.

Mengajar anak berenang adalah satu pencegahan yang sangat baik. Kerana dengan aktiviti ini, anak belajar untuk mangawal penafasan. Hal ini berkait dengan masalah gagap tadi. Rupanya banyak hikmah mengajar anak renang ni ya…

P/S: Saya tak ‘berkesempatan’ lagi untuk bawa anak berenang. Penggantinya, saya ajarkan anak untuk tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus. buat beberapa kali dalam sehari.

Wallahua’lam

Related posts:

Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil....

Emosi Kanak-Kanak : Marah  Jom kenali anak kita… Pada awal usia kanak-kanak, emosi...

Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak
Semalam Abdullah dan abi tengok lagi satu kartun, Barnyard. Cerita mengenai seekor lembu yang menjadi ‘hero’ di ladang dengan menyelamatkan ayam daripada dimakan serigala.

Itu saya. Saya benarkan anak menonton televisyen atau kartun melalui laptop. Mengapa? Pada pengamatan saya, anak-anak lebih mudah membina tahap focus apabila menonton kisah-kisah yang memakan masa lebih 15 minit. Saya mula memberi anak saya menonton televisyen ketika usianya kurang satu tahun. Ketika itu anak saya tertarik dengan video nasyid Islam. Ketika umurnya mencecah 1 tahun setengah, tumpuannya mula meningkat, dan sudah mampu menghabiskan satu-satu cerita selama lebih 40 minit. Hal ini saya lihat tidak berlaku kepada semua anak-anak kecil.

Satu ketika anak-anak kawan saya yang sebaya umurnya dengan Abdullah, ketika itu kurang setahun menonton video bersama-sama. Namun, kurang 15 minit si anak kecil itu mula beredar dan mencari permainan lain untuk bermain. Namun Abdullah masih kekal di depan laptop. Hal ini berlaku di depan saya sendiri. Bukan tiga atau empat kali, namun lebih dari 10 kali pemerhatian saya.

Saya sedar, memberi anak menonton televisyen sewenang-wenangnya dan menonton video-video kartun dengan banyak juga tidak baik. BENAR! Saya pernah melarang Abdullah daripada menonton kartun-kartun yang tidak baik dari segi konsep dan mesej yang hendak disampaikan. Malah, setiap video yang akan ditonton oleh Abdullah akan saya tapis terlebih dahulu. (bermakna saya dah tengok banyak kartun… seronok! hehe) Malah, jika tiada kawalan dilakukan, anak-anak akan hilang tumpuan untuk belajar dan mereka juga akan lemah dari sudut fizikal kerana asyik mengahadap televisyen dan laptop semata-mata.

Hasilnya, ketika Abdullah berumur 1 tahun setengah, beliau telah mempunyai tahap konsentrasi yang tinggi. Ketika menghadap buku sahaja, dia pernah mencapai masa selama lebih 30 minit. Malah pernah mencapai masa 1 jam ketika membaca buku. (bukan baca buku, baca gambar sebenarnya). Kemudian, tidur sebab mental dah digasak dengan sungguh-sungguh.

Ketika saya melayari forum-forum parenting, satu lagi teori yang saya jumpa. Rupa-rupanya, menonton televisyen atau video ketika usia bayi dapat merangsang penglihatan bayi, merangsang perkembangan otak, merangsang pendengaran, menambah perbendaharaan kata, dan banyak lagi. Malah, anak-anak akan kembali kepada mood yang baik ketika mereka bosan bermain mainan.

Namun sekali lagi saya tekankan, menonton televisyen akan menjadi tidak sihat sekiranya tanpa kawalan. Malah boleh membawa kepada sikap malas. Berilah anak anda kebebasan untuk merangsang segala pancaindera mereka. Sekali-sekala, lepaskan tali kendali, namun kawallah ia agar tidak terlepas jauh.

Apa pula pendapat anda? Saya mungkin silap kerana saya juga manusia. Sama-sama saling menegur dan saling berkongsi. InsyaAllah.

Related posts:

Pendidikan Anak: Komunikasi Dua Hala Saat Menonton Televisyen Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. Kebelakangan ini, banyak pula...

Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak Siapa yang gemar meninggalkan anak dengan video atau laptop yang...

Cerita untuk anak : Comel si anak kucing sesat
Ada seekor anak kucing yang sangat comel.

Nama dia comel.

Comel adalah anak kucing yang baik.

Dulu Comel malas mandi.

Tapi sekarang Comel dah rajin mandi.

Dulu Comel busuk.

Tapi sekarang Comel dah wangi.

Comel suka main dengan kawan-kawan di luar rumah.

Pada suatu hari, Comel nak keluar rumah untuk main dengan kawan-kawan.

Mak comel pesan, “jangan pergi jauh-jauh, nanti sesat”.

Comel cakap “ok”.

Comel pun keluar jalan-jalan.

Comel jumpa kambing.

Comel pun main dengan kambing.

Comel main lari-lari dengan kambing.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

Comel jumpa itik pulak.

Comel pun main dengan itik.

Comel main berenang-berenang dengan itik.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

Kali ni Comel jumpa belalang.

Comel pun main dengan belalang.

Comel main lompat-lompat dengan belalang.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

Comel jumpa pulak dengan budak kecik nama Abdullah (letak nama anak anda).

Comel pun main dengan Abdullah.

Comel main ape ye dengan Abdullah? cube teka?

Betul! Comel main …….. dengan Abdullah.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

(boleh tambah lagi dengan berjumpa ahli keluarga yg lain atau binatang lain)

Tiba-tiba baru comel sedar,

Comel kat mane ni?

Comel dah sesat.

(Abdullah tanya : sesat tu ape ummi?… Ummi jawab: sesat tu kita tak tahu kita ada dekat mana, lepas tu tak tahu nak balik rumah macam mana…)

Comel jadi takut.

Comel nak balik rumah.

Tapi Comel tak ingat dah macam mana nak balik rumah.

Comel sedih sangat.

Comel nangis.

Comel tak tahu dah nak buat macam mana.

Hari dah nak malam.

Malam gelap sangat.

Nanti Comel dah tak nampak apa-apa.

Macam mana nak balik rumah?

Tiba-tiba Comel nampak Abdullah. (atau character sebelum ini)

Comel lari sambil menjerit “Abdullah!, tolong comel!”.

“Comel dah sesat, Comel nak balik rumah”.

Abdullah pun tolong bawak Comel balik rumah.

Comel gembira sebab dapar balik rumah.

Lain kali Comel tak nak dah pergi main jauh-jauh.

Comel nak main dekat-dekat rumah je.

Kalau nak pergi main jauh-jauh, Comel ajak mak die pergi sekali.

Bahaya kalau pergi main jauh-jauh, nanti sesat.

Kalau orang jahat tangkap macam mane?

Related posts:

Cerita untuk anak : Anjing dengan bayang-bayang  Ada seekor anjing. Nama anjing ni dodo. Satu hari...

Cerita Anak : Ginger bread man  Kalau siapa yang pernah tengok cerita shrek, akan terjumpa...

Cerita Anak : Ginger bread man
Kalau siapa yang pernah tengok cerita shrek, akan terjumpa satu character orang biskut.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/_CiNeDAeMUc&hl=en&fs=1&" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/_CiNeDAeMUc&hl=en&fs=1&" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Sebenarnya kami mula mencari cerita gingerbread man ni setelah Abdullah selalu sangat nyanyi lagu gingerbread man lepas jumpa kat starfall. Kebetulan dia muncul jugak dalam cerita Shrek. Jumpa cerita Gingerbreadman yang sebenar di sini.

Ceritanya begini…

Ada seorang nenek dan atuk.

Mereka lapar sangat.

Jadi nenek ni  pergi ke dapur untuk masak roti gingerbread man.

Lepas siap, nenek pun buka oven untuk ambil roti gingerbread man.

Sebelum sempat nenek ambil, gingerbread man lompat keluar dan lari laju-laju.

“Jangan makan saya!” kata gingerbread man.

Nenek kejar gingerbread man. “Berhenti! jangan lari! saya nak makan awak”.

Gingerbread man tak nak berhenti sebab tak nak kene makan dengan nenek.

Gingerbread man nyanyi.

“Run, run as fast as you can, you can’t catch me, I’m the Gingerbread man.”

Nenek terus kejar Gingerbread man tapi tak dapat, sebab Gingerbread man lari terlalu laju.

Gingerbread man lari ke arah taman.

Atuk ada di taman.

Atuk nak tangkap Gingerbread man.

Atuk nak makan Gingerbread man.

“Berhenti! jangan lari! saya nak makan awak”.

Gingerbread man tak nak berhenti sebab tak nak kene makan dengan atuk.

Gingerbread man nyanyi.

“Run, run as fast as you can, you can’t catch me, I’m the Gingerbread man.”

Atuk dan Nenek pun terus kejar Gingerbread man tapi tak dapat, sebab Gingerbread man lari terlalu laju.

Gingerbread man lari melalui padang.

Ada seekor kambing di padang.

“Berhenti! jangan lari! saya nak makan awak”, kata kambing

Kambing nak tangkap Gingerbread man.

Kambing nak makan Gingerbread man.

Gingerbread man tak nak berhenti sebab tak nak kene makan dengan Kambing.

Gingerbread man nyanyi.

“Run, run as fast as you can, you can’t catch me, I’m the Gingerbread man.”

Kambing, Atuk dan Nenek pun terus kejar Gingerbread man tapi tak dapat, sebab Gingerbread man lari terlalu laju.

Gingerbread man lari melalui kebun.

Ada seekor lembu di kebun.

“Berhenti! jangan lari! saya nak makan awak”, kata lembu

Lembu nak tangkap Gingerbread man.

Lembu nak makan Gingerbread man.

Gingerbread man tak nak berhenti sebab tak nak kene makan dengan lembu.

Gingerbread man nyanyi.

“Run, run as fast as you can, you can’t catch me, I’m the Gingerbread man.”

Lembu, Kambing, Atuk dan Nenek pun terus kejar Gingerbread man tapi tak dapat, sebab Gingerbread man lari terlalu laju.

Gingerbread man lari pula melalui hutan.

Ada seekor harimau di hutan.

“Berhenti! jangan lari! saya nak makan awak”, kata harimau.

Harimau nak tangkap Gingerbread man.

Harimau nak makan Gingerbread man.

Gingerbread man tak nak berhenti sebab tak nak kene makan dengan harimau.

Gingerbread man nyanyi.

“Run, run as fast as you can, you can’t catch me, I’m the Gingerbread man.”

Harimau, Lembu, Kambing, Atuk dan Nenek pun terus kejar Gingerbread man tapi tak dapat, sebab Gingerbread man lari terlalu laju.

Akhirnya lalu di tepi sebuah sungai.

Gingerbread man jumpa seekor musang.

Musang ni bijak.

Musang tak kata yang dia nak makan Gingerbread man.

Musang kata “lompatlah atas ekor saya, nanti saya boleh bawa awak seberang sungai”.

Gingerbread man fikir “duduk dekat ekor selamat, sebab ekor jauh dari mulut”.

Gingerbread man pun lompat atas ekor musang.

Musang pun berenang meneberangi sungai.

Tiba-tiba musang kata, “ekor saya dah lenguh, boleh tak awak lompat atas belakang badan saya?”

Gingerbread man pun setuju.

Dia lompat atas belakang badan musang.

Tiba-tiba musang kata, “belakang saya dah lenguh, boleh tak awak lompat atas hidung saya?”

Gingerbread man pun setuju.

Dia lompat atas hidung musang.

Musang pun buka mulut dia lalu makan Gingerbread man.

Fuhh letih jugak menulis balik cerita ni guna bahasa sendiri…

Related posts:

Cerita untuk anak : Comel si anak kucing sesat Ada seekor anak kucing yang sangat comel. Nama dia comel....

Cerita Anak : Sang Singa dan Sang Tikus  Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang....