Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Powered by MaxBlogPress 

Posts Tagged "Anak"

Warna Warni Kehidupan: Hak Anak-Anak

Thursday, February 4, 2010

Warna Warni Kehidupan: Hak Anak-Anak

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Kuat dan yang Hebat dalam segala hal.Nikmat Allah yang tidak terhingga ini, membolehkan kita bernafas dan hidup dengan penuh ketenangan dan kenikmatan.
‘Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat’ – Umar bin Khaththab

Kalimah di atas adalah renungan buat diri dan semua pembaca.
———————-
Alhamdulillah, saya nampak perkembangan demi [...]

No Comments Read full story »

Kedai Menjual Anak

Friday, January 1, 2010

Kedai Menjual Anak

 
Terjumpa Artikel menarik yang dapat kita renungi…
Sebuah kedai yang satu-satunya wujud di dunia yang “menjual anak” 
baru saja dibuka di sebuah bandar. Dimana pasangan muda yang baru saja berkahwin dapat memilih anak-anak yang mereka inginkan di kedai ini. Kedai ini terdiri dari 6 tingkat dan berada di tengah-tengah ibu kota.
Dipintu masuk kedai terdapat [...]

No Comments Read full story »

Nasihat 2010, Pendidikan Anak Di Rumah

Friday, January 1, 2010

Nasihat 2010, Pendidikan Anak Di Rumah

Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, tahun baru 2010 telah bermula. Sudah tentu belanja telah banyak dikeluarkan dalam pendidikan anak-anak tahun 2010. Bukan sahaja buku-buku dan yuran pengajian yang perlu dibiaya, malah pakaian uniform dan kasut sekolah serta peralatan-peralatan menulis juga harus dibeli. “Jenuh” juga ya membiayai persekolahan anak-anak. Bagi yang mengamalkan Homeschooling, perbelanjaan mereka mungkin lain pula. Apa [...]

1 Comment Read full story »

Pendidikan Anak : Menanam Minda Positif

Tuesday, December 15, 2009

Pendidikan Anak : Menanam Minda Positif

Cuba kita menjadikan diri kita berada dalam situasi seorang bayi kecil yang baru dilahirkan ke dunia. Dalam keadaan masih belum mengerti apa-apa, semuanya adalah asing. Yang hanya dikenali adalah ibu dan kehangatan pelukan ibu. Apabila sedikit demi sedikit diperkenalkan dengan dunia, persepsi awal terhadap dunia adalah suatu yang sangat penting dalam menentukan sikap yang akan [...]

No Comments Read full story »

Fungsi Permainan Kanak-kanak

Sunday, December 6, 2009

Permainan Kanak-kanak, Bagaimana ia Berfungsi?
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa permainan membantu memulakan 
proses perkembangan otak bayi. Otak bayi berada dalam keadaan yang sangat baik untuk berkembang, mudah-mudahan bayi anda akan tumbuh menjadi orang yang cerdas.
Tapi mengapa permainan begitu mempengaruhinya?
Pertama, mari kita lihat bagaimana otak bayi berkembang sepanjang usia kanak-kanak.
Buat pengetahuan para ibu bapa, otak anak anda berkembang [...]

No Comments Read full story »

Pendidikan Iman Anak : Tarbiyah Imaniyah

Wednesday, December 2, 2009

Pendidikan Iman Anak : Tarbiyah Imaniyah

Salah satu aspek yang sering kita lupakan dalam mendidik anak-anak adalah tarbiyah ruhiyah. Jangankan untuk anak, untuk diri sendiri pun kita sering lupa dengan tarbiyah bentuk ini. Padahal, seperti halnya akal dan pikiran perlu mendapat pendidikan, ruh kitapun wajib mendapatkan haknya.
Untuk mendidik akal dan meningkatkan kapasitas intelektual orang tua menyekolahkan anak ke sekolah-sekolah favorit. Tetapi [...]

2 Comments Read full story »

Emosi Kanak-Kanak : Marah

Saturday, November 21, 2009

Emosi Kanak-Kanak : Marah

Jom kenali anak kita…
Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur.  Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan [...]

4 Comments Read full story »

Pendidikan Anak – Menjawab Persoalan

Tuesday, October 13, 2009

Pendidikan Anak - Menjawab Persoalan

Bismillah walhamdulillah
Dalam kekalutan, saya cuba untuk update blog. Rasanya dah 3 hari tak update. Maaf kepada semua.
Berkenaan kepada soalan demi soalan yang diajukan, saya cuba jawab dalam sela masa ini.

Soalan 1:
“saya ada baby boy, umur 7bln… saya suka ikut blog anda. bila dia nak susu..dia akan sebut Bu..Bu..tapi sekarang dia tak suka makan bubur yang [...]

1 Comment Read full story »

Cara Merangsang Minda Anak

Friday, October 9, 2009

Cara Merangsang Minda Anak

Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan
-          Dapat memusatkan perhatian
-          Lebih suka kepada warna-warna terang
-          Belajar memalingkan muka
-          Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara
-          Mula belajar mengacah
“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”
Bentuk-bentuk Rangsangan

Mengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.
Menggantungkan alat-alat [...]

2 Comments Read full story »

Tips Mendidik Anak

Tuesday, October 6, 2009

Tips Mendidik Anak

Pendidikan anak-anak adalah ibadah jika delakukan dengan ikhlas selain tanggungjawab yang akan dihitung
Apa yang dibiasakan sejak kecil akan menjadi tabiat anak setelah dewasa
Mental retarded atau geniusnya seseorang anak bergantung kepada layanan orang di sekelilingnya.
Kanak-kanak mampu belajar lebih banyak apabila otaknya berkembang dengan pesat
Rangsangan otak yang tinggi akan mempercepatkan pertumbuhan fizikal anak.
Brain injured yang menyebabkan kelumpuhan [...]

No Comments Read full story »

Atasi Anak Gagap

Thursday, September 24, 2009

Atasi Anak Gagap

Adakah anak anda gagap dalam pertuturannya? Atau mereka pernah gagap pada satu-satu masa kemudian mereka bercakap lancar semula? Saya pernah mengalami hal ini. Abdullah, ketika itu umurnya lebih kurang 2 tahun.
Abdullah mula gagap dalam pertuturannya hampir 1 bulan. Ketika itu saya tidak panik. Saya cuba mencari bahan mengenai hal tersebut. Alhamdulillah saya terjumpa.
Sebenarnya anak-anak kecil [...]

3 Comments Read full story »

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Saturday, September 12, 2009

Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Keluarga merupakan satu kilang “penghasilan biologi” yang terbentuk atas perkahwinan antara dua insan. Natijah perkahwinan, pada hakikatnya menghasilkan anak-anak. Dari sinilah keluarga menjadi satu kumpulan masyarakat di mana anak-anak mula berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain dan juga ibu bapa.
Biasanya perhubungan kanak-kanak dengan kedua ibu bapanya berlaku dalam lingkungan keluarga. Maka inilah yang dikatakan bahawa [...]

No Comments Read full story »

Pendidikan Anak: 11 September

Friday, September 11, 2009

Pendidikan Anak: 11 September

Hari ini 11 September. Seperti mana yang anda dan semua orang sedia maklum, hari ini pernah merekod sejarah dunia yang merekod segala kontrovesi, manupilasi, interpretasi, dan bermacam lagi ’si’.
Yang semua orang tahu
11/09/2001 – World trade center dilanggar kapal terbang, WTC rebah menyembah bumi. Ketika ini muncul dan tersebarnya “Islam adalah pengganas”. Kemudian akhirnya kawasan Timur [...]

3 Comments Read full story »

Contest ‘Di Sini Kisah Coklatku Bermula’

Thursday, September 10, 2009

Contest 'Di Sini Kisah Coklatku Bermula'

Alhamdulillah, ada jugak masa terluang untuk join Contest ‘Di Sini Kisah Coklatku Bermula’. Sedap, suci dan murni… Memandangkan memang saya gemar sangat-sangat makan coklat terutama coklat TASNEEM, maka saya suka sangat meraikan contest ini.
Maka, dengan ini saya memasuki kategori pertama. Gambar Abdullah makan coklat. “cair di mulut”…
Wallahua’lam…

No Comments Read full story »

Mula mendidik sejak dari mengandung

Thursday, September 10, 2009

Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? adakah selepas 5-6 tahun? atau 2 tahun? atau ketika mengandung lagi?”
huhu… teringat kata-kata suami saya waktu mula-mula mengandung dulu, “mendidik anak ni langkah paling penting adalah ketika memilih ibu kepada anak kita, dan abang dah pilih ibu yang sangat baik…”, (masuk bakul angkat sendiri… huhu…)
Sebenarnya, [...]

5 Comments Read full story »

Pendidikan Anak Hujung Jari

Wednesday, September 9, 2009

Pendidikan Anak Hujung Jari

Alhamdulillah, Abdullah Mengulangkaji Pembelajaran Lepas

Harini bangun tido hampir-hampir menjerit sebab terkejut. Dah la elergic pada tikus dan lipas. Ingatkan tikus tengah makan hujung jari kaki. Tengok2…..
MUHAMMAD!!!
Diisapnya ibu jari kaki, sekuat hati pula tu. Nasib baik sedar.
__________________
Baik, kembali kepada topik asal. Hujung jari yang dimaksudkan adalah internet. Semua yang diperlukan untuk mendidik anak, ada sumbernya. Tinggal [...]

6 Comments Read full story »

« Older Entries