Usah biarkan nyawa insan tersayang berlalu bergitu sahaja!... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Susu Formula

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada June 1, 2009

breastfeed

Susu Formula

WHO dan UNICEF berpendapat bahawa usaha yang gigih dan berterusan diperlukan untuk membendung kemerosotan kadar penyusuan ibu di merata dunia. Tindakan ini penting memandangkan berjuta-juta nyawa bayi di merata dunia masih terancam oleh pelbagai jenis penyakit berjangkit yang boleh dielakkan sekiranya ibu-ibu mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif.

Mengikut pengisytiharan Innocenti, “semua wanita perlu diberi peluang mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif dan semua bayi perlu diberi hanya susu ibu dari masa lahir sehingga berumur 4-6 bulan. Seterusnya disamping makanan tambahan yang lain, ibu digalakkan memberi susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih.”
Ibu-ibu harus peka tentang kepentingan penyusuan ibu dan menyokong serta melindungi hak asasi ibu untuk menyusukan bayi mereka. Dengan adanya pengetahuan tentang penyusuan ibu, bolehlah kita mengembalikan semula kepada ibu-ibu, keupayaan untuk memelihara dan membela anak-anak mereka dengan sempurna melalui cara-cara semulajadi yang telah dikurniakan Allah S.W.T kepada mereka.
Kemudian, setelah bayi mencecah umur 2 tahun, perlukah mereka kepada susu? YA! Mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka. Walaupun ia adalah susu formula, anak-anak sangat perlukannya. Setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun, besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik. Semuanya dengan izin Allah.
Kanak-kanak sedang dapam proses perkembangan. Semua organ, otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan. Oleh kerana itu, sekiranya ibu-ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan, ibu-ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan. Seperti masalah gigi rosak dan sebagainya.
Saya mengambil kesempatan menulis artikel ini kerana ada di kalangan para ibu yang telah menukar pengambilan susu formula kepada anak mereka selepas 2 tahun kepada pengambilan Vico, Milo dan juga minuman coklat lainnya. Ada juga yang berbuat demikian dengan alasan agar anak-anak lebih mudah dilatih untuk ke tandas. Mereka bukan seperti para ibu sekalian. Para ibu bukan lagi mengalami proses pembentukan tulang, otot dan organ. Semua itu telah sempurna, cuma ibu-ibu memerlukan makanan tambahan untuk menyokong dan menguatkan lagi tulang, otot dan juga organ mereka.
Bertindaklah sewajar

Bertindaklah sewajarnya.

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Cerita untuk anak : Anjing dengan bayang-bayang
  2. Fungsi Permainan Kanak-kanak
  3. Bila Anak Menangis
  4. Anak tak datang dengan manual

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Categories: Penyusuan

Tags: ,

Comments (21)

Merlin Dunding

June 2nd, 2009 at 4:27 pm    

Merlin Dunding

1. Bagaimana sebenarnya jadual penyusuan ibu dan susu formula bagi bayi berumur 3-4 bulan memandangkan ibu adalah bekerja dan hanya dapat pulang ke rumah pada jam12.00thari sehingga jam1.39pm, dan akan kembali ke pejabat dan akan pulang pada jam5pm?
2. Berapakah kekerapan masa memberi minum air kepada anak yang menyusu susu formula?

Mrs. H

June 4th, 2009 at 12:16 pm    

Mrs. H

Dear Merlin Dunding,

Saya tolong jwb sikit2 psl Breast Feeding (BF) ye.

Saya adalah seorang ibu yg bekerja (9-5) mcm ibu2 bekerjaya yg lain juga. Dan saya amat menyokong & menggalakkan ibu2 memberikan bayi mereka susu ibu selama mungkin.

Apa yg puan boleh buat ialah dengan cara membuat stok susu ibu pada bayi dengan melakukan ‘pumping’.

Pertama sekali puan perlu ada pengetahuan asas tentang cara2 mengepam susu yg betul. Puan boleh merujuk website2 yg berkenaan. Puan boleh akses http://www.susuibu.com (website ini banyak membantu saya!) ataupun terus ke http://momslittleones.com/shop/reading_room.php?osCsid=cp9ppqcau34ibu611af3ttra67
ataupun puan boleh membeli buku. Saya rekemen buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya” yang hanya berharga rm10.00 shj. Buku ini memang informatif. Segala2nya diterangkan dengan terperinci dlm buku tersebut.

Selepas puan mendapat pengetahuan asas, insyaAllah saya rasa semua persoalan puan akan dijawab.

Happy pumping and congratulations for giving your baby an opportunity to enjoying the precious food ever!

Wish u all the best k! (^_^)

qay

June 8th, 2009 at 1:57 pm    

qay

kdg2 ibu2 bg milo vico bsg sb nak jimat utk beli susu formula yg lbih mhal,,,kdg2 mmg tak mmpu sb mslh sosioekonomi…rmi juga ibu2 yg hnya bg teh kpda anak tiap hari,..sgt sdih…

Ummu Abdullah

June 9th, 2009 at 9:34 am    

Ummu Abdullah

oh, sebab masalah ekonomi ke? Itu saya tak terfikir. Erm, sedih jugak klu camtu.

Liza

August 21st, 2009 at 4:35 am    

Liza

Salam…anak sy dah setahun setengah n masih BF..antara FM (susu tepung) dgn Fresh Milk/Creamer (contohnye Dutch Lady) mana yg lebih baik?
pernah baca dlm satu forum Fresh Milk/Creamer lebih baik drp FM (susu tepung). betul ke?

ummu_abdullah

August 21st, 2009 at 6:49 am    

ummu_abdullah

Actually yang saya tahu susu segar kurang baik untuk perut anak sebab dia belum disesuaikan dengan budak kecil.

Susu formula adalah susu lembu yang sudah diformulakan untuk meniru kandungan dan khasiat susu ibu adalah lebih baik dari fresh milk.

Bahkan kalau baca dekat label susu segar biasanya dia akan tulis kurang baik untuk bayi. Cuma, kalau doktor biasanya nasihatkan jangan bagi bayi bawah usia 1 tahun minum susu segar. Lebih 1 tahun baru boleh bagi minum susu segar.

Ummu Mus'ab

September 30th, 2009 at 5:40 pm    

Ummu Mus

Mcmana kalo brestfeed masa mengandungkan anak? ada kesan ker?

ummu_abdullah

September 30th, 2009 at 7:36 pm    

ummu_abdullah

FYI ummu Mus’ab, ia bergantung kepada seseorang. Asalnya boleh aja. Selagi mana xde rasa contraction, boleh aje. If ada rasa contraction, better stop. bagi susu botol. Niway ummi memang akan letih sket la time ni.

keterangan lanjut boleh semak di sini:
http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2943&forum=9#forumpost175038

Areen

November 26th, 2009 at 9:56 am    

Areen

Anak saya berusia 6 tahun. Tidak mahu langsung makan makanan pepejal dan hanya minum susu 1 -2 jam sekali ( 12 – 13 kali sehari). Adakah cukup dengan meminum susu untuk mendapatkan zat yang diperlukan.
P/s : Anak saya dikategorikan sebagai kanak-kanak sangat kurus dengan berat 10 kg.

ummu_abdullah

November 30th, 2009 at 7:57 pm    

ummu_abdullah

Saya baru tanya mak saya (Dr Rohani :) ) mengenai kes ni. Sebenarnya dia tak dapat zat yang cukup dengan hanya minum susu. Mungkin akan nampak macam ok jer, tapi makanan yang dia ambil tidak seimbang, mungkin akan menghasilkan apa-apa kekurangan dalam jangka masa yang panjang.

Anak sepatutnya sudah diperkenalkan dengan makanan pejal sejak usia 6 bulan. Kesan tidak mendapat zat yang seimbang seperti lemah daya tahan penyakit, kurus, dan sebagainya. Tak berapa ingat dah. :)

Apa pun, mak saya cadangkan supaya bawa anak puan untuk berjumpa dengan pakar. Ia mungkin masalah psikologi. Sementara anak masih kecil, ia mungkin masih boleh diubati.

Saya pun ada seorang kawan waktu di sekolah dulu yang hanya minum milo sehingga ke sekolah menengah. Tapi dah lama lost contact. :p

siti norazilah

December 2nd, 2009 at 4:43 pm    

siti norazilah

assalamualaikum, baru2 ni saya mengasuh bayi 5 bulan. bayi masih menyusu badan dan saya sedang mengajarnya minum dalam botol susu. masalahnya bayi tidak mahu hisap botol susu dan semacam fobia. saya kasihan lihat bayi 2, macam mana nak buat.

ummu_abdullah

December 3rd, 2009 at 1:27 am    

ummu_abdullah

Biasa sahaja baby kalau dah biasa breast feeding tidak mahu minum dari botol susu.

Ada petua mengatakan biarkan sahaja dia lapar kemudian bagi minum dari botol susu apabila dia sudah lapar sangat.

Petua lain adalah tinggalkan bayi dengan orang lain supaya dia lebih mudah terima perubahan minum dari puting baru berbanding apabila ada ibu di sisi, dia masih berharap ibunya akan beri susu badan.

Masukan lain adalah, disebabkan bayi sudah fobia dengan puting itu, tukar jenis puting kepada puting yang lain, atau cuba beri minum menggunakan sudu bayi dahulu, atau beri minum menggunakan cawan.

Bayi biasanya lebih mudah minum susu daripada sudu berbanding puting yang memerlukan dia menghisap keseluruhan puting susu.

Kaedah lain adalah mula memperkenalkan makanan lain kepada bayi seperti nestum. Bayi yang telah berusia 5 bulan sudah boleh diperkenalkan dengan makanan separa pejal.

Apabila bayi sudah mula biasa makan makanan separa pejal, insya’allah dia akan lebih mudah menerima botol susu. Dan kalaupun bayi masih lagi menolak, dia mungkin boleh diberikan makanan tersebut sementara ibu bekerja.

Apapun, sebolehnya jangan menyebabkan bayi fobia terhadap sesuatu. Jangan menyebabkan bayi menangis terlalu lama dalam proses tukar kepada sumber susu lain. Tangisan yang kuat dan lama akan memberi kesan kepada psikologi bayi dan mungkin akan dibawa seumur hidup.

ila des

January 13th, 2010 at 2:22 pm    

ila des

Saya mempunyai 2 org anak. Anak saya yg kedua ni berusia 1tahun 8 bulan, ia tidak mau minum susu botol..nak susu badan aje..masalahnya saya sekarang bertambah kurus sangat…jadi saya nak tanya adakah penyusuan susu badan menyebabkan badan ibu bertambah kurus. Berat badan saya selepas melahirkan adalah 68kg dari tahun 2008 bulan April dan sekarang hanya tinggal 46kg. Tinggi saya 165cm. Adakah itu normal bagi ibu yg menyusukan bayi dgn susu badan?

abu_abdullah

January 13th, 2010 at 8:49 pm    

abu_abdullah

Ya, memang menyusu akan menyebabkan ibu bertambah kurus. Ibu kene seimbangkan dengan makan lebih kerap (bukan lebih banyak ye? :) ). Ambil makanan suplement juga. Yang paling penting banyakkan minum susu.

Tu la special perempuan yang dapat anak, tak perlu diet-diet, mudah je kurus.

si bapa

January 17th, 2010 at 11:58 am    

si bapa

salam.. saya ingin bertanya, apa makanan pejal yg sesuai utk anak saya yg berumur 1 tahun 5 bulan? sebelum ni pagi dalam pukul 10 saya akan kasi dia makan nestum dan roti yg di sapukan majerin sekeping, tapi stok nestum kami dah hampir habis dan di paris agak sukar nak dapat nestum, adakah roti dengan majerin itu baik utk baby berumur anak saya? terima kasih

mama_que

January 21st, 2010 at 3:57 pm    

mama_que

salam…saya ingin tahu bagaimana nak bagi bayi makan bubur nasi.Bayi saya berusia 6 bulan lebih,saya ada cuba bagi makan bubur nasi yg dikisar halus bersama sayur tetapi bayi saya tidak berapa suka.Saya risau kerana dia hanya bergantung 80 % susu bdan slebihnya susu formula,nestum & biskut!Bila saya suap bubur nasi dia akan keluarkan semula dan sembur..tanda x suka..hmmm..tu saje…sekian.

ummu_abdullah

January 22nd, 2010 at 11:57 pm    

ummu_abdullah

salam.. saya ingin bertanya, apa makanan pejal yg sesuai utk anak saya yg berumur 1 tahun 5 bulan? sebelum ni pagi dalam pukul 10 saya akan kasi dia makan nestum dan roti yg di sapukan majerin sekeping, tapi stok nestum kami dah hampir habis dan di paris agak sukar nak dapat nestum, adakah roti dengan majerin itu baik utk baby berumur anak saya? terima kasih
@si bapa: majerin dan roti baik juga untuk anak, tiada bahayanya. Cuma saya cadangkan berikan serat atau sayuran dan juga buah-buahan sebagai makanan tambahan selain susu. Susu tetap perlu diberikan walaupun dah beri makanan pejal pada anak.

Selain dapat ajar anak makan sayur, dari sudut kesihatan juga penting bagi bayi mendapatkan vitamin…

ina

February 22nd, 2010 at 1:38 pm    

ina

salam..saya ingin bertanya anak saya dah hampir masuk 2 thn dan nak hentikan susu badan dgn menggantikan susu formula..masalahnya skrg dia mcm tak berminat dgn susu formula atau botol..dan taknak berhenti susu bdn..apa cara terbaik agar dpt hentikan dia dr susu bdn dan tukarkan dgn susu formula..minta cdgkan susu formula yg sesuai utk anak saya..terima kasih.

azrina

February 25th, 2010 at 12:11 pm    

azrina

Saya salah seorang ahli yg aktif di SUSUIBU.COM. Ini cuma pendapat peribadi saya. Kami ibu2 yg menyusukan memang menolak susu formula sprt mana yang kita ketahui banyak skandal mengenai susu formula ini. Selepas 2 tahun tidak semestinya bayi perlu bergantung pada susu formula, ia boleh digantikan dengan pengambilan cheese atau apa2 yg punya kalsium. Saya masih menyusukan bayi saya yg berumur 1 thn dengan susu badan tanpa susu formula dan saya tidak akan meletakkan susu formula satu tempat pergantungan, rasanya banyak alternatif lain.

Jika ingin tahu boleh refer di sini

http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=2316&forum=7&viewmode=flat&order=ASC&start=20

ikadesca

March 8th, 2010 at 7:14 pm    

ikadesca

saya setuju dgn azrina…saya nk share something..byk juga info tentang penyusuan dlm http://www.mumschoice.com.my

ummu_abdullah

March 9th, 2010 at 7:20 am    

ummu_abdullah

ok, best juga blog tu… ni link sebenarnya saya rasa… http://momschoice.com.my... mekasih kak tikah… =)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website