Salam Aidilfitri buat semua rakan blogger dan bukan blogger. Moga semuanya dalam keadaan gembira di hari kemenangan. Rasa lama pula tak update blog. Maka saya ambil kesempatan di pagi raya ini untuk mengkhabarkan kemenangan seluruh umat Islam yang berjaya menawan nafsunya menjadi hamba selamanya. Kemenangan yang kita miliki ini mudah-mudahan dapat menyemarakkan hubungan kekeluargaan sesama sanak-saudara. Mesti semua di kampung sekarang ini. Bergembiralah wahai ibu, wahai ummi, wahai murobbi… Hari ini adalah hari kegembiraan, bukan lagi kesedihan, Lepaskan Ramadhan dengan penuh keredhaan.
Sampaikan pada anak-anak bahawa hari ini adalah hari kemenangan umat Islam. Hari kegembiraan umat islam sedunia. Moga anak-anak gembira dengan ambutan Aidilfitri kali ini. Kegembiraan tidak diukur dengan wang dan harta, nasib dan taqdir, namun diukur dengan hati yang bersih menerima kehadiran syawal.
Salam Aidilfitri, Salam kemenangan buat semua pembaca tegar Blog Anakku Sayang (Bicara Pendidikan Anak)
Artikel Berkaitan:





















selamat hari raya! =)
thanks kenwooi…