
Wanita oh wanita. Sebagai ibu dan wanita penjagaan diri dan kesihatan sangat penting bagi memastikan kita sekeluarga selesa dengan keadaan yang bersih. Dari sudut kesihatan, bukan sahaja kekemasan dan kebersihan perlu dijaga, malah pemakanan juga perlu dititikberatkan.
Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil kurang 1 tahun, semestinya membersihkan lantai itu penting. Kerana kita ingin membiarkan anak belajar merangkak, meneroka dan bebas bergerak. Jika keadaan lantai tidak memuaskan, sebab itu kita memilih untuk menggunakan walker.
Sedar atau tidak, anak-anak lebih pesat dalam perkembangannya ketika merangkak. Kerana dengan merangkak, mereka dapat menganggar jarak, menajamkan penglihatan, menguatkan otot dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain. Namun, saya tidaklah extreme dengan mengatakan salah menggunakan walker. Saya cuma menekankan pentingnya membiarkan anak merangkak dan bergerak bebas.
Dalam hal lain, kesihatan tubuh badan juga amat perlu dititik beratkan. Bayangkan ketika kita demam. Rumah, anak-anak, suami, makan minum semua kita perlu sediakan dan uruskan. Bayangkan ketika anak demam, siapa yang tidak dapat tidur malam?
Itulah sebenarnya yang kita semua hadapi ketika diuji dengan ujian ini. Berat dan terbeban. Namun kita teruskan menanggung bebanan ini, kerana kita sedar itu tanggungjawab kita. Betul? Alhamdulillah.
Jadi, di kesempatan ini, saya menyarankan anda mendapatkan 10 Tips Percuma tentang Penjagaan Rambut Wanita Bertudung. Moga membantu!
P/S: Pesanan untuk diri sendiri sebab baru lepas demam. =)
Artikel Berkaitan:




















