
Assalamualaikum wbt…
Sekali lagi saya menulis berkenaan blogging. Mengapa? Kerana saya telah mengambil jalan ini yang pertama sekali sebelum saya terjun ke dunia perniagaan internet. Pada awalnya, saya tidak mempunyai cita-cita untuk menjana pendapatan melalui blog. Akan tetapi, apabila saya terus mengemaskini blog saya, saya membaca beberapa informasi tentang perniagaan internet, dan saya mula mengeluarkan modal untuk membeli domain dan hosting, barulah saya tahu betapa besarnya kuasa blog ini.
Pada awalnya, saya tidak tahu menjana pendapatan daripada blog yang saya miliki. Kemudian, saya meminta nasihat daripada saudara Raja Kamil. Kemudian barulah saya tahu dan saya mulakan proses menjana pendapatan dengan blog ini!
Saya melaburkan sedikit wang untuk membeli panduan audio Raja Kamil. Pada masa itu, panduan ini berharga RM10 sahaja! Tetapi, sekarang Raja Kamil telah menaik taraf produknya dengan harga yang lebih tinggi tetapi saya jamin ia sangat berbaloi.
Sila rujuk: http://rkurl.com/8448g
Baiklah, jika anda meneliti blog saya, adakah anda tahu di manakah sumber pendapatan saya?
Iklan?
Affiliate?
Jawapan anda benar! TETAPI, daripada 2 sumber pendapatan itu sahaja, saya cuma menjana lebih kurang RM100 sebulan. Ini bermakna, terdapat sumber lain lagi yang menjadikan pendapatan daripada blog ini sahaja adalah 4 angka. Jumlah 4 angka mungkin sedikit bagi anda, tetapi cukuplah bagi saya untuk membayar sewa rumah, bil api, bil air dan juga membayar hutang pengajian.
Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah, kerana jalan yang saya tempuhi ini adalah jalan perniagaan yang halal, tiada keraguan dari segi sistem dan pelan perniagaan. Semuanya berlandaskan sistem perniagaan Islam yang diterangkan oleh ustaz Zaharuddin. InsyaAllah…
Mudah-mudahan, anda juga mampu menjana pendapatan daripada blog. Produk akuseorangblogger itu telah mendedahkan semua rahsia saya… huhu…
Wallahua’lam…
Artikel Berkaitan:




















Salam. Sy masih samar2 ye…bgmana sebenarnya wang boleh masuk sampai 4 angka….sy percaya duitnya halal..cuma bgmna caranya duit itu masuk…kalau boleh tolong ainul terangkn dgn jelas..:-)
Topik ni panjang sebenarnya. Insya’allah akan saya kongsikan sedikit-demi sedikit.
Perniagaan melalui internet sama sahaja dengan perniagaan biasa, cuma kita menggunakan internet sebagai perantara. Jadi, jalannya adalah berniaga. Blog adalah bagaimana orang mahu mengenal kita.
Secara mudahnya,
1. Belajar satu kemahiran yang diperlukan oleh orang lain, kemudian tawarkan perkhidmatan. Cuma kemahiran apa yang HOT, dimana nak cari pelanggan, bagaimana nak bina kepercayaan orang. Macam kami, kami ada kemahiran membuat website, jadi kami tawarkan perkhidmatan membuat website kepada pelanggan melalui http://alfatihstudio.com. Kami juga membuka kursus mengajarkan kepada orang lain membuat website. Selain tu kami menerima tempahan buatkan games online, design banner, installkan script affiliate dan sebagainya.
2. Jual barangan fizikal. Mudah. Cuma, nak jual barangan apa, nak buat website macam mana, macam mana nak cari pelanggan dan macam mana nak bina kredibiliti.
3. Menjadi agen, jualkan barangan orang lain. sertai affiliate sesuatu produk kemudian promosikan produk tersebut. Anda boleh dapat komisyen untuk setiap jualan yang dilakukan melalui link anda.
4. Cipta produk digital sendiri. Macam kami, kami ada cipta produk gamespendidikan, jadi kami ada dapat income yang berterusan dari situ. Kami juga sediakan sistem affiliate yang membenarkan orang lain tolong mempromosikan produk kami.
5. Terima pesanan iklan. Sekiranya kita ada blog/website yang ramai pengunjung. Kita boleh menerima tempahan iklan di blog kita dengan kadar bayaran tertentu.
6. Review produk orang. Ada juga orang yang sanggup membayar sehingga ratusan malah ribuan ringgit supaya produk mereka direview oleh blog-blog yang terkenal. Review lebih berkesan berbanding cuma meletakkan banner kerana dengan review, owner blog telah memberikan recommendation kepada pemilik produk.
7. PPL, pay per lead, adalah bila kita tolong mempromosikan produk orang lain tetapi kita dibayar atas jumlah berapa ramai orang yang memasukkan email dan nama mereka di dalam website orang yang menganjurkan pay per lead. Ada pay per lead yang mencecah sehingga RM3 untuk setiap satu email.
Itu baru sekadar gambaran umum, bagaimana menjana wang melalui internet. Ada banyak lagi yang belum saya sentuh dan belum saya ceritakan dengan lebih mendalam.
Apapun, jauhilah bentuk mencari duit dengan sistem “money game” di internet.
Terima kasih krn Ainul tak lokek nak berkongsi ilmu, insya Allah semuga rezeki Ainul akan bertambah dlm bisnes internet. Saya kurang faham dgn affiliate. Dan kata Ainul itu baru gambaran umum, kalau Ainul sudi utk cerita lebih mendlm dan punya masa, email shj pd saya. Kalau di sini pun tak apa supaya boleh berkongsi dgn mrk yg berminat.