
Setelah seminggu memasuki tahun 2010. Kini anakkusayang telah menjangkau usia setahun. Bermula dari blog percuma wordpress di pendidikanawal.wordpress.com, kami (me n my lovely wife
) perlahan-lahan mengorak langkah di dalam dunia internet ini, sehinggalah terbinanya blog anakkusayang ini. Ada waktu naik dan ada waktu turun, ada suka dan ada duka… akan tetapi semuanya perlu tetap dilalui…
Cita-cita…
Kini pada 2010, Anakkusayang cuba untuk mengorak lagkah lebih jauh lagi, dalam cita-cita untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak-anak di kalangan masyarakat dan sekaligus sebagai satu penguat diri kami sendiri dalam mendidik anak-anak kami juga.
Pendidikan memerlukan asas ilmu yang kuat. Teras perubahan dan perbuatan adalah ilmu. Sabda nabi, “Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlukan ilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat, maka dia perlukan ilmu, dan barang siapa yang inginkan kedua-duanya maka dia perlukan ilmu.”
Perancangan…
Apa pembaharuan yang akan dibawa oleh anakkusayang pada tahun ini?
1. Penubuhan team anakkusayang. Cita-cita ini adalah cita-cita yang besar dan tak mampu dipikul sendirian. Kami dengan ini mengajak siapa sahaja yang berminat untuk membantu kami dalam menjayakan cita-cita ini. Kita akan membahagikan tugas, saling bekerjasama, hingga anakkusayang bukan lagi cuma milik kami berdua, tetapi dimiliki oleh semua yang mempunyai cita-cita yang sama. Seperti yang difirmankan Allah “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan hendaklah kamu saling sabar menyabarkan. Dan hendaklah kamu saling kuat menguatkan.” (ali imran :200).
Kelebihan mereka yang menjadi team anakkusayang? selain pahala yang tak putus-putus selagi mana orang lain mendapat manfaat dari usaha yang telah kita lakukan, ahli team akan dapat:
a. Ruang pengiklanan yang ada akan dibahagi sama rata sesama ahli team anakkusayang. Boleh letakkan iklan atau link affiliate anda.
b. Ahli team boleh post artikel dalam blog, diperkenalkan sebagai team anakkusayang, menjadi admin dalam forum, dan menjual produk miliknya dalam kedai anakkusayang.
c. Ahli team perlu beri komitmen dengan menyiapkan beberapa tugasan yang diberikan.
2. Anakkusayang akan melancarkan forum pendidikan anak-anak ber”tema”kan islamic homeschooling. Bagi kami homeschooling bukan semestinya bermaksud tidak mengahantar anak ke sekolah, tetapi bagaimana “home” itu adalah “school” bagi anak-anak. Forum, berbeza dengan blog, adalah satu tempat yang lebih seronok untuk “bersembang”. Ramai yang boleh mengeluarkan pendapat dan berbalas soalan. Mudah-mudahan dengan terbinanya forum ini, akan lebih banyak yang boleh dikongsikan dan lebih banyak persoalan yang terungkai. Forum sudah pun terbina, cuma perlukan sedikit touch up dari segi design sahaja lagi. Boleh lawati forum di http://anakkusayang.com/forum.
2. Anakkusayang akan melancarkan beberapa produk berbentuk buku panduan, percuma dan berbayar. Ini adalah kerana blog lebih menumpukan artikel yang pendek-pendek sahaja. Artikel blog anakkusayang dibuat “bite size”, agar tidak terasa berat membaca. Buku pula lebih teratur isinya, lebih mendalam perbahasan di dalamnya, dan lebih menyeluruh berbanding blog.
3. Projek games pendidikan online. Di antara projek yang dijangka paling mendapat sambutan. Projek ini telah pun bermula, kami dalam proses menyiapkan satu games pendidikan untuk diberikan kepada anda semua. Dapat idea ini sebab susah sangat nak mencari games yang ada unsur pendidikan dan bercirikan islam. Programmer dan designer sudah dicari. Projek ini dijangka akan dapat mula dilancarkan pada hujung januari.
4. Majalah online anakkusayang. Majalah keluaran bulanan dari anakkusayang yang akan memuatkan temuramah bersama tokoh-tokoh pendidikan dan mereka yang telah berpengalaman, agar semua dapat mengambil pelajaran.
5. Kedai online. Kedai online yang dibina menggunakan script web jualan. Kedai ini nantinya akan dapat digunakan oleh semua ahli team anakkusayang.
6. Ubah suai design blog anakkusayang dan penambahan features-features terbaru. Ini akan berjalan dari masa ke semasa.
Rintangan…
1. Rintangan utama adalah kekuatan dalaman… iman, keinginan dan semangat yang kadang-kadang naik dan kadang-kdang turun, adalah asas segalanya. Kalau ada jiwa yang kuat, gunung pun mampu digerakkan. Doakan iman kami agar sentiasa kuat untuk menghadapi jalan yang jauh dihadapan.
2. Duit… memang semuanya perlukan duit. Kami memerlukan dana untuk membangunkan semua projek yang dirancangkan itu tadi. Kos pembangunan projek-projek ini semuanya memakan tenaga dan wang ringgit yang tidak sedikit. Kami memerlukan bantuan dana dalam menyiapkan perancangan-perancangan ini terutamanya untuk projek games pendidikan. Segala bantuan dan sumbangan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Kalau ada yang berminat untuk berbincang untuk melabur atau menjadi rakan kongsi pun boleh.
Artikel Berkaitan:




















salam..berminat nak join..macamna ye
boleh add ym saya…. ainulsayuti@yahoo.com
eh, ada majalah online? selain tu apa lagi ek yang dimasukkan dalam majalah online?
ikut topik… Tapi bukan hanya tentang pendidikan anak…
salam
tahniah utk blog anakku sayang, dah setahun yer..
sgt2 menarik perancangan yg dibuat utk tahun 2010, kakyong doakan semoga ramai yg akan tampil utk membantu..
kakyong teringin juga nak sertai team anakku sayang.. tapi masalah MASA lah.. la ni pun jenguk pun tak leh nak update & jengah hari2.. kdg2 2 hari berderet tak online… uhukkk.. terkejar2 sungguh dgn masa.. jd keinginan tu cam jadi harapan jer.. yer lah nanti tak dapat pulak nak beri komitment..
btw, Insya ALlah, kakyong tetap akan singgah juga di sini..
all the best!!
kakyong banyak bagi semangat… itu sangat-sangat membantu jugak…
Ada part yang tak perlukan komitment tinggi… Nanti saya emel kakyong… InsyaAllah
salam, saya pun berminat nak join.. byk manfaat yang diperoleh dri blog ni..:)
ok, saya dah emel…