SHARE

Diaper anak antara produk yang kita biasa beli sebelum anak dilahirkan lagi. Hingga anak ke 5, diaper saiz New Born saya hanya beli 2 paket sahaja. Memang cukup-cukup sahaja sehingga anak beralih kepada saiz S. Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih dan membeli diaper untuk anak.

Cara Pilih Diaper Untuk Anak

pokochanPertama, ambil kira juga keperluan bayi dalam senarai prioriti anda. Setiap keluarga mempunyai keutamaan tertentu. Pertimbangkan dari sudut kos, kesihatan, persekitaran, kesesuaian atau pengalaman lepas.

Kedua, elakkan membeli secara pukal/‘bulk’ sebelum anda jumpa jenama yang benar-benar sesuai untuk anak anda.

Ketiga, beli diaper sehingga bayi hampir dilahirkan atau sejurus selepas bayi dilahirkan supaya anda tahu berat bayi setelah lahir nanti. Kebanyakan saiz Newborn adalah sehingga 5kg. Jika buat tempahan diaper secara online di Lazada, diaper akan sampai dulu ke rumah sebelum anda sendiri keluar dari hospital =) . (Kebiasaannya tempah hari ini, esok dah sampai). Cara ini lebih selamat kerana ada bayi yang terus menggunakan saiz S untuk pertama kali.

Saya akan kongsikan kelebihan diaper pakai buang Mamy Poko Air Fit.

mamypoko-air-fit-review-anakkusayang

Fabrik/Permukaan Luar dan Dalam Yang Lembut

Pertama kali saya membuka bungkusan Mamy Poko, saya teruja dengan kelembutan fabrik/material yang digunakannya. Betul-betul berbeza dengan 4 jenis diaper yang saya gunakan untuk anak-anak sebelum ini.

review-mamy-poko

Permukaan diaper yang kasar sudah tentu tidak sesuai bagi kulit bayi yang lembut. Tambahan pula bayi saya yang 3 bulan setengah ni sudah mula berpusing-pusing. Dah tentu fabrik yang kasar akan menyebabkan kulitnya melecet.

Kesan Serapan Diaper Mamy Poko

Apabila saya pakaikan kepada bayi saya yang berumur 3 bulan setengah, saya sendiri tersenyum. Sebelum ini, selalu juga terjadi apabila bangun tidur, basah bahagian depan seluarnya walaupun baru saja tukar sebelum tidur.

Kesan serapan yang kurang baik akan memberikan kelembapan najis pada kulit bayi. Maka dari situlah akan berlakunya lecetan pada kulit bayi atau ‘nappy rash’.

Nappy rash sangat memeningkan kepala malah kasihan juga pada bayi yang menahan sakitnya kulit melecet. Oleh sebab itu Mamy Poko menggunakan Super Absorbent Polymer (SAP) yang non-toxic (rujuk: sini). Bermakna gel ini selamat bagi kulit bayi, malah menyebabkan penyerapan najis lebih efisyen.

Pelindung Sisi yang Elastik

review-kelebihan-mamy-poko

Mamy Poko mempunya 2 lapis pelindung sisi. Jenis material yang digunakan juga lembut pada kulit bayi. Ini bagi mengelakkan kulit bayi melecet dan juga kebocoran najis. Terutama kepada bayi yang makin aktif bergerak.

‘Kik sini untuk lihat produk MamyPoko’

Pelekat Yang Lembut dan Boleh Ubah (adjustable)

Pelekat ini penting untuk keselesaan dan kesan pada kulit bayi kerana terdapat pelekat yang jenis plastik. Pelekat jenis plastik akan menyebabkan kulit bayi mudah tercalar. Malah ia boleh jadi ketat atau sukar untuk dibuka.

pelekat-tepi-mamy-poko-review

Mamy Poko menggunakan pelekat yang lembut dan boleh dibuka dan dilekatkan semula.

Ciri Unik Mamy Poko Yang Ramai Tidak Tahu

Mamy Poko mempunyai penanda kebasahan diaper anak anda. Jika anda lihat gambar di bawah, diaper yang tidak digunakan akan mempunyai garisan berwarna kuning. Apabila diaper mula penuh, garisan ini akan menjadi warna hijau sedikit demi sedikit. Apabila warna hijau sampai di hujung, maka diaper anak anda telah penuh.

mamy-poko-review-2

Ciri ini adalah ciri unik Mamy Poko yang tak terdapat pada produk diaper lain.

Rancanglah dengan bijak. Anda boleh dapatkan diaper Mamy Poko dengan harga Ekonomi dan Penghantaran Percuma di Lazada. Ia memang memudahkan anda.


Khas untuk pembaca blog Anakku Sayang! (1 Nov 16 – 17 Dec 16)

Gunakan Code Voucher “20LAPOR25” untuk diskaun 20% bagi pembelian minimum RM25 dan mendaftar sebagai pengguna baru di Lazada

Click Here To Purchase

If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY