Kecerdasan Emosi (EQ) yang Tinggi Bantu Anak Berjaya

Bijak Mengawal Emosi

Tahap kepandaian seorang anak pasti berbeza dengan tahap kepandaian anak yang lain atau orang lain. Kebiasaannya anak yang mempunyai IQ yang tinggi dikatakan anak yang pandai. Pandai di sini sering dirujuk kepada penguasaan dalam bidang akademik. Akan tetapi, kajian telah membuktikan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin kejayaannya dalam hidup.

Kecerdasan emosi atau lazimnya dikenali sebagai EQ, merupakan kebolehan dalam menangani sesuatu konflik atau kemampuan dalam meleraikan masalah. Anak yang mempunyai tahap EQ yang tinggi mampu berjalan dengan tenang walaupun diuji dengan pelbagai masalah. Malah sebenarnya EQ mampu menyumbang dalam meningkatkan IQ seseorang.

Apa Itu EQ?

Anak yang mampu mengawal perasaan marah, empati, berdikari, boleh menyesuaikan dengan persekitaran baru, berbudi bahasa serta menghormati orang lain adalah anak yang mempunyai perkembangan EQ yang baik. Oleh sebab itu, kecerdasan emosi atau EQ perlu dikembangkan sejak kecil.

Tahap perkembangan EQ boleh dipengaruhi oleh ibu bapa (keluarga), persekitaran dan kawan. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan tahap EQ anak. Apa yang boleh dilakukan untuk proses tersebut?

Pertama sekali, penuhi keperluan emosi anak. Bayi yang baru lahir sentiasa inginkan kasih sayang, pelukan dan ingin dekat dengan ibunya. Anak dalam lingkungan 3 tahun mula melakukan kerja-kerja dengan sendirinya inginkan perhatian, pujian dan penghargaan. Anak dalam lingkungan 5 tahun mula membantu ibunya mengemas ruang tamu, meja makan dan apa saja inginkan penghargaan kerana mereka ingin diri mereka dicintai dan ada nilai di sisi ibunya.

Dengan memenuhi keperluan emosi anak, secara tidak langsung tahap EQ anak mula berkembang. Mereka mula belajar bagaimana berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah serta membantu orang lain. Anak kecil yang dipenuhi keperluan emosinya akan kurang menangis berbanding anak yang sering diabaikan. anak yang kurang menangis berjaya mengawal perasaannya serta bijak menggunakan emosi pada tempatnya. Hal ini dapat mendorong anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Bak kata seorang pakar motivasi, orang yang tinggi IQ mudah mendapat kerja, akan tetapi orang yang tinggi EQ mudah naik pangkat.

Dalam hal ini juga, ibu bapa akan lebih mudah memahami anak dan anak juga lebih dekat dan rapat dengan kedua ibu bapanya. Apabila hubungan ini telah kukuh, ibu bapa mudah untuk membentuk sikap anak yang lainnya seperti mendisiplinkan anak, mengajar tatatertib, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, pengalamanlah yang akan mendorong ibu bapa bersikap sewajarnya dalam mendidik anak dan meningkatkan tahap EQ anak.

Bertindaklah Sewajarnya

Secara ringkasnya, saya simpulkan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam proses meningkatkan EQ anak.

  1. Ibu bapa sendiri menunjukkan sikap bersosial dengan masyarakat atau cara berkomunikasi dengan orang lain
  2. Semakin awal ibu bapa memulakan proses ini, ia adalah lebih baik. Serta bersedialah memenuhi keperluan emosi anak jika ingin anak berjaya.
  3. Bimbinglah anak untuk mempelajari kata-kata yang menggambarkan perasaan mereka
  4. Sekiranya anak mengaku kesalahan mereka kepada anda, maka dengarlah alas an mereka dan berikan kata-kata perangsang kepada mereka dan tegurlah dengan kasih sayang.
  5. Berikanlah pujian dengan ikhlas kepada anak anda.
  6. Bukalah ruang perbincangan dengan anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan dirinya.
  7. Ibu bapa boleh menggunakan pendekatan cerita atau sebarang permainan untuk mengajarkan anak bertindak dalam hal-hal tertentu.
  8. Jadilah teladan yang baik kepada anak, kelak anak akan lebih percaya kepada tindakannya.

Bagaimana pendapat anda? Mari kongsikan bersama tips yang anda amalkan.

Kredit Gambar:

1. IooPa (deviantart)
2. Wikimedia
3. Google

Artikel Berkaitan:

    Bagaimana Melatih Anak untuk Berjaya
    Pendidikan anak : emosi
    Kenali emosi anak
    Aktiviti Mengawal Emosi Anak
    Merangsang Kecerdasan Otak Bayi (Siri 1)

6 thoughts on “Kecerdasan Emosi (EQ) yang Tinggi Bantu Anak Berjaya

  1. norehan

    salam..
    saya mempunyai 2 orang anak lelaki yang berumur 3 dan 1 tahun.masalah sya sekarang anak sulung saya nanti bakal mencecah ke 4 tahun masih lagi memakai pampers.macam mana sya ingin memdidik anak saya supaya tidak lagi memakai pampers.untuk pengetahuan sya seorang ibu yang bekerja dan sentiasa sibuk.

  2. noreen

    pn saya juga seorang ibu yang bekerjaya dan dalam masa yang sama masih dalam pengajian .Saya juga mempunyai sepasang anak.Saya berjaya mendidik anak-anak saya tanpa menggunakan pampers sejak umur 2 tahun setengah dan tidak menggunakan pampers sepenuhnya (waktu malam) ketika mereka berumur 3 tahun.Apa yang saya amalkan selalulah bertanya jika mereka ingin buang air kecil terutamanya sebelum masuk tidur.Memang bukan mudah tetapi perlukan ketekalan.Mula-mula tu adalah yang terlajak tetapi lama kelamaan mereka akan biasa dan insyaallah berkat kesungguhan kita ,kejayaan pasti datang.Jika mereka berjaya berilah pujian dan dakapan pasti mereka gembira.Good luck.

  3. My Sweet Journey

    Norehan:
    Potty training ni…memang sangat nostalgia. Kini anak-anak dah besar panjang tapi nostalgia itu bagaikan baru semalam berlalu. Masih segar dalam benak fikiran ini bagaimana satu demi satu anak dilatih. Zaman dulu-dulu tak guna pempes. Kain lampin dan seluar getah. Memang menjimatkan dan juga kerana dah biasa dengan lampin, berat pula nak guna pempes. Alhamdulillah..anak akak ramai lelaki. Bila dia dah pandai jalan dan cakap nak kencing, pelat pun pelatlah,…akak akan mula potty training. Biasanya setahun lebih-lebih sikit umur mereka. Caranya sama sahaja bagi semua dan biasanya ambil masa dalam 2 minggu dah lulus. Mungkin cara kakak ni…ala-ala kampunglah….dah hidup kat kampung.

    Kakak pilih waktu yang kakak benar-benar free. Maknanya dalam mada 2 minggu tu…tak boleh ganggu langsung. Kakak memang dok rumah aje setiap masa. Jadi tak jadi masaaalah. Memang tak ada marah-marah dan tension-tension. Anak happy dan kita juga teruja nak cepat success. Sepanjang 2 minggu tu, anak-anak telanjang ajelah…kalau sejuk, pakai baju aje. Kakak akan kerap bagi air kegemaran mereka. Biasanya raibinalah. Bancuh cair-cair dan jangan manis sangat. Kakak akan sediakan asam kegemaran mereka yang rasa agak masam manis. Mereka akan kerap minum air. Kakak akan puji kalau mereka kerap minta air. Memang kerja kitalah untuk sua-sua air sekerap mungkin. Kerja kitalah untuk sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Bila minum banyak, mereka pasti akan kerap nak terkencing. 10 minit sekali bawa mereka ke toilet. Memang mereka akan terkencing. Kita akan bertempik kegembiraan dan usung mereka rata rumah tanda kemenangan. Sambil-sambil tu…nyanyi kata anak bijak. Anak hebat dan Ummu sangat sayang. Tak pernak kita layan mereka macam tu…hanya masa potty training aje. Mereka jadi sangat teruja dan seronok. Lepas tu…bagi upah asam ke…ape-ape kesukaan mereka. Bagi lagi air. Jangan kita terlepas pandang langsung akan mereka walaupun sibuk dengan kerja rumah. 2 minggu ini adalah all out. Jangan bagi mereka terlepas langsung merata rumah kerana ini akan menggagalkan mereka sebab otak mereka tengah merakam bahawa kencing hanya di bilik air. Hasilnya…dalam masa 2 minggu otak mereka dah berjaya ajar mereka tanpa kita paksa-paksa. Fikiran separuh sedar mereka juga dah rakam benda yang sama. Alhamdulillah…ini ajelah cara kampung yang akak guna untuk semua anak dan semua berjaya . Bila dah berjaya kencing bilik air, nak ajar berak pula bilik air. Setiap kali abang-abang berak, bagi anak itu berada dalam bilik air sekali dengan abangnya. Kanak-kanak memang suka meniru. Dia pun nak berak macam abang mereka. Selesai masaalah…

  4. ummu_abdullah Post author

    Puan Norehan, Tips Puan Noreen dan My Sweet Journey itu memang berkesan dan saya juga guna pendekatan yang sama… Moga berjaya… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>