SHARE

Perkembangan Komunikasi Bayi: 3-12 bulan

Di antara umur 3 hingga 12 bulan, terdapat banyak perkembangan komunikasi seorang bayi. Anda boleh jangkakan anak anda untuk ketawa, bermain dengan bunyi, membebel dan mula berkomunikasi dengan pergerakan.

Perkembangan komunikasi anak anda akan meningkat secara drastik sepanjang setahun usia pertamanya.

perkembangan-komunikasi-anak
Video screen capture Happen Films

Ekspresi : Perkembangan komunikasi bayi

Berikut merupakan perkara yang anak anda mungkin lakukan untuk mengekspresikan dirinya:

  • - Melakukan hubungan mata dengan anda
  • - Mengatakan ‘ah goo’ atau kombinasi bunyian huruf vokal dan konsonan sekitar 3 bulan
  • - Membebel dan menggabungkan vokal dan konsonan, seperti ‘ga ga ga ga’, ‘ba ba ba ba’, ‘ma ma ma ma’, ‘da da da da’, pada usia sekitar 4 bulan
  • - Meniru sebahagian bunyi dan gerakan yang anda lakukan, seperti batuk, ketawa, bunyi ‘klik klik’
  • - Bermain dengan pelbagai jenis bunyi seperti ‘aaieee’, ‘booo’, ‘ahh’ dalam pelbagai bentuk kenyaringan dan kelantangan suara
  • - Membuat bunyi yang lebih panjang dan bersambung sekitar 8 bulan, ianya mungkin kedengaran seperti perbualan biasa – dan ianya mungkin akan berterusan sehingga perkataan pertama dikatakan
  • - Mengatakan ‘mama’ atau ‘baba’ sekitar 9 bulan, walaupun bayi anda mungkin tidak tahu apa yang dikatakannya
  • - Berkomunikasi dengan tujuan terutamanya untuk meminta, menegaskan, menolak, atau menyapa seseorang
  • - Meminta sesuatu dengan menunjuk, atau dengan melihat kepada seseorang yang mempunyai sesuatu yang bayi mahukan
  • - Mengatakan beberapa perkataan yang mempunyai maksud yang jelas seperti ‘mama’ atau ‘baba’ untuk merujuk kapada mama atau baba sekitar 12-14 bulan.

baby-diapers-2

Respon: Perkembangan komunikasi bayi

Bayi anda mungkin akan memberikan respon dalam pelbagai bentuk. Contohnya dia mungkin akan:

  • - Membuat bunyi atau senyap apabila anda bercakap dengannya atau memanggil namanya
  • - Gelak ketika anda menukar lampinnya
  • - Senyum dan ketawa apabila anda bermain dengannya
  • - Suka permainan peekaboo atau permainan lain
  • - Menggunakan isyarat seperti melambai atau menunjuk

Memahami: Perkembangan komunikasi bayi

Bagaimana bayi anda sudahpun memahami apa yang berlaku adalah sangat menakjubkan – dia mendengar dan belajar setiap masa, sebagaimana dia cuba memahami dunianya.

Sebagai contoh dalam beberapa bulan ini, bayi anda boleh memahami:

  • - Perkataan ‘tak’ (tetapi dia tidak semestinya akan menurut apa yang anda katakan) sekitar 10 bulan
  • - Arahan mudah dengan isyarat visual dan lisan – sebagai contoh sekitar 12 bulan apabila anda menghulurkan tangan anda dan berkata ‘ta’, bayi akan memberikan mainan yang dipegangnya.

Apa yang saya kongsikan adalah perkembangan biasa bagi bayi, namun ia bergantung juga kepada persekitaran dan bayi itu sendiri dari segi kebolehannya berkomunikasi.

Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah sentiasa memberi respon dan berbual dengan bayi sekerap mungkin. Semoga bayi kita semua dapat berkebang pesat sesuai dengan umurnya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY