Your are here: Home // Pendidikan // Tips Pendidikan Anak – 15 Bulan

Tips Pendidikan Anak – 15 Bulan

“Ketawanya sering mengukir senyuman ibu bapa yang meihat dan mendengarnya”

Ketika ini anak anda sudah berjalan dengan stabil walaupun kadangkala dia terjatuh namun bangun semula untuk menyempurnakan hajatnya.

Umur 15 bulan, adalah masa yang sangat baik bagi anak untuk meneroka dan mempelajari hal-hal berkaitan pancaindera. Merasa, bau, dan sebagainya. Berikan anak kain berbulu dan nyatakan sifat kain pada anak sambil memberinya memegang kain tersebut dan banyak lagi.

Waktu makan juga boleh dijadikan aktiviti mengenal rasa. Sudah tentu anak anda sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Pada waktu ini, anak anda masih lagi menganggap rakan bermainnya sebagai objek, bukan manusia. Membawa anak bergaul dengan rakan sebaya dengannya boleh membantu perkembangan sosial anak pada waktu ini.

Usia ini sangat sesuai untuk memperkenalkan binatang peliharaan pada anak. Samada kucing, ikan, hamster dan sebagainya. Ia mengajar anak bersikap bertanggungjawab. Sedikit sebanyak merangsang anak bersikap kasih sayang, cintakan haiwan dan alam sekitar.

Memilih haiwan peliharaan perlulah dengan teliti dan sedikit kajian. Jika anak anda mempunyai penyakit athma, cuba elakkan binatang berbulu lebat. Malah, pastikan juga anda sebagai ibu bapa bersedia untuk memberikan binatang peliharaan kepada anak. Perhatikan setiap sudut dalam tindakan anda.

Ketika ini, anak anda akan mula bermain dengan kata-kata dan perkataan. Sekurang-kurangnya, anak anda akan mula menyebut suku kata akhir pada perkataan. Cuba ajarkan dan perkenalkan setiap objek yang dipegang atau ditunjuk oleh anak.

Malah untuk mengajar anak membaca adalah sangat sesuai pada umur ini. Menggunakan Kaedah Fonik adalah pilihan saya yang mana banyak memudahkan pembelajarannya dan menggembirakannya ketika belajar.

Cuba tanyakan pada anak ketika umur ini,

“Muhammad nak minum?”

“Nak!”

Tahniah, anak anda sedang berkembang dengan sangat baik!

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan Anak Berusia 13 Bulan
    Bayi 8 Bulan, Apa yang Mereka Tahu
    Tips Tingkatkan Daya Fokus Anak
    Mendidik Anak Berpuasa di Bulan Ramadhan
    Tips menggalakkan anak belajar!

Anda rasa entri ini bermanfaat? Isikan emel anda di bawah supaya anda tidak terlepas entri-entri bermanfaat yang lain.


Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.