
Apakah yang anak anda perlu tahu?
Pada kaca mata seorang anak yang jujur, mereka melihat suatu kesempurnaan pada diri seorang ibu. Tahu dan mampu melakukan segalanya. Ibu bapa sentiasa betul dan yang paling sempurna daripada setiap kesalahan. Orang yang hidup lebih lama pasti mengetahui dan melakukan sesuatu dengan baik dan tepat. Persepsi itu hanya ilusi. Malah setiap orang bijak pandai juga punya kelemahan – siapapun tidak, siapapun tidak sempurna.
Dan ini adalah suatu yang sangat penting sekiranya anak-anak dapat belajar seawal mungkin. Hal ini kerana, sekiranya anak-anak belajar bahawa siapapun – walaupun ibu bapa, walaupun datuknya, walaupun seorang guru – melakukan kesilapan, akan melakukan yang terbaik, mudah dan tenang dalam proses perkembangannya dan akan mula mengambil kira aspek risiko tanpa takut akan kegagalan. Untuk menolong anak anda dalam mempelajarinya:
- Jangan mengharap kesempurnaan daripada seorang anak. Mengharap dan menjangkan sesuatu yang di luar kemampuan anak akan menggentarkan anak, tidak termotivasi, dan menghapuskan keyakinan anak itu sendiri.Jangkaan (terhadap kelakuan, kemampuan, kemahiran, bahasa) tersebut, janganlah sehingga tidak sesuai pada umurnya, malah suaikanlah dengan pembawaan dan kebolehan mereka. Hal ini tidak bermaksud anda meletakkan anak pada tahap yang paling rendah dan tidak mengharapkan sesuatu daripada anak. Anak-anak yang tidak disasarkan pada suatu standard, dan dibiarkan berkembang dan membesar dengan sendirinya, biasanya gagal mempelajari disiplin diri, menghadapi cabaran, dan menanggung risiko. Mereka gagal menonjolkan diri mereka dan seringkali rendah dalam pencapaiannya.
- Jangan mengharap kesempurnaan daripada orang lain. Terimalah ketidaksempurnaan orang-orang sekeliling. Bersama pasangan (sekiranya tandas dibiarkan terbuka, membiarkan ubat gigi tidak ditutup semula), bersama orang yang bekerja dengan kita, bersama majikan, bersapa pekerja di pejabat pos ataupun bank. Hal ini bukanlah bermaksud menerima kebiadaban, ketidakcekapan dan ketidakcermatan, namun ia melatih sikap toleransi dan sabar – menyedari bahawa setiap manusia melakukan kesilapan saban hari.
- Jangan menyembunyikan kesilapan anda di depan anak-anak. Hal ini penting bagi anak-anak melihat ketidaksempurnaan anda, dan mereka akan suka membenarkannya. Jadi, apabila anda hilang sabar, atau terlupa membeli makanan kegemaran anak anda, mohonlah maaf kepada anak anda dengan seikhlas mungkin.
- Jangan pula mengharapkan kesempurnaan ada diri anda sendiri. Tiada ibu yang sempurna. Maafkanlah diri anda ketika anda tidak dapat memenuhi kehendak atau sasaran anda. Ingat bahawa anda hanya manusia. Sedangkan ibu melakukan kesalahan, kita semua tidak ketinggalan. Kita perlu menerima kegagalan dan belajar daripada kesilapan untuk bangun semula.
- Maafkanlah kesalahan anak-anak anda sepenuhnya dan sesempurnanya. Maafkanlah tanpa syarat. Jangan menyisihkan (atau berpura-pura) untuk mencintainya kerana pencapaian anak anda akan merudum. Sudah tentu, memandangkan anda tidak sempurna, maka anda juga tidak dapat merespon ketidaksempurnaan anak anda dengan tindakan yang sempurna. Kadangkala, hilang sabar atas rumah yang bersepah dan kesalahan yang tidak sepatutnya adalah sifat manusia. Hanya biarkan anak anda tahu dan sedar bahawa kecintaan anda tidak akan penah pudar dan walaupun anda pernah memarahinya.
Anda pasti gusar membiarkan anak anda tahu bahawa anda tidak mengharapkan kesempurnaan daripadanya akan merendahkan prestasi dan sasaran anda. Hal ini tidak berlaku sama sekali. Kanak-kanak yang bebas menanggung risiko melakukan kesalahan, yang tidak merasa tertekan untuk menjadi sempurna biasanya akan lebih berprestasi unggul berbanding kanak-kanak yang dipaksa menjadi sempurna, biasanya keliru dan bimbang akan kehendak ibunya yang inginkan kesempurnaannya. Kanak-kanak yang yang diberi kebebasan untuk menanggung risiko juga akan berkembang lebih matang dalam mengenali dirinya sendiri dan tidak mengalami gangguan dalam mengenali diri serta sengsara dalam kekerasan.
Artikel Berkaitan:



















