Rasa Malas? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Siapa Mendidik Anak Anda?

Siapa Mendidik Anak Anda?

j0098513

Bismillah, walhamdulillah…

Saya terpanggil untuk menulis tentang pendidikan anak kerana telah banyak persoalan dan juga keadaan yang saya lihat amat mengecewakan saya… hal ini kerana, pendidikan anak yang banyak digunakan oleh kaum ibu bapa seringkali menemukan kegagalan.Walaupun saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang berjaya dan teknik mereka memang perlu dijadikan contoh.

Sedarkah para ibu bapa sekalian, apakah tujuan utama kita melahirkan anak atau seorang insan yang tidak mengerti itu? Adakah semata-mata ingin mendapatkan zuriat dan akhirnya hasil zuriat itu telah merosakkan masyarakat sosial dan negara.

Saya tertanya-tanya, mengapa ramai ibu bapa menghabiskan banyak duit untuk pendidikan anak mereka semata-mata, namun hasilnya, mereka menjadi lebih liar, bukan lebih bijak. Dalam hal ini, mari kita sama-sama mengkoreksi diri kita sebagai ibu bapa. Elakkan mencari kesalahan orang lain. Lihatlah apa yang telah kita perbuat untuk anak kita.

Satu kesalahan para ibu bapa dalam member pendidikan kepada anak adalah, melepaskan tanggungjawab pendidikan secara total kepada guru di sekolah, tadika atau taman asuhan. Maka, tiada gunalah penulisan saya di sini sekiranya pendidik utama anak-anak adalah orang asing iaitu bukan ibu bapa sendiri.

Melepaskan tali untuk kesenangan para ibu bapa bukanlah pilihan yang baik. Malah dapat menghambat atau menghalang langsung perkembangan optimal si anak. Ingatlah bahawa, pendidikan awal bermula di rumah. Tanggungjawab seorang ibu bukanlah membebankan, namun ia adalah anugerah dan juga nikmat. Tanyalah sendiri kepada para ibu bapa yang Berjaya dengan susah payah membesarkan anak-anak. Itulah kepuasan yang tiada tandingan.

Yakinlah bahawa usaha mendidik anak adalah usaha mulia dan bukan suatu yang menjelekkan apatah lagi menghinakan. Saya menyeru para ibu bapa khususnya dan juga bakal ibu bapa umumnya untuk mengembangkan potensi diri dalam mengasuh dan mendidik anak.

Artikel Berkaitan:

    Mendidik Anak Dengan Cinta
    Ceritakan Kepada Anak Anda
    Tips Mendidik Anak
    Anak anda bosan?
    Tips Mendidik Anak

4 responses to "Siapa Mendidik Anak Anda?"

  1. abuyon abuyon says:

    salam ummu_abdullah, saya bersetuju 100% dengan artikel di atas. Kata isteri saya, ibu adalah suri ummah bukan sekadar suri rumah. Boleh cuba baca blog ini selain blog saya ya .. hehe … cahayemata.blospot.com

  2. parentingskill parentingskill says:

    wah, satu ‘term’ baru yang menarik… “SURI UMMAH”… benar kata isteri abuyon, kita mendidik ummah untuk menjamin suasana dan juga persekitaran yang baik juga buat anak-anak kita kelak. =)

  3. sayang sayang says:

    salam…
    setuju sgt.. saya ni wanita yg berkerja. Saya rasa wanita berkerja kurang mampu melaksanakan tugas suri ummah dgn lbh baik… masa terpaksa dibahagi dua…

  4. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    bahagi masa sebaiknya, insyaAllah, anda suri ummah berjaya. itu secara teorinya… secara praktikalnya, perlu tambah dengan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan juga sokongan… Moga kita dikuatkan Allah…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.