
Saya sangat terpegun dan terkesima apabila cerita ini bermula. Bukan apa, dengan animasi yang menarik, Abdullah pun ternganga pada awalnya. Sedikit sebanyak kisah ini cukup bermakna dan memberi pengajaran yang sangat besar buat para pendidik.
Taare Zameen Par merupakan movie yang menyentuh hati saya sebagai seorang ibu dan pelajar pendidikan. Kisah ini bermula dengan kehidupan seorang budak yang berumur 8 tahun. Ishaan Awasthy, hidup di dalam dunianya sendiri, binatang peliharaan, ikan, lumpur, dan layang-layang merupakan perkara-perkara yang menarik dalam hidupnya.
Ishaan kelihatan tidak memberi tumpuan dalam pengajiannya di sekolah, seolah-olah mengecewakan guru-guru di sekolah serta ibu bapanya sendiri, menghabiskan sebahagian besar waktu di sekolahnya dengan melihat keluar jendela, atau berdiri di luar kelas (denda). Ayahnya menyangka dia malas dan gurunya berfikir dia bodoh. Walaupun abang dan ibunya amat menyayanginya, namun kebimbangan itu masih tidak dapat dilenyapkan. Anak lelaki yang sering dihukum baik di sekolah mahupun di rumah, melarikan diri dari semua tekanan ini demi menjadikan imajinasinya hidup selama-lamanya.
Akhirnya, ayahnya yang tegas itu telah memutuskan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama, jauh dari keluarga. Untuk mendisiplinkannya dan sekaligus menghukumnya atas sikapnya yang seolah-olah malas belajar. Ishaan terlalu sedih dan takut serta merayu pada ayah dan ibunya. Perpisahan ini terlalu sukar baginya. Namun, tiada siapa dapat menghalang keputusan ini dan Ishaan ditinggalkan di sekolah berasrama dalam keadaan sedih dan sendirian.
Keadaan tidak berubah sama sekali. Ishaan tetap dipukul, diejek dan dihukum akibat tidak tahu menulis, membaca dan gagal dalam peperiksaannya. Rakannya yang paling awal datang ke sekolah, amat memahaminya namun tidak tahu apa yang boleh dibantu. Lama-kelamaan, anak ini tertekan dengan keadaan itu dan menjadi seorang yang sangat pendiam dan bermasalah.

Suatu hari, datang seorang guru ganti, Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan, guru yang bersahaja). Beliau sangat mengagumi kanak-kanak dan melayani kanak-kanak sebagai kanak-kanak serta kurang mempercayai kaedah pendidikan konvensional. Namun Ishaan langsung tidak tertarik dengan gayanya dan terus melayani dunia tekanannya itu. Akhirnya Nukumbh, guru seni ementara ini simpati dan terlalu sedih dengan Ishaan. Beliau mula mengkaji permasalahan Ishaan dengan meneliti buku-buku Ishaan dan seterusnya menziarahi keluarga Ishaan.
Akhirnya, Nikumbh mendapati anak ini mengalami disleksia. Dan menyangkal semua tuduhan kepada Ishaan hasil kajian dan penemuannya. Beliau meminta agar pengetua sekolah membenarkannya menjadikan Ishaan sebagai murid jagaannya dan berhasrat mengubah keadaan Ishaan.
Kisah ini terlalu mendalam ertinya bagi pendidik dan juga ibu bapa. Kita percaya setiap anak itu punya kelebihannya tersendiri, namun itu hanya kata-kata yang sukar untuk dilaksanakan. Seringkali kita terikat dengan penilaian guru-guru dan penilaian maysrakat yang tidak mengerti dan memahami anak kita.
Moga pengajarannya akan mengubah persepsi para pendidik terutama ibu bapa.
Artikel Berkaitan:




















Kawan2, sy perlukan pendapat.Saya ada dpt lappy dgn harga RM 350. Masih elok cuma bateri kong.Jd ia b’gantung dgn elektrik.Satu lg RM1100 msh ada warranty sampai April, mana nk pilih?
SITISIFIR, pada pendapat saya, amik yang baru… yang 2nd hand banyak kemungkinan akan rosak semula… laptop biasa akan buat hal selepas 1 tahun…
Saya baru menonton filem Taare Zammen Par –
menyentuh hati saya sebagai seorang ibu yang mempunyai anak disleksia.
mama fadhli
=) yang takde anak disleksia pun tersentuh… erk, cite hindustan bukan sume camtu ke… ehhe.. gurau jek…
Memang banyak pengajaran daripada cerita ni…
Cerita ini memang memberi kesan mendalam pada para penonton yang menghayatinya. Sangat menarik dan cerita yang padat dengan mesej berguna.
Salam. Kenapa saya tak pernah tengok cerita ni ye…mungkin kerana sy jrg di msia ye….ye nampak macam menarik ceritanya…