Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak

Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak

Barnyard

Semalam Abdullah dan abi tengok lagi satu kartun, Barnyard. Cerita mengenai seekor lembu yang menjadi ‘hero’ di ladang dengan menyelamatkan ayam daripada dimakan serigala.

Itu saya. Saya benarkan anak menonton televisyen atau kartun melalui laptop. Mengapa? Pada pengamatan saya, anak-anak lebih mudah membina tahap focus apabila menonton kisah-kisah yang memakan masa lebih 15 minit. Saya mula memberi anak saya menonton televisyen ketika usianya kurang satu tahun. Ketika itu anak saya tertarik dengan video nasyid Islam. Ketika umurnya mencecah 1 tahun setengah, tumpuannya mula meningkat, dan sudah mampu menghabiskan satu-satu cerita selama lebih 40 minit. Hal ini saya lihat tidak berlaku kepada semua anak-anak kecil.

Satu ketika anak-anak kawan saya yang sebaya umurnya dengan Abdullah, ketika itu kurang setahun menonton video bersama-sama. Namun, kurang 15 minit si anak kecil itu mula beredar dan mencari permainan lain untuk bermain. Namun Abdullah masih kekal di depan laptop. Hal ini berlaku di depan saya sendiri. Bukan tiga atau empat kali, namun lebih dari 10 kali pemerhatian saya.

Saya sedar, memberi anak menonton televisyen sewenang-wenangnya dan menonton video-video kartun dengan banyak juga tidak baik. BENAR! Saya pernah melarang Abdullah daripada menonton kartun-kartun yang tidak baik dari segi konsep dan mesej yang hendak disampaikan. Malah, setiap video yang akan ditonton oleh Abdullah akan saya tapis terlebih dahulu. (bermakna saya dah tengok banyak kartun… seronok! hehe) Malah, jika tiada kawalan dilakukan, anak-anak akan hilang tumpuan untuk belajar dan mereka juga akan lemah dari sudut fizikal kerana asyik mengahadap televisyen dan laptop semata-mata.

Hasilnya, ketika Abdullah berumur 1 tahun setengah, beliau telah mempunyai tahap konsentrasi yang tinggi. Ketika menghadap buku sahaja, dia pernah mencapai masa selama lebih 30 minit. Malah pernah mencapai masa 1 jam ketika membaca buku. (bukan baca buku, baca gambar sebenarnya). Kemudian, tidur sebab mental dah digasak dengan sungguh-sungguh.

Ketika saya melayari forum-forum parenting, satu lagi teori yang saya jumpa. Rupa-rupanya, menonton televisyen atau video ketika usia bayi dapat merangsang penglihatan bayi, merangsang perkembangan otak, merangsang pendengaran, menambah perbendaharaan kata, dan banyak lagi. Malah, anak-anak akan kembali kepada mood yang baik ketika mereka bosan bermain mainan.

Namun sekali lagi saya tekankan, menonton televisyen akan menjadi tidak sihat sekiranya tanpa kawalan. Malah boleh membawa kepada sikap malas. Berilah anak anda kebebasan untuk merangsang segala pancaindera mereka. Sekali-sekala, lepaskan tali kendali, namun kawallah ia agar tidak terlepas jauh.

Apa pula pendapat anda? Saya mungkin silap kerana saya juga manusia. Sama-sama saling menegur dan saling berkongsi. InsyaAllah.

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan Anak: Komunikasi Dua Hala Saat Menonton Televisyen
    Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak
    Mendidik Anak Dengan Cinta
    Bertindaklah Dengan Bijaksana Dalam Memberi Amaran
    Anak tak datang dengan manual

2 responses to "Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak"

  1. miz miz says:

    betul, menonton tv @ laptob bg sesiapa sj ada pro kontranya. namun baik buruk bgantung pd ‘garis ukur ‘ y kte gunakan.

    daya konsentrasi ank adalah berbeza ats faktor tertentu…misalnya ‘bahan’ y dihidangkan pd anak2. ‘Cara’ dihidangkan.
    bahan menarik tp cara xbest @pun tak menepati ciri2 kanak2…sori kanak2 akan bgn @ beralih pd aktiv pilihan dia.

    cuba perhatikan : mengapa kebayakn anak2 akan tertarik pd kartun n iklan ?

  2. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Mengapa kak miz…?

    Mungkin kerana gambar dan animasinya sentiasa berubah2.. tidak statik seperti drama… ehhe…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.