SHARE

Satu perkara yang saya belajar harini adalah tentang meninggikan suara.
Sebagai ibu, kadangkala membesarkan 4 anak lelaki ini begitu mencabar.

Saya pernah utarakan pada ibu mertua, kadang serba salah nak marah anak,
nak tinggi suara. Tapi pesannya, “marahkan aje, anak-anak zaman sekarang
ni, leka sikit, mungkin akibat komputer tu, tapi memang jika perlu marah,
marah aje, baru mereka bergerak!”

Betul juga apa yang dipesankan itu.

Kawan saya pernah berkongsi, bila anaknya terlalu banyak berdepan dengan
skrin, kadangkala panggil pun tak dengar. Tinggikan sikit suara baru
dengar.

Skrin memang terlalu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Cabarannya sekarang adalah skrin banyak di rumah, nak kawal agak sukar.
Sekarang saya bagi syarat pada anak, nak buka komputer perlu baca Iqra. 1
muka surat, dapat 30 minit.

BERKESAN!!!

Anak lelaki ni sekali je baca Iqra’nya. jadilah 30 minit sahaja sehari. =P

Jadi masa-masa selebihnya anak2 main bola, main kapal terbang kertas,
melukis, dan baca komik. Ok lagi baca komik dari skrin pada pandangan
saya.

Berbalik kepada meninggikan suara, sebenarnya sebagai pendidik, bukanlah
hal yang baik jika meninggikan suara dalam kedah mendidik. Memarahi dan
menegur anak mungkin ada caranya, namun saya rasakan meninggikan suara
bukanlah satu cara teguran yang baik.

Astaghfirullahal Azim…

sedih2Saya manusia biasa yang tak terlepas dengan kesalahan. Pernah saya
tinggikan suara, anak-anak terdiam, duduk di penjuru rumah, menangis…
Itu sahaja sudah memuhasabah diri kita sendiri. Jika kita di tempat
mereka, bagaimana agaknya reaksi kita yang dmarahi dengan suara yang tak
menyenangkan.

Begitu juga anak kecil yang baru mengenal dunia. Masanya untuk mula
bertindak. Tegur dengan hikmah, dan tinggi suara bukan cara yang baik.

Anda bagaimana…? Ada pengalaman dalam “hilang sabar” tak?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY