SHARE

muhammad

Emosi, fizikal dan juga mental anak-anak sedang pesat berkembang sejak kelahirannya. Ada teori yang menjelaskanbahawa emosi anak terlebih dahulu terbentuk. Bukan ketika ia lahir ke dunia, malah ketika bayi masih dalam kandungan. Bahasa yang digunakannya adalah emosi. Oleh sebab itu, bayi hanya mengerti erti pelukan, dukungan, serta senyuman. Namun, perkembangan mental dan fizikalnya harus juga seiring dengan perkembangan emosi. Pembentukan aspek fizikal hendaklah ketika lahirnya bayi tersebut. Siapa lagi yang berperanan kalau bukan ibunya sendiri.

Walaupun Doman ada menjelaskan dalam bukunya “Teach Your Child to Be Physically Superb” tentang pentingnya perkembangan fizikal anak ketika masih bayi, namun Islam jauh lebih awal dan kedepan dalam hal ini. Lihat bagaimana gagahnya pemuda-pemuda Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih yang menjadi panglima perang ketika usia muda, Khalid Al-Walid, juga sahabat-sahabat lainnya. Mereka begitu gagah memimpin tentera perang, apatah lagi untuk berkuda dan bermain pedang. Sudah semestinya ibu merekalah yang berperanan dalam proses perkembangan ini.

Mari lihat, apakah yang boleh dilakukan ketika bayi lahir untuk merangsang perkembangan fizikalnya.

1. Dukungnya dan berpusing dengan perlahan.

2. Baringkannya kemudian cuba gerakkannya ke kanan dan ke kiri

3. Letakkannya di atas tikar khas (tikar kecil)kemudian tarik tikar kedepan, ke belakang, kekiri dan kekanan.

4. Biarkannya tiarapkan bayi sekali sekala walaupun dia tidak gemarkannya

Lakukan perkara-perkara ini setiap hari selama 30 saat. InsyaAllah fizikal anak anda akan berkembang pesat. Saya telah menjalankannya sejak Muhammad, anak kedua saya lahir, dan has ilnya sangat memberangsangkan. Alhamdulillah…

Lihatlah anak-anak saudara-mara kita yang tinggal di kampung (lebih tepat adalah zaman dahulu). Anak-anak dilatih membuat kerja ketika masih kecil. Malah mereka lebih dahulu kenal nama-nama binatang berbanding anak-anak kota di rumah yang hanya menonton televisyen dan terperap di rumah.

Namun begitu, hanya kitalah yang memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan mereka dan membentuk peribadi mereka. Menjadi anak yang kuat, soleh dan beriman. InsyaAllah.

1 COMMENT

  1. :) Mak saya sll marahkan saya bila saya ajar anak2 buat kerja rumah… tapi saya senyapkan saja… sbb saya rasa adalah yang terbaik memberi pendedahan awal dari diri saya yang tidak tahu buat apa2 sehingga masuk ke alam perkahwinan baru mau belajar buat segalanya sendiri

LEAVE A REPLY