Ingin Melipatgandakan Keuntungan Perniagaan Anda?... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Pendidikan dan Ramadhan

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada August 20, 2009



syurga

Mari kita renung ayat berpuasa di dalam kitab agung. Bertapa indah Allah menyebut tentang ramadhan dan puasa. Inilah kaedah pendidikan dari Allah SWT.

“Wahai orang-orang yang beriman”

Panggilan paling mulia dari Allah kepada manusia. Panggilan Sang Penguasa kepada hambanya dengan mengiktiraf kedudukan hambanya disisi diriNya. Apakah panggilan yang lebih mulia berbanding panggilan ini?

“diwajibkan atas kamu berpuasa”

Baru kemudiannya Allah memerintahkan kita agar berpuasa.

“sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu”

Bukan cuma kita sahaja yang wajib berpuasa, dah ramai dah orang-orang lain sebelum kita, dan mereka semua mampu berpuasa. Apa lagi alasan kita untuk meninggalkan suruhan Allah ini?

“agar kamu bertakwa”

Itulah tujuan Puasa. Agar mendidik hati kita dan jasad kita untuk menjadi seorang yang bertakwa. Bak kata Umar RA. berhati-hati dalam setiap perbuatan.

“(cuma) dalam beberapa hari yang tertentu.”

Cuma beberapa hari yang ditentukan sahaja. Bukanlah diwajibkan sepanjang waktu

“Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Terus Allah menceritakan tentang keringanan yang diberikan kepada mereka yang tidak mampu.

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).”

Allah sambung lagi dengan kemuliaan dalam bulan ramadhan yang akan kita dapatkan sekiranya kita berpuasa.

“Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.”

Sekali lagi Allah menceritakan tentang rukhsah.

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”

Allah hanya ingin kemudahan bagi ummat manusia. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ajaran islam bukan untuk menyusahkan manusia. Siapa yang mengajak kepada islam yang memberat-beratkan dan menyusahkan maka dia tidak mengajak kepada islam sebenarnya. Semua yang diwajibkan adalah suatu yang perlu bagi manusia. Semua yang disunatkan adalah perkara yang indah kepada manusia. Semua yang diharamkan adalah suatu yang membahayakan manusia.

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

Semua ini agar akhirnya manusia menjadi hamba yang berterima kasih kepada Allah. Syukur bukan cuma perasaan terima kasih tetapi juga memerlukan perbuatan, apakah perbuatan kita seperti perbuatan seorang yang berterima kasih?

Lihat kaedah Allah menyuruh manusia melakukan suatu kewajiban? Boleh diambil dan dijadikan kaedah pendidikan anak yang sangat baik.

1. Panggilan yang baik. Orang yang beriman.

2. Arahan yang Jelas. Puasa.

3. Tidak mustahil. Orang terdahulu dah buat.

4. Tujuan yang jelas. Agar Bertakwa.

5. Tak susah. Cuma beberapa hari.

6. Kalau tak mampu ada jalan keluar nya.

7. Kemuliaan dan keindahan hasil melakukan arahan tadi.

8. Sekali lagi, kalau tak mampu…

9. Bukan nak menyusahkan, sebenarnya nak menyenangkan lagi kehidupan manusia

Kalau cuma nak ikut logik akal, Allah kan tuhan? manusia kan hamba? ikut je lah apa yang Allah cakap, bukannya manusia tadi tahupun mengenai hakikat sebenar kehidupan. Mengapa perlu dia bersusah payah memujuk manusia agar melakukan suatu kewajipan? akan tetapi Allah lah yang Maha mengetahui, Dia tahu menusia itu jiwanya perlu dipujuk, manusia itu jiwanya perlu disentuh dengan lemah lembut dan perlukan penerangan tentang apa kebaikan yang dia akan dapat dari berbuat suatu amalan. Itulah kaedah pendidikan yang berkesan.

Tukar ayat tadi. Kalau cuma ikut logik akal, kita kan ibubapa? dia kan anak? ikut je lah apa yang ibu dan ayah cakap, bukannya anak tadi tahu apa pun. Mengapa perlu… (sambung lah sendiri ayat ni)

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2
  2. Pendidikan anak versi fiqh dakwah
  3. Pendidikan Anak – Menjawab Persoalan
  4. Pendidikan anak : Motivasi vs Ancaman
  5. Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Comments (5)

en_me

August 21st, 2009 at 1:45 am    

en_me

salam awal ramadhan almubarak..

ummu_abdullah

August 21st, 2009 at 4:43 am    

ummu_abdullah

terima kasih en_me.. mudah-mudahan ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya…

Abu Musaddad

August 21st, 2009 at 5:33 pm    

Abu Musaddad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Alah SWT.

ummu_abdullah

August 22nd, 2009 at 4:26 am    

ummu_abdullah

Walaikumussalam… amin…

kakyong

August 23rd, 2009 at 1:00 am    

kakyong

Ainul,
selamat memanafaatkan Ramadhanulkarim..

Leave a reply

Name *

Mail *

Website