Tabiat pertama yang diletakkan oleh Steven Covey bagi orang-orang yang sangat efektif adalah “jadi seorang yang pro
aktif”. Mereka yang pro akttif tidak akan menunggu sesuatu untuk berlaku, akan tetapi mereka bertindak melakukan sesuatu. Mereka tidak hanya menerima suatu keadaan yang dikatakan “memang lumrah”, namun mereka melakukan perubahan. Inilah peraturan dan tabiat dalam mencapai kejayaan. Bertindak!
“Mereka yang gagal untuk merancang, sedang merancang untuk gagal”
Sejauh mana kebenarannya?
Tindakan pertama untuk segala sesuatu adalah perancangan. Sebahagian besar tindakan kita dilakukan dengan rencana. Persoalannya adalah, apakah rancangan itu sudah dilakukan lebih awal sebelum hal itu dilakukan atau hanya beberapa minit sebelum hal itu harus dilakukan. Berapa lama anda telah mengambil inisiatif untuk mula berfikir tentangnya?
Jika anda bertanya kepada seseorang, bagaimana anda merancang untuk mendidik anak anda dan mereka tidak boleh memberi jawapan, maka mereka gagal untuk merancang, dan jika mereka gagal dalam perancangan, yang jauh lebih mudah daripada melaksanakannya, mereka merancang untuk gagal dari awal . Mereka hanya tidak mahu rencana sama sekali, kerana mereka tidak peduli.
Dalam fikiran mereka, “Jika sebahagian besar orang bertindak tanpa perancangan, bagaimana mungkin aku melakukan kesalahan hanya kerana satu perkara itu? Maksud saya, semua orang begitu kan?”. Jadi mereka akan dan akan tetap seperti rata-rata orang, yang tidak merancang dan tidak akan proaktif.
Bagaimana pula dengan kita ya? fikir-fikirkan…
Artikel Berkaitan:




















Bak kata Saidina Ali “Kebatilan yang berstrategi adalah lebih baik dari kebenaraan yang tidak berstrategi”.
betapa besarnya peranan strategi atau perancangan dalam kehidupan kita ni kan.
yup, Sama-sama kita planning…
iya, sungguh kita perlu belajar terus untuk melakukan yang terbaik bagi buah hati kita, salam…