Pendidikan anak itu bermula seawal mencari pasangan. Seorang lelaki mencari isteri yang terbaik buat menjadi ibu kepada anak-anaknya, dan sebaliknya seorang wanita mencari seorag suami buat menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti.
Mencari pasangan hidup bukan cuma mencari seorang yang cantik atau kacak sahaja, yang lebih penting dari itu adalah agama, keperibadian dan ilmu yang membentuk dirinya. Seorang ibu yang penyayang, isteri yang tunduk jauh lebih disenangi suami berbanding seorang isteri yang cantik namun tiada budi bahasa, kasar dan tidak memperdulikan rumah tangganya.
Kalau ditanyakan kepada saya, apakah langkah paling besar yang saya telah ambil dalam memastikan pendidikan anak saya, akan saya jawab, langkah itu adalah bagaimana saya memilih dia sebagai isteri saya.
Kriteria yang saya letakkan adalah agama. Wajah itu kemudian, maka saya diuji untuk itu. Tatkala pertama kali diperkenalkan dalam majlis ta’aruf untuk samada menerima dia sebagai isteri, wajahnya kurang menyenangkan mata, namun agamanya sangat saya sukai.
Saya mantapkan hati, sedang syaitan memujuk-mujuk agar menolak seorang wanita yang kurang rupawan, agar menerima dirinya, kerana telah saya azamkan yang agama adalah segala-galanya. Lalu Allah memberikan kedua-duanya. Pertemuan kedua dia kelihatan begitu berbeza, anggun dan menyenangkan mata, lalu hati ini tunduk dan bersyukur pada bertapa pemurahnya Yang Maha Menguasai segala-galanya.
Dan kini, diriku cukup berpuas hati dengan dirinya, sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang teman setia dalam perjalananku menuju kearah syurga, melalui ranjau dan duri yang menyakitkan namun tersembunyi kebahagiaan yang hanya terlihat oleh orang yang benar-benar PERCAYA.
Artikel Berkaitan:




















tertanya2 atas ciri apakah saya dipilih suami??
kat sini nampak peranan kaum2 ibu sbg role model generasi masa depan… kalo ibu tak baik, habisla generasi masa depan
Isteri yang baik perlu dipandu oleh suami yang baik juga. KEDUA-DUA sama penting dalam mengatur rumah tangga. Tarbiyah isteri adalah tanggungjawab suami.