Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada January 21, 2010



abdullah2 “Pang!!”, bunyi pinggan pecah.

“Abdullah! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Jangan main dengan pinggan! Kan dah pecah!”.

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.

 

“Bedebuk… Waaa!!!” bunyi tangisan adik.

“Abdullah! Kenapa tendang adik! Kan ummi dah cakap banyak kali dah! Kesian adik! Kalau orang tendang Abdullah, Abdullah suka tak?”

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di kaki Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi

 

Tiba-tiba terbau asap dalam rumah.

“Abdullah! Kenapa main mancis! Bahaya! Boleh terbakar nanti!”

“Pap!”, bunyi pukulan singgah di tangan Abdullah.

“Ni supaya Abdullah ingat, lain kali jangan buat lagi dah!.” Kata Ummi.

*Rekaan semata-mata… tak ada kaitan dengan yang kene pukul atau yang memukul… J

 

Apa kesalahan yang dapat anda kesan dari tiga situasi di atas?

Sebenarnya, kalau diasingkan tiga situasi di atas, mungkin kaedahnya betul, tapi apabila di gabungkan ketiga-tiga kes, barulah kesalahan itu nampak.

Ok, sekali lagi, apa kesalahannya? Dapat teka tak? :P

Jawapannya… semua cara menghukum diatas sama sahaja….

Bukan semua kesalahan sama sahaja nilainya. Ada kesalahan yang besar dan ada kesalahan yang kecil. Dalam mendidik anak, kita perlu jelas dengan kategori kesalahan yang mereka lakukan dan bagaimana kita menangani kesalahan tersebut.

Cuba bayangkan mahkamah yang hukumannya berdasarkan ikut suka hati hakim…. Agak-agaknya apa yang akan jadi? Kalau pesalah tu cute, comel, hukumannya ringan… Pesalah yang muka pecah rumah pulak kene hukum seberat-beratnya. Kalau Hakim badmood, hukuman teruk, kalau mood baik, maafkan jer… Tak ke hancur dunia?

Sebab tu kaedah menghukum kena konsisten, supaya anak mengetahui nilai kesalahan tadi. Kesalahan yang sangat serius dan tidak boleh dimaafkan mesti dihukum dengan kaedah yang lain dengan kesalahan biasa seperti bising dan sebagainya.

Tak boleh hukuman menjadi berat jika ibu tengah tensyen, dan menjadi ringan ketika ibu tengah gembira. Anak akan melihat hukuman sebagai kebencian ibubapa bukannya suatu balasan yang sepatutnya dia dapat kerana melakukan kesalahan. Kesimpulan yang anak akan dapat apabila dimarahi nantinya adalah dia dibenci. Ataupun sekurang-kurangnya anak tidak melakukan kesalahan kerana takut dimarahi, bukannya kerana dia faham apa akibat kesalahan itu.

Satu hari saya bertanya kepada Abdullah,

“Abdullah, boleh tak pukul adik?”

“Tak boleh…”

“Kenapa tak boleh pukul adik?” (Saya memang suka bertanya soalan kenapa… Hampir semua benda yang abdullah cakap dia kena bagitahu kenapa. Hasilnya, Abdullah pun sangat suka bertanya kenapa pada semua orang)

“Sebab nanti Abi marah”

Oooops… kesalahan dalam pemahaman sudah dikesan…

Seperti mahkamah yang mempunyai peraturan yang tetap, sebaiknya ada persepakatan diantara suami dan isteri mengenai jenis kesalahan dan apa hukuman yang sepatutnya berdasarkan kesalahan yang sepatutnya. Kira macam dah ada peraturan yang memang semua orang kene ikut. Kemudian terangkan peraturan tadi kepada anak.

Bagi kami berdua, kami bahagikan kesalahan anak kepada 3 jenis kesalahan:

1. Kesalahan Berat : Membahayakan nyawa sendiri dan orang lain atau boleh mendatangkan kecederaan serius. Kesalahan ini memang kami sangat tegas menanganinya, anak akan dirotan dan dimarahi dengan sungguh-sungguh supaya langsung tidak diulangi dan terus melekat sampai bila-bila.

2. Kesalahan Sederhana : Menyakitkan orang tak sampai cedera, merosakkan barangan yang sangat berharga. Kesalahan seperti ini, kami sepakat anak akan dimarahi, kalau perlu dipukul tapi tak sampai menyakitkan, cuma sebagai amaran.

3. Kesalahan Ringan : Menyepahkan barangan, bising-bising, lompat-lompat dan sebagainya. Juga termasuk merosakkan barang yang tak berapa berharga. Untuk kesalahan ini, anak akan ditegur dan dinasihati sahaja.

Terpulang pada anda, macam mane yang anda ingin letakkan, tapi peraturan rumah  tetap perlu ditetapkan dan perlu diikuti.

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Cinta dalam rumah tangga
  2. Pendidikan di Rumah, Adil
  3. Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri
  4. Pendidikan anak : Aidil’Adha dalam mendidik pengorbanan
  5. Pendidikan anak : berhati-hati dalam menghukum

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Comments (10)

suhana shahril

January 21st, 2010 at 11:36 am    

suhana shahril

Hmm..sgt2 sesuai utk dipraktikkan. Thanks for the tips!

Siti Norazilah Othman

January 21st, 2010 at 4:49 pm    

Siti Norazilah Othman

Assalamualikum, topik kali mencuri hati. Tepat sasaran! Terasa mencabar menghadapi si 8 tahun, semua diluar dugaan. Bermacam-macam method digunakan tetapi macam tak terkesan, jadi punca amarah ibu sahaja. Selepas hukuman/amaran diberi, insaf tidak ulangi.Tapi semuanya tahan sehari, esok ulangi lagi.

Anak2 kini makin hebat, tak sama seperti kita dulu. Sekali mak tegur, tak berani buat lagi. Anak kini; banyak cakap pun salah, tak cakap pun salah, tangankan pun salah. Kesabaran ibu dihujung tanduk, akhirnya ibu urut dada dan buat semuanya. Tetapi bila masanya anak2 nak belajar.

Fid

January 21st, 2010 at 10:59 pm    

Fid

saya selalu guna kaedah ‘berbincang’ selalu minta dia fikir pro n cons dan selalu ambik contoh org lain…
masa buat salah tu saya just cakap
“kan mommy dah cakap…mommy tak marah..tegur saja”

dan apabila terjumpa situasi yang hampir sama saya suruh dia fikir akibatnya

Alhamdulillah dia mudah serik dan ingat kesalahan lalu..setakat ni la

ummu_abdullah

January 22nd, 2010 at 11:29 pm    

ummu_abdullah

@suhana shahril: same2… jom kita sama2 praktikkan..

@Siti Norazilah Othman: kesabaran yg utama kan… ternyata sabar itu tidak mudah, namun ia perlu dipupuk… =)

@Fid: bagusnya tindakan tu… anak-anak akan berfikir dengan rasional…

shaba

February 20th, 2010 at 1:32 pm    

shaba

terasa benar2 teruji dalam mendidik 5 orang anak..semoga terus tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini..

FatimahAzZahra

February 27th, 2010 at 8:26 am    

FatimahAzZahra

thanks, ainul..mmg perlu d praktikkan

umi

March 1st, 2010 at 12:00 pm    

umi

mendidik anak-anak adalah satu tanggungjawab n cabaran yg berat..perasan ibu hanya yang ibu jer yg faham..

ummu_abdullah

March 8th, 2010 at 5:10 pm    

ummu_abdullah

@shaba – Moga terus tabah ya… =)

@Fatimah – sama2, jom sama2 praktikkan

@umi – perasaan yang istimewa… ibu bukan saja perlu sabar, malah kadangkala menjadi seperti kanak2 untuk melayan anak2…

Ummu Hura

March 9th, 2010 at 5:37 am    

Ummu Hura

Assalamualaikum.

Ouh, perkara ini sangat penting; buat peraturan, kenal pasti kesalahan… Hmm.. terlepas pandang perkara ni selama ni… :( Thanks kalian atas perkongsian! Semoga ALLAH memberkati usaha kalian… :)

ummu_abdullah

March 9th, 2010 at 7:21 am    

ummu_abdullah

ameen…. =)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website