Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan Anak: Lidah Yang Perlu Dibentuk

Pendidikan Anak: Lidah Yang Perlu Dibentuk

pendidikan-anak---abdullah-dan-abi-tengok-lembu-dikorbanAnak saya dapat bercakap petah seawal usia 2 tahun. Subhanallah, betapa hebatnya keagungan Allah. Saya sangat kagum dengan kehebatan ciptaan Allah.

Anak yang berkembang sedikit demi sedikit sangat menggembirakan hati semua ibu bapa. Walaupun anak seusia 10 bulan dapat menyebut perkataan abi, abang, baba dan sebagainya. Hanya perkembangan secubit itu, kita sangat mengaguminya dan sangat gembira. Tidak kira ia hasil titik peluh kita atau gurunya atau abangnya. Perkembangan anak seperti satu hasil titik peluh kita dalam mendidiknya. Alhamdulillah.

Anak-anak kecil masih belum petah dalam berbicara. Mengapa? Kerana otot-otot lidah mereka masih lagi tidak terbentuk dengan baik. Namun ia boleh dirangsang. Selain teknik pengulangan, berbual dengan anak banyak membantu perkembangan bahasa mereka. Selain itu, cubalah bertutur dengan perkataan yang sebenar, bukan menggunakan pelat kanak-kanak. Jika perkataannya makan, elakkan menyebut “mamam” dan banyak lagi perkataan kanak-kanak.

Bagi saya, ia tidak salah. Namun, kita tidak mengajarnya bahasa yang benar. Apa yang saya lakukan, hingga kini saya masih menggunakan ayat “Umi ada satu idea”, “kucing itu binatang kesayangan Rasulullah”, “ada kasut diperbuat daripada kulit buaya”. SKEMA???

Mungkin nampak seperti agak formal. Sebenarnya tidak. Saya bukanlah orang yang “skema”. Saya lebih suka bercakap bahasa yang sesuai dengan kefahaman mereka sebagai anak kecil. Namun ada masa-masa tertentu saya selitkan ayat-ayat ini. Terutama ketika membaca bersama anak-anak.

Alhamdulillah, belum sampai umur 4 tahun, Abdullah dah pandai sebut “ALLAH” dengan fasih. Baru 2 hari lepas, tiba-tiba Abdullah datang kepada saya sambil menyebut perkataan “Allah” dan “Abdullah”. Gunakan teknik pengulangan dan sering berbual bersama anak-anak. Selain mewujudkan pertalian yang kukuh, mereka mampu belajar menyebut perkataan demi perkataan. Dengan latihan itu, otot lidah mereka mula terbina. InsyaAllah…

p/s: Waktu malam, sebelum tidur, saya tak cakap “Abdullah, pejam mata, tidur!”… Apa yang saya cakap “Abdullah, tutup mulut, tidur!” (Ni kalau dah lewat sangat)

Artikel Berkaitan:

    Empat Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika Ajar Anak Membaca
    Pendidikan Anak : Permulaan yang baik…
    Perkembangan Yang Berbeza
    Bahasa Bayi, Menjadi Ibu Yang Memahami
    Pemakanan anak yang kurang berat badan

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.