Pasangan Anda Merokok? Suruh dia baca ini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan Anak: Komunikasi Dua Hala Saat Menonton Televisyen

Pendidikan Anak: Komunikasi Dua Hala Saat Menonton Televisyen

Pendidikan Anak, Aktiviti AbdullahAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Kebelakangan ini, banyak pula permintaan Abdullah untuk menonton televisyen, bermain starfall dan menonton carita kartun kegemarannya. Kalau ikutkan memang taknak bagi langsung. Mengapa? Tahulah apa yang terkandung dalam televisyen. Tahulah anak-anak, jika dah berada depan kartun, fokusnya dan dunianya adalah dunia kartun.

Namun, saya tetap benarkan semua itu kepada anak sulung saya. Mengapa? Kerana mereka harus mengahdapi dunia nyata. Mereka perlu tahu, bagaimana realiti masyarakat sekarang dan bagaimana menilai sesuatu.

Ada panduan yang saya ingin kongsikan, apabila anak-anak sementah ini ingin menonton televisyen dan juga bermain komputer. Saya tahu, zaman serba canggih ini banyak menguji para ibu bapa.

Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Amerika menunjukkan (kenapa amerika je yang buat kajian ni?) majoriti kanak-kanak yang berhadapan dengan alat elektronik seperti televisyen, permainan komputer dan seangkatan dengannya, mempunyai masalah dari segi bahasa. Pada kebiasaannya, bahasa mereka tidak berkembang secara normal.

Kanak-kanak memerlukan komunikasi dua hala. Kerana, komunikasi inilah yang akan mempercepatkan perkembangan dari sudut bahasa dan juga budi bahasa :) mereka. Kerana dengan komunikasilah dua hala inilah yang menyambungkan saraf-saraf otak mereka.

Oleh sebab itu, anak yang dibiarkan seharian, kemudian esok seharian lagi dan seterusnya berhadapan dengan televisyen dan permainan komputer akan terus masuk ke dunia tersebut. Rugilah kita sebagai ibu bapa tidak menggunakan masa tersebut untuk meningkatkan perbendaharaan mereka. pedang yusuf

Cadangan saya dan apa yang saya lakukan, ambillah beberapa waktu untuk duduk bersama anak ketika anak bermain permainan komputer ataupun menonton televisyen. Terangkan kepada anak anda bahawa spiderman itu tidak wujud, pepaya itu hanya lakonan dan Allahlah yang membantu setiap orang yang berada dalam kesusahan.

Terangkan segalanya. Apa yang dilihat, perlu dinilai. Berikan penilaian yang sebaiknya dan positif. InsyaAllah, anak anda akan menjadi seorang yang bijak dalam menilai sesuatu perkara. Bukan mengikut dengan taqlid buta. Mereka tidak harus faham bahawa superman mampu menyelamatkan sebuah keretapi. Mereka perlu tahu kuasa Allah lebih daripada segalanya.

Moga ummahat (ibu-ibu) berjaya mendidik anak dengan didikan islami. Didikan yang menyeluruh, baik aspek duniawi dan juga ukhrawi(akhirat).

Wallahua’lam

P/S:  Tahniah Thufail!!! Moga dengan 9A ini akan menjadikan dirimu perisai dari fitnah dunia. 30 juz menjadi perisai keimanan. Aminnn~~

Artikel Berkaitan:

    Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak
    Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak
    Pendidikan anak versi fiqh dakwah
    Pendidikan Anak: 11 September
    Pendidikan Anak Hujung Jari

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.