Harini bangun tido hampir-hampir menjerit sebab terkejut. Dah la elergic pada tikus dan lipas. Ingatkan tikus tengah makan hujung jari kaki. Tengok2…..
MUHAMMAD!!!
Diisapnya ibu jari kaki, sekuat hati pula tu. Nasib baik sedar.
__________________
Baik, kembali kepada topik asal. Hujung jari yang dimaksudkan adalah internet. Semua yang diperlukan untuk mendidik anak, ada sumbernya. Tinggal hujung jari nak menekan atau tidak saja. Seperti dalam post sebelum ini, TV, Radio, Laptop, dan alatan lain, jika dibeli pasti datang dengan manualnya. Malah hidup kita juga ada manual untuk dirujuk (Al-Quran). Anak yang dilahirkan juga sebenarnya ada manualnya. Cuma perlu dicari dan digali. Dengan kecanggihan yang ada, memang manual itu mudah sangat untuk dimiliki. Hanya gerakkan hujung jari, semuanya tersedia.
Cuba lihat carian tentang “pendidikan anak” di Malaysia;
Bandingkan dengan carian Early Education di UK;
Beza bukan. Malah, dalam bar yang berwarna hijau itu menunjukkan pesaing. Ramainya pesaing untuk perkataan Early education berbanding pendidikan anak.
Baik, itu bukan persoalannya, persoalannya adalah, sejauh mana kita mencari manual untuk mendidik anak-anak kita. Saya ingin berkongsi beberapa website dan forum untuk meluaskan minda kita dalam pendidikan anak. Antaranya:
Brillkids
Brillbaby
Baby Center
Early Education
Early Learning at Home
Homeschool Activity
Banyak lagi… Siapa yang nak kongsi juga boleh. Malaysia juga banyak. Sapa tahu bolehlah kita berkongsi.
Artikel Berkaitan:























1. tak banyak bahan tentang pendidikan awal dalam bahasa Melayu. (by looking at the competitor)
2. tak ramai orang cari keyword dalam bahasa Melayu. (by looking at the search volume)
3. tak ramai yg buat bisnes pendidikan awal dalam Bahasa Melayu. (by looking at the CPC bidding)
hurm, ni la mommy yang handal… komen yang sangat kualiti….
Betul, bahan dalam Malay tak banyak. Kenapa? (jawab dalam hati)
mmg tak byk bahan dan pengamalnya tp udh mula bkembang kl nk dbndingkn 20 tahun lalu. k.miz amat sedih dgn motivater y mbri ucpnnya di sek ank 7 tahun lalu.
” org y bjaya ialah y bkereta besar , pjbt econd. Mung budok tino kalu malah gak …xdpt 5 A..mung nk jd tukang urut oghe branok? pah basuh kencing beghok budok?”
sbg pengamal pddikn awal , mmg bdesing tliga. rasa nk sj bgun mjwp.
msyrkat melayu 20 tahun lalu memndg rendah org y mlbatkn diri dgn pnddkn awl ni.
Aduh…panje ceta kl nk taip gak…tp ingat…” wlpn siapa kita , mddik xakn tlps tuntutnye.”
tidak wajar mghina org y mgasuh dan mddik.
Tu lah… tanpa seorang pendidik, siapalah kita…
Sekarang ni alhamdulillah dh mulai ramai yg sedar…
org y buat bisnes @ keje smata2 utk ‘ wang’
mmg tak akn tahu nilai seorg ‘pnddik’.
ya..tanpa memikir pjg, motivater itu tlh merendahkan tgs ibunya sndiri, mgasuh dan mddik.
mmg kini, pst2 pddikn awl tmbuh bgaikn cendwan lps ujan tp cba tnjaukn kualitinya, tak kurang jg y hyn berbisnes sj. mgkin krn fikir ini bdang y blh buat duit…maka buatla tp ank2 tdera tnpa belaian psikologi
dan guru2 tdk dlatih dr segi P&P dan jg mualamat dgn planggan.
mudah-mudahan kite lebih terdidik untuk mendidik anak dengan ikhlas. Bukan saja anak kita, namun orang lain juga…