Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2

BLD050854Rujuk Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

Katakan lah anak anda sedang membuat satu bangunan dari lego atau blok. Apabila dia siap, bagaimanakah cara anda memuji hasil kerja nya?

Adakah anda terus memuji “wah, pandainya anak ibu buat bangunan!”

atau “pandainya anak ibu, cantik bila letakkan warna kuning dan hijau di tengah bangunan tu”

atau, kita tidak komen apa-apa, tapi dia terus hancurkan binaan tu, baru kita komen “alaa kenapa robohkan, ibu suka tengok bangunan yang Abdullah buat tadi tu…”

Pujian kedua

Pujian seperti in adalah cara memuji anak yang paling baik, terutama apabila diberikan kadang-kadang. Kita menunjukkan penghargaan terhadap usahanya, samada dia berjaya atau tidak. Anak yang duji dengan kaedah ini biasanya akan menjadi lebih kreative dan gembira, mereka percaya bahawa usaha itu yang paling penting, bukan hasil.

Cara ini juga diajarkan oleh Allah kepada manusia,

“Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.” (at-taubah:105)

Bahawa yang paling penting adalah usaha, dan sejauh mana kita berusaha, itulah yang akan dilihat dan dinilai oleh Allah SWT. Bukannya apa hasil dari usaha kita.

Pujian tersebut juga ditujukan pada seluruh pekerjaan yang anak anda lakukan tadi, akan tetapi pada satu bahagian sahaja. Ia menunjukkan yang kita benar-benar memerhatikan hasil usaha dia, bukan cuma tahu yang dia dah buat sesuatu.

Bagaimana pun, cuba sedaya upaya dari memberikan cadangan kepada dia bagaimana sepatutnya dia membuat sesuatu, kecuali apabila dia minta. Ini terutama kepada anak lelaki, kerana anak perlu merasakan yang mereka sendiri yang buat sesuatu, bukannya hanya mengikut arahan.

Insya’allah cara pujian yang seperti ini akan membangkitkan semangat untuk dia terus mencuba, menghasilkan suatu yang lebih baik lagi. Dan seandainyna dia gagal, dia tidak kecewa kerana tiada sebarang permintaan dari ibu bapa untuk dia mencapai sesuatu.

Pujian ketiga

Walaupun ianya nampak seperti pujian, tetapi sebenarnya ia akan dirasakan oleh anak anda sebagai satu kritikan. Mungkin dia memecahkan bangunan itu sebab dia mahu melihat bagaimana ia pecah, atau dia memang sudah tidak mahukan bangunan itu. Mungkin kalau anda memuji sebelum ia pecah, anak akan suka dengan pujian tersebut.

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak
    Pendidikan anak versi fiqh dakwah
    Usia 3 Tahun, Bagaimana Memebentuk Peribadi
    Bagaimana Melatih Anak untuk Berjaya
    Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

Anda rasa entri ini bermanfaat? Isikan emel anda di bawah supaya anda tidak terlepas entri-entri bermanfaat yang lain.


4 responses to "Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2"

  1. Sue says:

    Salam Ummuambdullah, Nice blog..I like :)

    Kalau anak saya (2 thn 1/2) kena puji…terus malu2 dan tak nak buat dah apa yg dibuatnya tadi. Cth kalau dia berjaya buat bangunan drp blok..bila dipuji..terus dia runtuhkan bangunan dan tk mau buat dah. Dulu kalau lepas mandi dan siapkan dia..akan puji dia dah comel…tp sbb dia tk mau dikatakan comel…terus tak nak org siapkan dia…sikat rambut pun jenuh ligan…haiii…skrg ni tk berani nak puji…tgk kan je kalau dia buat sesuatu. Walaupun jarang memuji, tapi akan ‘syg’ (cium kat pipi) bila dia buat sesuatu yg patut dipuji.

  2. ummu_abdullah says:

    erm, memang ada sesetengah kanak=kanak lain pulak cara memujinya. sebenarnya dalam erti kata yang lain, memuji ini adalah memberi penghargaan. Kan banyak caranya, saalah stunya adalah yang dibuat oleh Sue… Sangat bagus… Tq sbb sharing sue…

  3. saya dah pun memcuba cara pujian kesdua tu.. sbb alhamdulillah kak long setiap kali masuk pertandingan dia kata “mama along dah buat yg terbaik.. kalau menang rezeki along.. kalau kalah bukan rezeki along..yg penting along dah berusaha”… alhamduliiah.. semoga anak2 ku menjadi kalifah di muka bumi ini..amin…

  4. ummu_abdullah says:

    InsyaAllah…. =)

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.