Follow me on tweeter... (anakku_sayang)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

SuperStock_1612R-8558Katakan lah anak anda sedang membuat satu bangunan dari lego atau blok. Apabila dia siap, bagaimanakah cara anda memuji hasil kerja nya?

Adakah anda terus memuji “wah, pandainya anak ibu buat bangunan!”

atau “pandainya anak ibu, cantik bila letakkan warna kuning dan hijau di tengah bangunan tu”

atau, kita tidak komen apa-apa, tapi dia terus hancurkan binaan tu, baru kita komen “alaa kenapa robohkan, ibu suka tengok bangunan yang Abdullah buat tadi tu…”

Pujian yang bagaimana yang paling selalu kita berikan?

Pujian bagaimana yang anda rasa paling baik diberikan untuk anak?

Pujian pertama

Pujian seperti ini adalah pujian yang paling biasa yang diberikan oleh ramai orang. Pujian seperti ini akan membangkitkan rasa seronok anak untuk terus membuat sesuatu. Dia akan berbangga dengan dirinya dan rasa dihargai.

Akan tetapi pujian seperti ini tidak memberi motivasi kepada anak untuk berbuat sesuatu yang lebih baik lagi kerana 3 sebab:

a) Dia merasakan yang anda akan memberikan pujian padanya setiap kali dia berbuat sesuatu, jadi tidak bermakna baginya untuk berusaha membuat sesuatu yang lebih baik kerana tanpa kerja keras pun dia akan dapatkan pujian tersebut.

b) Dia mungkin menyukai pujian itu tapi di waktu yang sama merasakan motivasi untuk terus membuat sesuatu itu hilang. Tujuan utama dia  buat sesuatu adalah kerana dia seronok buat benda tu, tapi bertukar menjadi berbuat untuk dapatkan pujian.

c) Atau anda adalah ibubapa yang cuma memuji kejayaan, jadi kalau dia merasakan yang anda mungkin tidak suka hasil pekerjaannya, dia tidak cuba akan buat lagi. Ini akan menyebabkan anak anda berhenti dari mencuba sesuatu yang susah kerana kemungkinan dia akan gagal dalam mencuba.

“Abdullah tak reti la ummi…”

Huhu.. comelnya bila dia cakap macam tu, tapi bila dah selalu sangat cakap macam tu, tak nak cuba pun, jadi geram pulak.

“Abdullah cuba la dulu, kalau abdullah dapat buat, ummi bagi hadiah.”

“Ummi nak bagi hadiah apa?”

Huhu…

Pujian kedua

bersambung di post berikutnya… huhu… maaflah, nanti saya sambung ya?

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak 2
    Usia 3 Tahun, Bagaimana Memebentuk Peribadi
    Pendidikan anak versi fiqh dakwah
    Pendidikan Anak – Menjawab Persoalan
    Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

5 responses to "Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak"

  1. sitisifir10 sitisifir10 says:

    Anak saya pula, dek sll dipuji abahnya, maka apa2 saja yg diorang buat semuanya akan ditunjuk pada kitorang…

  2. ummuabdullah ummuabdullah says:

    Pujian adalah motivasi bagi mereka… mereka rasa dihargai, langsung meningkatkan keyakinan diri.. tapi pujian pun ada caranya, tunggu post seterusnya… huhu…

  3. miz miz says:

    y kita puji adalh akhlaknya n kenalah mulakan dgn pujian pd allah spy ank tahu y
    mblhkn dia mprolehi pncapaian adalh Allah n sgalanya milik allah. pujian jg mrupakan hadiah kpd pghargaan. xsmestinya dinilaikan dgn material sj.

  4. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    benar tu kak miz. memang kene selitkan juga… namun sebagai penghargaan, saya lebih gemar memberi hadiah… barulah menyebut tentang pahala…

  5. norhaizan norhaizan says:

    memang betul pujian boleh meningkatkan motivasi pada anak, tetapi kerap memuji pula menjadikan ‘pujian’ kita terlalu murah dan tidak bernilai bergantung kepada situasi.

    ni saya nak bagi tahu, jika ada sesiapa yang ingin mengajarkan kepada anak berumur 7 sehingga 12 tahun, bercakap simple english boleh lihat di website ini: http://www.adikgenius.blogspot.com. Ikutlah hari yang ditetapkan untuk mengajar anak speak simple english berserta maksudnya dalam bahasa melayu.

    Taklah salah berikan pujian untuk anak, jika dia berjaya menghafal 10 ayat mudah dalam bahasa inggeris dalam tempoh sehari!
    Selamat mencuba!

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.