Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan anak : Aidil’Adha dalam mendidik pengorbanan

Pendidikan anak : Aidil’Adha dalam mendidik pengorbanan

aidul-adha

Setiap tahun Abdullah akan tertunggu-tunggu kedatangan hari raya aidil adha. Hari raya korban menjadi satu yang sangat diingati olehnya. Kami akan bersedia merakamkan saat lembu disembelih dan Abdullah akan asyik mengulang-ulang melihat video itu selama beberapa minggu.

Adegan penyembelihan menimbulkan satu perasaan takjub pada dirinya. Melihat darah yang keluar, lembu yang semakin lama semakin lemah dan akhirnya putus nafas. Kemudiannya lembu itu dilapah, dipotong-potong dan akhirnya dinikmati beramai-ramai.

“Ni la lembu yang kene sembelih tu tadi. Sedap tak?” kata abi.

“Abdullah kesian tak kat lembu tu?” tanya ummi.

“Lembu tu kene sembelih keluar darah banyak.” kata paksu.

“Dah mati dah lembu tu.” komen Abdullah.

Macam-macam pengajaran yang dapat diajarkan kepada anak didalam peristiwa hari raya korban. Malah ia adalah satu yang meninggalkan kesan yang mendalam. Dari situ dia belajar sains, bagaimana organ dalaman seekor lembu. Dia belajar menghargai kehidupan, bagaimana dia menyaksikan bagaimana kematian di hadapan matanya sendiri. Dia belajar ihsan (berbuat sebaik mungkin) dan belas kepada binatang, bagaimana binatang korban dilayan dengan baik sebelum dikorbankan.

“Abdullah tahu tak kenapa semua orang kumpul dan merayakan hari raya korban ni?”

“Kenapa abi?”

“Semuanya supaya Allah sayang pada kita.”

Dan yang penting, kita seharusnya memastikan yang dia belajar bahawa segalanya yang dilakukan pada hari raya korban adalah untuk meraih keredhoan ilahi… semua orang berkumpul, bekerja, semuanya adalah untuk disembahkan kepada Allah SWT…

Ya Allah terimalah amalan kami…. Terimalah pengorbanan kami… Terimalah diri kami…

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah
    Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri
    Pendidikan anak : berhati-hati dalam menghukum
    Pendidikan Anak : Pengalaman mendidik anak kembar
    Tips Mendidik Anak

filed under: Pendidikan Tagged with: ,

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.