Jom berkawan di facebook (Ainul Kauthar Bt Sayuti / upc007@gmail.com)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan Al-Quran, Ibu Bapa Sebagai Contoh

Pendidikan Al-Quran, Ibu Bapa Sebagai Contoh

alquran Diantara manfaat menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah: meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai denan makhraj hurufnya, dan tidak mengalami seperti dialami oleh orang awam dan sayangnya sebagian pendidik, yang kurang fasih dalam membaca huruf jim, dan tidak mengeluarkan lidah saat membaca huruf tsa, dzal, zha dan lainnya, tidak menebalkan huruf-huruf izh-har yang terkenal dalam kha, shad, dhadh, tha, zha, ghain, dan qaf, bila harus menebalkan huruf raa dan bila menipiskannya, juga seperti huruf lam dalam kata Allah, bila ditebalkan, dan bila dinipiskan. Dan semacamnya dari bermacam-macam hal yang biasa kita lakukan, sehingga membuat lidah kami lembut dari semenjak kanak-kanak, akibat menghafal Al Quran dan membacanya dengan baik, sehingga akhirnya itu menjadi tabi`at kami yang kedua. (Al-Qardhawi)

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

Subhanallah…

Terkesima saya membaca beberapa artikel dan ebook (Download di sini) tentang hafalan Al-Quran dan juga tentang pendidikan sekular. Sedari saya terfikir bahawa anak-anak yang diasuh dengan baik (mengikut hemah kita) dan menanamnya dengan ilmu-ilmu agama ketika usia masih muda, ada juga yang terseleweng aqidahnya ketika menjangkau usia remaja. Gara-gara pendidikan sekular itu… Na’uzubillahimin zalik…

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang saya kagumi usahamu,

Pendidikan anak yang harus kita berikan bukan hanya ketika mereka masih kecil atau masih muda. Namun, memilih institusi pendidikan islami kepada anak-anak yang sudah menjangkau remaja juga sangat-sangat penting. Kerana apa? Saya akan ulas pada post akan datang. (Jangan lupa subscribe Newsletter untuk menerima artikel ini)

Kembali kepada pendidikan Al-quran di rumah. Mungkin bukan ibu dan juga bapa yang mengajar anak-anak membaca dan mengenal Al-Quran, namun ingat, ibu bapa adalah contoh buat mereka. Setidaknya, ibu bapa harus lebih hebat bacaannya daripada anak! Saya faham, dengan kekangan masa yang dihadapi para ibu bapa, mereka terpaksa menghantar anaknya mengaji Al-Quran kepada sekian guru ataupun memanggil guru-guru berpengalaman mengajar anaknya di rumah. Namun, pendidikan Al-Quran di rumah bukanlah hanya mengajar anak mengenal huruf dan dapat membaca Al-Quran.

Membiasakan anak dengan ayat-ayat Al-Quran, juga membiasakan mereka dengan kisah-kisah Al-Quran, justru akan menanam kekuatan cinta pada Al-Quran itu sendiri.

Ini adalah situasi benar yang berlaku dalam keluarga saya.

Adik bongsu saya mendapat perhatian lebih daripada ibu bapa saya ketika kecil lagi. Dengan perhatian itu, mereka sering memperdengarkan bacaan Al-Quran baik daripada kaset-kaset mahupun daripada mulut ayah saya sendiri. Dalam kereta ayah saya, tiada kaset lain selain kaset atau CD al-Quran. Sehingga umur adik saya menjangkau 5 tahun. Beliau memasang kaset Al-Quran dengan sendiri pada masa-masa lapangnya. Kemudian, beliau membuat rakaman sendiri mengikut taranum Rogayah Sulong. Alhamdulillah, ketika umurnya 8 tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan semalam beliau menerima anugerah Tokoh Remaja Nasional dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional ‘09 di Kuala Kangsar.

Saya idamkan gaya pendidikan ini. Kerana ia bermula seawal usia 0 bulan sehingga sekarang usianya 15 tahun. (Sekarang beliau sedang menjadi fasilitator dalam sebuah program di Sekolah Menengah Al-Azhar).

Subhanallah, anugerah Allah ini amat saya syukuri dan kagumi. Moga Allah memberi kemampuan kepada diri saya dan juga ibu bapa di luar sana mendidik anak-anak dengan asuhan yang berterakan Pendidikan Islam.

PS: Dapatkan Pakej Syamil Qur’an The Miracles 15 Dalam 1 sekarang

PPS: Sebarang persoalan dan perkongsian amat dialu-alukan. Emelkan sebarang masukan, penambah baikan dan juga teguran anda di admin@anakkusayang.com

Artikel Berkaitan:

    Al-Quran Sebagai Modul Pendidikan Anak
    Wahai Anakku, Cintailah Al-Quran
    Salah Faham Ibu Bapa – Sikap “Negatif dalam Diri Anak”
    Pendidikan Anak Berusia 13 Bulan
    Pendidikan Anak: 11 September

filed under: Pendidikan Tagged with: , ,

2 responses to "Pendidikan Al-Quran, Ibu Bapa Sebagai Contoh"

  1. ummuhafiy ummuhafiy says:

    Saya belajar alquran dengan ibu saya.. seorang guru alQuran dikampung.. alhamdulillah… Saya sedang mencari kaedah terbaik mengajar alQuran kepada anak saya sekarang yg berusia 3 dan 1 tahun… sejuk hati bila tgk anak2 pada usia yg sangat muda mampu membaca al Quran dengan sgt baik… Cintai al Quran

  2. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    sementara mencari method terbaik, pasangkan Alquran sentiasa… Agar mereka cinta mendengar ayat-ayatnya… insyaAllah…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.