SHARE

tips-anak-tantrum

Sebagai ibu bapa, kaedah mendisiplinkan anak adalah merupakan kaedah yang paling tidak digemari. Kecuali jika anda merupakan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang tidak pernah cuba melanggar peraturan dan sentiasa mendengar kata-kata anda. Kami boleh membantu anda. Kami mempunyai beberapa tips yang boleh membantu anda apabila anda rasa sudah tidak dapat bersabar dan mahu meletup.

  1. Bertenang

Ia memang lebih senang dikatakan dari dilakukan. Tapi ingatlah bahawa kebanyakan masa, anak anda hanya mahu melihat sejauh mana dia boleh lakukan sesuatu dan belajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. sama seperti ibu yang dilahirkan tidak mengetahui bagaimana untuk membesarkan seorang anak, tiada anak yang dilahirkan dengan pengetahuan mengenai peraturan dan bagaimana untuk mengendalikan diri. Jadi bertenanglah dan turunkan badan dan mata kita ke aras mata mereka. Dengan kaedah ini, ia menunjukkan bahawa anda tidak marah, tetapi anda serius.

  1. Disiplin tidak semestinya bermaksud negatif

Disiplin adalah sebahagian daripada tugasan ibu bapa untuk mengajar anak mengenai apa sahaja. Ia bermakna apabila mereka membuat sesuatu yang betul, seperti bertenang apabila adik beradik yang lain tantrum, atau mendengar apa yang anda katakan dan buat apa yang anda suruh, anda perlu memberikan pujian kepada anak anda. Anda tidak perlu berikan pujian yang berlebihan tetapi perkataan seperti “tahniah kerana tidak memukul kakak balik” akan memberikan mereka pendirian bahawa kelakuan seperti ini adalah betul dan digalakkan oleh anda.

  1. Pastikan apa sahaja kesan kelakuan segera diambil tindakan

Apabila anda mempunyai had dan telah memberitahu kesan tindakan kepada anak anda tetapi tidak dipedulikan, anda mesti segera mengambil tindakan. Bukan dengan cara negosiasi, bukan dengan marah, tetapi alihkan anak anda atau ambil barang tersebut seperti yang telah diterangkan dan hentikan di situ. Anak anda mungkin tidak menyukai perkara ini, tetapi harapnya dengan tindakan anda membuat apa yang anda katakan dengan segera bermakna anda serius dan kelakuan yang mereka lakukan tidak diterima oleh anda.

menghadapi-anak-tantrum

  1. Kaitkan denda dengan kesalahan

Sepertimana anda memastikan kesan kelakuan segera diambil tindakan, satu lagi cara adalah untuk memastikan denda yang dilakukan sesuai dengan kesalahan yang dibuat. Jika anak anda membuat sepah semasa makan, membaling makanan atau kelakuan yang tidak elok dengan makanan yang anda sediakan, apabila mereka melakukannya di luar had yang anda boleh terima, tamatkan masa makan tersebut. Angkat mereka ke bawah dan beritahu bahawa masa makan sudah habis. Jika mereka mengambil sesuatu daripada kawan atau adik beradik, alihkan barang itu daripada mereka dengan segera dan jangan berikan kepada mereka semasa sesi membaca buku sebelum tidur atau semasa tidur. Apabila anda mengaitkan denda dengan kesalahan, anak anda akan faham apakah kelakuan yang diterima dan apa yang tidak diterima. 

  1. Abaikan tantrum

Adakalanya apabila anak anda mengalami tantrum, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah untuk meneruskan kerja anda seolah tiada apa yang berlaku. Ia mungkin nampak kejam tetapi dengan menunjukkan bahawa anda tidak melayan tantrum mereka dengan memberikan perhatian yang mereka mahukan mereka (harapnya) anak anda akan menyedari perkara tersebut dan datang bercakap kepada anda atau minta dipeluk; kelakuan yang berbaloi untuk diberikan perhatian!

anak-tantrum

  1. Dengar apa yang anak anda mahu katakan

Adakalanya anda terperangkap dengan pertarungan dengan anak anda kerana perkara yang kecil, yang apabila difikirkan berpunca daripada perkara yang sangat remeh. Jadi apabila anda berada dalam situasi begini, berhenti sebentar dan tanya anak anda apa yang mahu dikatakan. Jika mereka berkata ‘tak nak’ (perkataan kegemaran kebanyakan anak) berhenti dan tanya mereka kenapa, jika ianya sebab yang munasabah – mereka tidak menyukai atau mereka berasa penat, tidak mengapa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Ia akan menyebabkan mereka menyedari kuasa ‘tak nak’ dan menunjukkan bahawa perasaan mereka bermakna.

  1. Lakukan perkara yang kritikal bersama mereka

Adakalanya anak anda mengatakan perkara yang mereka tidak maksudkan. Tetapi apabila mereka sudah mengatakannya, mereka mungkin merasakan bahawa mereka tidak boleh berubah fikiran. Berikan mereka cara untuk mengubah fikiran dengan cara halus dengan pergi ke tempat itu dengannya atau melakukan perkara tersebut bersama-sama dengannya. “jom kita pergi ke luar dan pakai kasut” dan pergi ke sana bersama mereka. Anda tidak beralah dan anak anda melakukan apa yang disuruh.

  1. Alihkan perhatian!

Jika anak anda sedang menumpukan perhatian walaupun selepas anda bercakap dengannya, cara yang bagus untuk membuat mereka beralih arah dan mengelakkan tantrum adalah dengan mengalihkan perhatian mereka. Anda boleh menggunakan apa sahaja cara untuk mengalihkan perhatian mereka seperti “lihat ada burung cantik di luar, jom kita cuba pergi tengok perlahan-lahan dan tidak membuat ia takut” atau minta mereka melukis gambar, lari ke atas untuk melihat sesuatu, berikan snek atau minuman – apa sahaja yang menarik minat anak anda akan membuahkan hasil. 

  1. Jadual dan rutin yang menenangkan

Mempunyai rutin yang baik membantu anak anda untuk menjangkakan apa yang akan berlaku adalah cara yang bagus untuk meminimakan situasi stres yang akan menjadi penyebab kepada tantrum. Sudah pasti setiap rutin perlu fleksibel seiring dengan peningkatan usia anak. Jika anak anda sudah biasa mempunyai rutin yang tetap, ia akan membantu menyesuaikan diri mereka dengan tugasan berbeza dan bertenang. Jika ada perubahan yang berlaku, beritahu mereka sebelum perkara tersebut berlaku – berikan mereka amaran. Ia akan membuat anak anda rasa selesa apabila mereka boleh menonton cerita lebih awal atau lebih lewat daripada biasa, atau mereka akan mendapat snek kegemaran mereka tetapi di dalam mangkuk yang lain. Ia akan membantu mereka dan anda untuk menjadi tenang dan gembira.

anak-tantrum-2

  1. Bercakap dalam Bahasa kanak-kanak

Apabila anda menerangkan sesuatu kepada anak anda, gunakan perkataan dan ayat yang pendek kepada mereka. Sudah tentu kita semua tahu bahawa penggunaan ayat yang pelbagai bagus untuk perkembangan percakapan dan pembacaan. Tetapi apabila anda perlu menyampaikan sesuatu yang penting, gunakan perkataan yang anda tahu mereka akan faham.

  1. Pilih pergaduhan anda

Fikirkan dengan teliti sebelum anda meminta anak anda untuk berhenti melakukan sesuatu – adakah ia sangat penting untuk mereka berhenti? Jika anda merasakan bahawa perkara tersebut menjengkelkan anda tetapi sebenarnya ia tidak mengapa untuk dilakukan, anda boleh meminta anak anda untuk menurunkan bunyi atau pergi ke bilik lain untuk melakukannya, atau anda sendiri boleh pergi ke bilik lain. Jika anda mengehadkan disiplin hanya kepada perkara yang tidak boleh diterima maka kebarangkalian untuk anak anda mendengar apa yang anda katakan adalah lebih tinggi atau berilah alternatif yang lain.

  1. Tantrum adalah memenatkan untuk semua orang – gunakannya sebagai kelebihan untuk anda

Anak yang tidak mendengar kata akan menjadi letih, dan menangani atau mengatasi tersebut juga memenatkan anda. Satu cara yang baik untuk menghentikan kelakuan tersebut adalah dengan berkata: “Wah, situasi ini nampaknya memenatkan kamu, ia memenatkan untuk mama, jika ini berterusan kita tidak akan mempunyai tenaga untuk ke taman permainan/membuat kek kemudian seperti yang kita telah rancangkan” jika anda melibatkan kesan kelakuan tersebut, anda memberikan kesan yang mereka akan faham dan harapnya mereka akan berhenti.

  1. Persetujuan Ibu dan ayah adalah sangat penting

Jika anak anda berkelakuan lebih baik dengan salah seorang daripada ibu dan ayahnya, ianya mungkin kerana anda menggunakan peraturan yang sedikit berbeza. Apabila anda melihat perkara yang anda biasanya lakukan berbeza kaedahnya, bincanglah dengan pasangan anda apabila anak anda sudah tidur dan cari persetujuan mengenai peraturan dan strategi supaya anak anda tidak keliru tentang apa yang diterima dan apa yang tidak diterima. Dengan cara ini, anak anda tidak perlu menghafal dua peraturan dan akan lebih mudah mengingati satu peraturan sahaja dengan cepat.

  1. Gunakan satu perkataan untuk permintaan

Ianya mungkin seperti tidak masuk akal, tetapi satu perkataan peringatan yang lembut mengenai jenis kelakuan yang anda jangkakan boleh membuat perbezaan untuk anak anda. Ia kaedah yang lebih berkesan untuk anak yang lebih tua dan boleh memahami bagaimana mereka patut dan tidak patut bertindak, ianya kaedah yang senang untuk digunakan. Jika anak anda selalu menghempas pintu, daripada anda katakan “jangan hempas pintu!” cuba katakan “pintu” atau “senyap-senyap”, anda akan kagum bagaimana satu perkataan yang dikatakan dengan nada lembut sangat berkesan. Satu lagi cara adalah dengan mengubah arahan kepada soalan untuk menghasilkan kelakuan yang baik. Jadi daripada anda katakan “pastikan mainan itu disimpan” anda boleh tanya “lepas main kita buat apa dengan mainan?”

puji-anak

Kami harap kami telah memberikan anda sedikit idea untuk membantu untuk melentur anak anda. Ingatlah, kebanyakan ibu bapa mengalami situasi yang sama seperti anda dan kerja mendisiplinkan anak adalah untuk mengajar mereka untuk berkelakuan baik. Semoga Berjaya!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY