Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Mula mendidik sejak dari mengandung

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada September 10, 2009



Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? adakah selepas 5-6 tahun? atau 2 tahun? atau ketika mengandung lagi?”

huhu… teringat kata-kata suami saya waktu mula-mula mengandung dulu, “mendidik anak ni langkah paling penting adalah ketika memilih ibu kepada anak kita, dan abang dah pilih ibu yang sangat baik…”, (masuk bakul angkat sendiri… huhu…)

Sebenarnya, anak di dalam kandungan sudah mula mendengar, berfikir, merasa dan sebagainya. Di antara perkara yang sangat mempengaruhi anak adalah emosi. Anak di dalam kandungan sangat peka terhadap emosi ibunya, jadi ketika mengandung kita perlu menjaga emosi. Kajian mendapati seorang ibu yang selalu murung ketika mengandung akan melahirkan anak yang juga tidak stabil emosinya, berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang selalu ceria ketika mengandung.

Makanan ketika mengandung juga perlu diperhatikan, kajian mendapati di antara makanan yang baik dimakan ketika mengandung adalah badam, gajus dan kacang-kacang lainnya. Selain itu, ibu mengandung juga digalakkan makan ikan yang dimasak tanpa kepala dan minum susu kacang soya.

Lebih detail lagi boleh lihat dalam artikel mengapa yahudi bijak?

Cuma nak ditekankan disini bahawa orang yahudi yang cuma bilangannya di dunia dalam 15 juta boleh mengusai dunia berbanding 1.6billion ummat islam di saluruh dunia? mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Education is the first bussines!

Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? bagaimana kalau saya katakan bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar dia ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Seorang bayi adalah sangat-sangat genius kerana perkembangan otak mereka yang sangat pesat, mampu menyerap begitu banyak ilmu dan berkembang menjadi pemikiran yang tajam akan mula terhenti apabila usianya mencecah 5 tahun.

Pakar pendidikan awal kanak-kanak barat menyatakan “sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!”. 10 minit mendidik anak pada ketika usia di bawah 2 tahun lebih bermanfaat dari 10 bulan yang dihabiskan untuk mendidik anak selepas usia mereka 8 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa keperibadian anak akan mula terbentuk setelah usia mereka 8 tahun. Pada ketika ini, sudah amat sukar untuk merubah keperibadian mereka lagi.

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Perkembangan Fizikal Sejak Lahir
  2. Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri
  3. Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung
  4. Tips Mendidik Anak
  5. Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Categories: Pendidikan

Tags: ,

Comments (5)

Feroz

September 10th, 2009 at 10:43 am    

Feroz

:-) artikel yg sangat baik. x sabar nak praktik 2,3 tahun lg..he4

ummu_abdullah

September 10th, 2009 at 10:56 am    

ummu_abdullah

Yuk, teruskan mengkaji… moga dapat mendidik anak sesuai landasannya…

ikanstim

September 11th, 2009 at 5:44 am    

ikanstim

bagi makan kacang byk2

ummu_abdullah

September 12th, 2009 at 11:57 pm    

ummu_abdullah

betul2..

Ummu Hura

March 10th, 2010 at 1:17 pm    

Ummu Hura

Owh.. Macam tu eh.. Hmm… InshaALLAH, akan saya sebar2kan info ni pada manusia2 lain ttg potensi anak2 di bawah usia 2 tahun absorb pelajaran baru…

Leave a reply

Name *

Mail *

Website