Your are here: Home // Pendidikan // Merangsang Kecerdasan Otak Bayi (Siri 1)

Merangsang Kecerdasan Otak Bayi (Siri 1)

di-zooSelain faktor genetik, kecerdasan seorang bayi juga bergantung kepada faktor lingkungannya samada pemakanan yang baik, imunisasi dan juga rangsangan.

Bayi yang diberi rangsangan yang tepat dan berkesinambungan akan menghasilkan sambungan neuron-neuron pada otaknya sekaligus mempengaruhi perkembangan otaknya. Dengan berlakunya hal ini, maka perkembangan fizikal dan mentalkan dapat melebihi kemampuan asas atau potensi yang didapatinya melalui genetiknya.

Kajian telah membuktikan bahawa pengalaman dan rangsangan yang diterima oleh bayi pada tahun pertama dalam hidupnya akan mempengarui perkembangan dan fungsi otaknya di kemudian harinya. Kecerdasan otak bayi juga dapat dioptimumkan dengan senaman otak. Senaman otak adalah latihan yang dijalankan ke atas gerakan-gerakan tubuh yang dinamik dan bersilang. Senaman ini mendorong kepada keseimbangan aktiviti kedua-dua belahan otak secara sekata. Ketika perkembangan kedua-dua belah otak seimbang, maka kecerdasan anak pun menjadi maksimum.

Rangsangan pada bayi harus dilakukan pada setiap hari dan setiap kali bersamanya. Bayangkan ketika anda memandikan bayi anda mulakan dengan bismillah, menggantikan lampin anda memulakan dengan bismillah, menyusu bayi anda mengalunkan kalimah Allah, memberinya makan anda mulakan dengan bismillah, mendukungnya dan mengalunkan kalimah Allah, mengajaknya bersiar-siar, bermain, menonton televisyen dan juga ketika masuk ke bilik tidur juga anda menceritakan tentang kehebatan dan keindahan Islam. Rangsangan yang diberikan ini haruslah dalam keadaan yang selesa, tenang dan penuh dengan kasih sayang.

Hal ini kerana pada asasnya, semua ucapan, sikap dan perbuatan ibu atau pengasuh yang berulang-ulang akan tertanam dalam otak bayi sehingga kemungkinan besar bayi akan meniru semuanya. Apa yang bayi lihat, dengar atau rasa akan menjadi pengalaman baru bagi bayi sehingga suatu hari bayi akan cuba untuk melakukannya sendiri.

Begitulah kehebatan otak bayi yang jarang diketahui. Sekarang, semuanya sudah jelas dan tahu. Maka, hanya tinggal peranan dan tanggungjawab kita sahaja untuk melaksanakan atau tidak.

Artikel Berkaitan:

    Cara Merangsang Minda Anak
    Urutan Bayi – Kelebihan Mengurut bayi
    Kecerdasan Emosi (EQ) yang Tinggi Bantu Anak Berjaya
    Bohong dari Persepsi Anak (Siri 2)
    Bohong dari Persepsi Anak (Siri 1)

Anda rasa entri ini bermanfaat? Isikan emel anda di bawah supaya anda tidak terlepas entri-entri bermanfaat yang lain.


Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.