Menanamkan Keyakinan Pada Anak

Pernah kita lihat, bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu yakin dalam setiap tindakan dan pertuturannya? Sudah tentu kita pernah melihat anak yang begini bukan?
Subhanallah, hebatnya anak ini. Inilah pemberian Allah. Juga usaha yang dilakukan oleh kedua orang ibu bapanya. Saya yakin anak-anak anda juga begitu. Hebat, yakin dan hebat dalam pertuturan.
Sekarang ayuh kita bahas secara ringkas, bagaimana menanam keyakinan dalam diri anak.
1. Hargai perlakuannya dan berikan pujian
a. Memberi tumpuan yang istimewa buat anak mampu menumbuhkan kepercayaan anak kepada ibu bapanya. Kadangkala, kesempatan waktu mungkin menjadi alasan untuk mendengar cerita dan melayan karenah anak. Namun, alasan itulah yang kadangkala memusnahkan keyakinan anak.
b. Ketika anak-anak memerlukan tindak balas atau reaksi seseorang, kemudian ibunya datang dengan memberi tumpuan dan perhatian tentang percakapan dan perbuatannya. Dengan itu, anak mula yakin, mula mendapat sokongan dan bertambahlah keyakinannya ketika anak diberi pujian dan hadiah dengan perbuatannya.
2. Membantu anak ketika membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
a. Anak kecil ingin memakai pakaian, sudah tentu ibu bapa yang memilih pakaian yang sesuai baginya. Sekarang cuba kita ubah. Biar anak-anak kecil itu membuat pilihan dengan tunjuk ajar kita. Daripada perkara sekecil itu, sebenarnya ia mampu menanam keyakinan anak dalam membuat keputusan.
b. Keyakinan berkait rapat dengan kemahiran menyelesaikan masalah. Ketika anak remaja atau anak kecil berhadapan dengan suatu situasi atau masalah, adakah kita menjadi penyelesai masalahnya atau pembantunya dalam menyelesaikan masalah?
c. Bertindak menyelesaikan masalah anak itu bagus, namuan berbincang dengan anak bagaimana menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik. Ketika proses perbincangan berlangsung (katakana anak anda menghadapi masalah dengan rakan sekelasnya) anak anda akan mula berfikir, lama-kelamaan anak anda mula bersikap matang. Kemudian kemahiran menyelesaikan masalah telah dikuasainya. insyaAllah.
3. Jauhi daripada menghukum tindakan anak, akan tetapi bersikap positif itu lebih baik
a. Kadangkala, ketika anak gagal atau jatuh dalam akademiknya, ibu bapa pasti terus memberi motivasi kepada anak. Jika anda, yang mana yang akan anda katakana kepada anak:
i. “Try harder, usaha lagi sehingga Berjaya” atau
ii. “Sekarang, kita perlu merancang strategi baru dalam pembelajaran kamu”
b. Sudah tentu yang pertama yang sering kita sebutkan. Namun cuba lihat kata-kata yang kedua. Anak anda sudah tentu berusaha dengan sungguh-sungguh, terutama anak-anak yang masih tadika. Ketika memperoleh kata-kata yang pertama, ia seolah-olah menghukum anak, anak sendiri yang kurang berusaha. Lihat! Seperti hal kecil, namun memberi impak. Jika anda gunakan ayat kedua, selain anak anda hilang rasa rendah diri kerana kegagalannya, anak anda juga mampu belajar untuk menyelesaikannya sendiri ketika menghadapi situasi yang sama kelak.
4. Jadilah ibu yang EMPATI
a. “Kenapa kamu tak nak dengar, dengar apa yang ibu cakap”, “Gunalah otak, jangan main buat je”… Hurm, kadangkala kita terlepas cakap. Mungkin stress, letih atau dah biasa. Saya tak nafikan, kata-kata ini juga pernah keluar daripada mulut seorang pensyarah saya. Namun, cuba kita fikirkan. Ketika anak membuat kesilapan. Kita lantas menegurnya dengan cara ini. Bukankah ia tidak mematangkan pemikiran dan tindakan anak-anak, sebaliknya boleh menjadikan anak berfikiran negatif.
b. Wujudkanlah sikap empati. Ketika anak menghadapi masalah atau melakukan kesalahan, cuba kita bersikap empati. “Ibu faham mengapa jadi begitu” atau mungkin anda hanya perlu senyum ketika anak berbuat salah.
5. Pendedahan yang menyeluruh
a. Tahun lepas saya sempat mengahadiri talk yang disampaikan oleh coach sha. Dalam talk tersebut, beliau berkongsi bagaimana meningkatkan keyakinan dalam diri anak. Antaranya adalah memberi pendedahan kepada anak. Segalanya tentang kehidupan, dedahkan kepada anak anda. Bukan bererti memberi kebebasan, namun pendedahan yang bersifat pendidikan.
b. Contohnya: bawa anak ke tempat-tempat yang disukai ramai kanak-kanak lain. Seperti zoo, muzium, dan sewaktu dengannya. Kerana anak-anak kecil itu mudah belajar ketika emosinya stabil dan gembira.
Moga perkongsian ini dapat memberi cetusan idea dalam mendidik anak saban hari…
Related Posts
- Kekuatan itu pada kekuatan jiwa…
- Pendidikan anak : membina self esteem
- Atasi Anak Gagap
- Pendidikan Anak – Menjawab Persoalan
- Al-Quran Sebagai Modul Pendidikan Anak
Categories: Pendidikan














Comments (1)
Ummu Hura
March 9th, 2010 at 2:15 pm
Setuju2. Kanak2 mudah absorb words and advise when they are emotionally stable. Hence, we parents should pay close attention on their emotional development…
Suka suka~
Leave a reply