SHARE

A day at a Kindergarten

Buat mereka yang mempunyai anak yang baru masuk ke tadika, mungkin sebelum ini anak anda biasa bergantung kepada pampers atau lampin. Tetapi, sekarang dia perlu mengahadapi risiko sekiranya terdapat waktu-waktu yang dia terkencing di dalam seluar secara tidak sengaja.

Sebanyak 15 peratus kanak-kanak tadika dan darjah satu kerap mengahadapi masalah ini pada siang hari kerana tempoh untuk masuk ke bilik air di sekolah mereka begitu singkat dan terhad. Tambahan pula, mereka gemar memberi sepenuh perhatian terhadap aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku di sekitar mereka.

Christopher Cooper M.D., seorang pediatrik pakar urologi di Children’s Hospital of Iowa di bandar Iowa mengatakan, “mereka telah terlepas tanda amaran awal yang pundi kencing mereka hantar ke sistem saraf, malah sebelum mereka menyedarinya, mereka telahpun terkencing di dalam seluar.”

Maka, untuk memulihkan situasi ini:

Beritahu anak anda bukan dia sahaja yang mengahadapi masalah ini.

Katakan kepada anak anda ramai lagi kanak-kanak yang sering menghadapi masalah ini dan sesiapa yang sering terkencing di dalam seluar ini bukan bermakna dia masih seorang bayi kecil

Cari punca masalah.

Tanya anak anda “Apa yang adik buat sebelum tu?” “Adik sempat tak pergi bilik air waktu rehat?” Jawapannya akan membantu anda mencari punca bagaimana dia boleh terkencing di dalam seluar dan kemudian mengatasinya di kemudian hari.

Nasihatkan anak anda supaya berani bersuara.

Sesetengah kanak-kanak malu untuk meminta izin menggunakan tandas di tadika atau di rumah kawan. Anda perlu beritahu anak anda semua orang memang perlu membuang air kecil walupun orang dewasa, jadi mereka tidak akan berfikir apa-apa sekiranya dia meminta izin menggunakan tandas. Sekiranya dia masih malu, minta supaya guru kelasnya mengawasi agar dia pergi tandas pada masa rehat biasa.

Bekalkan pakaian lebihan.

Sekiranya anak anda mengatahui dia dibekalkan dengan seluar dan seluar dalam lebihan, dia akan menjadi lebih berkeyakinan. Malah, ianya dijadikan sebagai peringatan supaya dia lebih kerap ke tandas – sebab mereka akan elak menggunakan pakaian yang dibekalkan.

Gambar : kredit to amrufm

SHARE

5 COMMENTS

  1. Anak saya ditempatkan di taska ketika semenjak lepas pantang sehingga berumur 3 tahun 2 bulan. Ketika berumur 2 tahun setengah dia tidak lagi memakai pampers di Taska kerana menurut cikgunya dia dah pandai kencing di tandas. Bulan Sept tahun lepas kami memindahkannya ke Tadika yang baru. Pada masa itu pun dia tidak lagi memakai pampers di waktu siang dan saya dalam proses untuk cuba menghentikan penggunaan pampers di waktu malam.

    Malangnya semenjak 2 menjak ini cikgu selalu komen yang dia kencing sewaktu tidur tengahari menyebabkan cikgunya perlu membasuh tilam. Dan cikgu meminta dibekalkan pampers setiap hari.

    Walaupun saya bekalkan pampers ke tadika setiap hari, saya berat hati. Adakah budaknya yang bermasalah atau cikgu di sekolah yang baru ini, sebab anak saya telah tidak pakai pampers ketika berumur 2 tahun setengah, namun pakai semula ketika hampir 4 tahun.

    Ada sebarang komen?

  2. zakiah , dgn gaya cerita tu , npk mcm cgu y ada problem. cuba2 lah selidik. Mgkin sesuatu terasa bagaimana mghantui ank zakiah.

    Dapatkan :
    . adakah ibubapa dibenarkan memasuki premis tadika?
    . tengok tak tempat tidur mereka ?
    . nisbah staf dengan anak2 ?

    mgkin zakiah blh mdpt jwpan dan gambaran dari antara situasi di atas.

  3. As salam,

    Masalah saya ni pelik sket. Anak saya dah umur 4 thn. Saya dah train dia ke toilet dalam 1/2 thn mcm tu. Tido malam semua dia ok…tak kencing tilam..clean je. Tapi siang2 hari ni haa, asyik laa terkencing sket dlm seluar, byk kali plak tu.

    Dlm sehari tu ada laa sekali je yg seluar dia tak basah. Saya tak faham, sebab masa awal2 dulu dia boleh je lari ke toilet bila terasa nak kencing, tapi skarang ni makin menjadi-jadi plak dia terkencing sket dlm seluar.

    Kadang2 tu dia buat rileks je dgn seluar ada dot2 basah kencing tu, tak pegi toilet pun… saye tak faham…ini masalah psikologi atau masalah dgn pundi/salur kencing dia. Saya takut laa jugak.

  4. Assalamualaikum,
    anak saya lelaki berumur 4 tahun, dari umur 3 tahun dia sudah tak pakai pampes walaupun malam, masalahnya bila letak di rumah pengasuh… waktu siang pengasuh pakai kan pampes pada dia… yg lagi sy geram pampes tu bukan sy yang beli.. mungkin anak asuhan lain punya… anak sulung sy yang usia 5y bg tahu katanya adik nya tenghari nenek kasi pakai pampes. baru sebulan lebih sy tukarkan pengasuh baru… memang jaga anak sy 2 orang je… di rumah pengasuh ni adik lagi melampau.. kencing merata.. hakikat di rumah sy tak ada pun… adakah sy terlalu garang atau pengasuh terlalu lembut

  5. apa patut sy lakukan untuk bg anak sy tak menyusah pengasuh sekarang?? pengasuh sekarang sangat baik dan suka bawa anak sy berjalan… masalah itu la anak sy suka kencing merata dan dah nak terkencing baru bg tahu

LEAVE A REPLY