Follow me on tweeter... (anakku_sayang)... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Kempen Jom Dengarkan Al-Qur’an di Rumah

abu_abdullah

Ditulis oleh abu_abdullah pada January 19, 2010


336x280 Ad

syeikh masyari al-afasi

Baru-baru ni terasa jiwa agak kekeringan dengan kesibukan-kesibukan seharian. Bukan cuma pendidikan anak sahaja terasa kurang berkesan, pendidikan dan semangat diri sendiri pun kadang-kadang tak mampu dikuatkan. Mulalah berfikir mencari jawapan, bagaimana nak kembali menguatkan jiwa kembali.

Hurm, apa nak buat ye?

Baca buku motivasi?

Dengar ceramah?

Buat je kerja macam biasa?

Buat tak peduli jer?

Tido????

Tiba-tiba terpandang al-Qur’an terjemahan yang berada di atas meja. Baru teringat yang diri ini sudah kurang melaungkan ayat-ayat Allah SWT. Jiwa dan semangat ini perlukan makanan, zikrullah… ya Allah ampunilah diriku…

Ayat apakah yang lebih indah daripada ayat Allah SWT di dalam al-Qur’an?. Ajaran apakah yang lebih menusuk jiwa berbanding ajaran Allah SWT di dalam al-Qur’an?. Pujukan apakah yang lebih berkesan berbanding pujukan Allah SWT di dalam al-Qur’an?. Lagu apakah yang lebih menenangkan berbanding lagu Allah SWT di dalam al-Qur’an?

Al-Qur’an adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW…
Al-Qur’an adalah cahaya…
Al-Qur’an adalah penenang…
Al-Qur’an adalah penghalau syaitan dan perkara-perkara jahat….
Al-Qur’an adalah penguat jiwa…
Al-Qur’an adalah pemurah rezeki…
Al-Qur’an adalah penyejuk hati orang-orang beriman…

Terfikir, apakah alasan aku untuk jarang membaca al-Qur’an? Apakah alasan aku untuk kurang mendengarkan al-Qur’an? Apakah alasan aku untuk tidak mendengarkan al-Qur’an selalu pada anak-anak?

Teringat dulu, al-Qur’an memang menjadi lagu yang sentiasa dipasang 24jam di rumah (hiperbola jer… huhu… nak menggambarkan selalu sangat… sebenarnya tak lah sampai 24jam…). Kemudian sejak komputer buat hal hari tu, format komputer, semua file hilang. Nak download baru connection internet berukband ni slow yang teramat sangat…. (alasan…) jadi tak jadi lah download. Lama-kelamaan tabiat tu sedikit demi sedikit dilupakan…

Semalam streamyx baru je dapat dipasang di rumah. Terus bertindak mencari mp3 al-Qur’an untuk dipasang kembali dalam rumah. Sape yang tak tahu mane nak cari bacaan qur’an yang best tekan je link kat bawah ni.

“Download bacaan al-Qur’an oleh Masyari Rasyid al-Afasi di sini

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Pendidikan di Rumah, Adil
  2. Cinta dalam rumah tangga
  3. Nasihat 2010, Pendidikan Anak Di Rumah
  4. Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah
  5. Al-Quran Sebagai Modul Pendidikan Anak

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Categories: Pendidikan

Comments (6)

Siti Norazilah Othman

January 20th, 2010 at 1:33 pm    

Siti Norazilah Othman

Assalamualaikum.
Alhamdullilah, sejak saya mula perdengarkan bacaan-bacaan Al-Quran jiwa ini makin tenang, lebih sabar. Suami pun nampak lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan membela keluarga dan menghadapi karenah anak yang makin membesar, lebih sabar dan sifat panas baran berkurangan. Terima kasih Ya-Allah , semoga kita semua dapat membudayakan Al-Quran dalam setiap langkah dan urusan.

abu_abdullah

January 20th, 2010 at 2:08 pm    

abu_abdullah

Alhamdulillah… Mudah-mudahan kita semua lebih dekat kepada Allah SWT. Jom promote kempen ni pada semua orang…

am0i Ida

February 13th, 2010 at 12:14 pm    

am0i Ida

jom kempen!

beli rumah

February 19th, 2010 at 4:36 pm    

beli rumah

ya bagus tuw……..
bukan hanya di sekolah, tp di rumah juga harus….

quran

March 4th, 2010 at 11:38 pm    

quran

http://www.quran.com

http://quranicaudio.com/ – ramai qari

ummu_abdullah

March 8th, 2010 at 5:11 pm    

ummu_abdullah

Time Kasih Quran…

Leave a reply

Name *

Mail *

Website