Ilmu bagaikan senjata, yang kalau salah digunakan boleh memakan diri penggunanya kembali. Ilmu adalah makanan utama akal dan Ilmu adalah kunci utama kejayaan.
Namun, dalam ghairah mencari ilmu dan meluaskan ilmu kadang-kadang perlu berhati-hati dalam beberapa perkara. Beberapa perkara yang kalau terlepas pandang akan lebih membawa mudarat berbanding manfaat. Suatu yang berlawanan dengan fungsi utama ilmu, manfaaat.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, barang siapa yang mahukan akhirat juga perlulah dengan ilmu, dan barang siapa yang mahukan kedua-duanya maka juga memerlukan ilmu.”
Diantara bahaya yang paling utama tentang ilmu adalah kesahihan dan kebenaran ilmu tersebut. Kerana ilmu datang dari pelbagai sumber dan bermacam-macam orang meng”klaim” diri merekalah yang paling benar.
Diantara perkara perinsip utama ilmu adalah, kebenaran adalah tetap kebenaran, dan kepalsuan adalah tetap kepalsuan. Dan semua manusia boleh melakukan kesilapan, siapa pun dia. kata-kata semua orang boleh diterima dan boleh ditolak, kecuali kata-kata Nabi. Namun dalam memahami kata-kata Nabi pun perlukan FIQH nya, kerana ada kata-kata yang hanya ditujukan buat masa tersebut, ada kata-kata yang telah dibatalkan, dan ada kata-kata yang mempunyai maksud lain disebaliknya.
Dewasa ini, ketika ilmu dan pengetahuan berada di hujung jari, kita semakin terdedah dengan pelbagai ilmu yang tidak ketahuan mana sumbernya di”klaim” sebagai datang dari pakar-pakar yang entah dari mana asas ilmunya, maka bercelaru dan berkecamuklah pemikiran dan pengetahuan manusia.
Penyelesaiannya? kembali lah kepada sumber utama ilmu, al-qur’an, hadith, qias dan ijma’ ulama.
Dan asas pendidikan anak yang paling ditekankan oleh semua itu adalah mengajarkan aqidah dan kecintaan kepada Allah, Nabi dan al-Qur’an.
Artikel Berkaitan:



















