Usah biarkan nyawa insan tersayang berlalu bergitu sahaja!... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Emosi Kanak-Kanak : Marah

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada November 21, 2009


336x280 Ad

abdullah-nangis

Jom kenali anak kita…

Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur.  Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan tetapi, apabila usianya bertambah dan gerakan-gerakan dapat dikuasainya, kekuatan otok serta bahasanya mulai subur, maka kita akan mendapati emosi-emosi marah itu mula bertambah.

Maka, di sini ada factor-faktor terbentuknya emosi marah.

  1. Mengkritik kanak-kanak
  2. Memarahinya
  3. Mengintai-intai kesalahannya
  4. Membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain
  5. Membebaninya dengan pekerjaan atau arahan yang berat
  6. ‘Masuk campur’ urusan dan kegiatan yang sedang dijalankannya tanpa hemah

Goodenough (Anger In Young Children) telah menjalankan beberapa kajian terhadap sebilangan kanak-kanak (45 orang). Ibu-ibu bagi kanak-kanak tersebut diminta supaya mencatat kemarahan kanak-kanak mereka stiap hari dalam jangka masa 2 – 4 bulan. Dalam kajian ini ternyatalah bahawa ¾ daripada sebab kemarahan kanak-kanak yang berumur hingga 3 tahun adalah berjalan di sekitar perhubungannya dengan kedua ibu bapanya, dan saudara-saudaranya termasuklah penguasaan ke atas gerak geri kanak-kanak, arahan kepadanya, serta sesuatu yang berkaitan dengan menidurkannya, waktu makan, atau mengarahkannya melakukan adat-adat kesihatan yang berhubung dengan mandi, buang air, membersihkan gigi, menyikat rambut ataupun memaksanya membuat pekerjaan di dalam rumah.

Cara kanak-kanak menggambarkan emosi marah itu adalah berlainan disebabkan umur yang berbeza. Melalui kajian ini, hamper 90% daripada reaksi marah kanak-kanak di tahun pertama merupakan tenaga tanpa arah (undirected energy)

  1. Meraung
  2. Mencampakkan diri ke lantai
  3. Menendang dengan kedua belah kaki
  4. Menggigit
  5. Melompat

… nisbah ini menurun kepada 40% ketika kanak-kanak ini mencapai usia 4 tahun.

Reaksi kanak-kanak empat tahun, lainlah pula. Antaranya

  1. Membangkang
  2. Menggunakan perkataan-perkataan dengan tujuan mengugut

Manakala marah yang dilahirkan dengan cara menuntut bela hampir tidak ada pada kanak-kanak dalam tahun yang pertama. Namun ketika umurnya empat tahun, cara ini mula ditunjukkan.

Maka, ibulah yang paling mengenali anaknya. Berlakulah sebaiknya kepada anak kita. Kerana itulah yang bakal ditonjolkan oleh mereka.

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Kanak-kanak Masa Kini ‘Berkulit Nipis’
  2. Fungsi Permainan Kanak-kanak
  3. Pendidikan anak : emosi
  4. Kenali emosi anak
  5. Tips Mendidik Anak

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Comments (4)

siti sofiah

January 9th, 2010 at 10:57 am    

siti sofiah

anak ana suka 4 tahun suka bertumbuk,menendang.kawan dia pulak suka mencakar.habis muka budak kene cakar.mak diorang salahkan tadika.kurang pengurusan ynag baik.tapi sbnrnya even perkara 2 berlaku depan mata ,kami tak sempat bertindak.tangan n kaki mereka lagi cepat.macam mana ana nak ajar anak ana ni?

ummu_abdullah

January 10th, 2010 at 4:15 am    

ummu_abdullah

hurm, banyak b’sabar sofia… Anak murid ni dah biasa di rumah macam ni… lets find the best way to teach them… ukht, cek PM di forum HO…

miz

January 15th, 2010 at 8:34 am    

miz

mmg ank2 kl di umh udh mdpt high doses dr parents…mmgla depe xkan heran dgn cgu tdka y tdk garang….mmg cgu tdka tak boleh garang…kl nk garang…blh jd cgu harimau…

antara faktor ank bgaduh d tdka may be pskitrn y mbosankan…tiada alat dan ruang pmainan n ank2 xtau nk salurkn k mana tnaga y tsimpa.

namun pape pun ank2 sbegini kena byk bbincg dgn ibu ayah mrk…bmbg ibu ayah depa dlm parenting skill la pula.

k.miz biasa hdpi kes gini di tdka tp alhmdlh, kini ibu ank tsebut tlh mula mcari ilmu mddik ank…tharu sguh.

ummu_abdullah

January 17th, 2010 at 2:12 pm    

ummu_abdullah

huhu… cikgu harimau kat sarkas tu pun penyayang gak…

Leave a reply

Name *

Mail *

Website