Setelah setahun lepas kami menanam azam ingin menulis sebuah ebook, akhirnya tercapai juga dengan lahirnya ebook pertama tulisan kami berdua, Rahsia Anak Soleh.
Mudah-mudahan dengan ebook Rahsia Anak Soleh ini akan menjadi saham buat kami berdua, baik saham pahala yang berterusan sehingga ke akhirat mehupun saham berupa sumber pendapatan sampingan.
Ebook ini cuma sekadar panduan dan perkongsian dari kami berdua, tidak kurang dari kelemahan dan kekurangan kami sebagai manusia biasa. Namun kita sebagai manusia perlu terus berusaha memperbaiki diri dan medium ebook ini adalah satu medium yang bagus kerana sebarang pembaikan yang dilakukan dapat diberikan kepada semua yang pernah membeli.
Seperti juga games pendidikan kami, ebook adalah produk yang bertujuan membantu para ibubapa mendidik anak-anak mereka. Mudah-mudahan usaha ini diberkati oleh Allah SWT. Jadi, kepada yang telah mendapatkan bab pertama ebook ini secara percuma, bagaimana pendapat anda?
Artikel Berkaitan:




















Tahniah ainul. Dah berjaya bentangkan pengalaman dan mengisi pasaran dgn bahan yang amat kurang.
Semoga pkongsian ini memberkahkan lagi usaha ainul n bukhori.
mizjana´s last blog ..You Are My Sonia