Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Cinta dalam rumah tangga

abu_abdullah

Ditulis oleh abu_abdullah pada January 13, 2010


336x280 Ad

love

“Cinta” satu kalimah indah lagi mengasyikkan. Membuatkan para pendengar membayangkan keindahan dan keseronokannya. Cinta adalah suatu yang merubah bebanan menjadi kenikmatan, yang merubah suatu kesusahan menjadi keasyikan diatas namakan perilaku “pencinta sejati”.


Cinta mendatangkan kekuatan, Cinta medatangkan kesegaran, Cinta mendatangkan kesenangan, dan Cinta adalah energy yang menggerakkan perjalanan. Seorang yang kehilangan cinta, baginya dunia sudah tidak lagi bererti apa-apa.


Cinta bahkan diisytiharkan penghormatan tertinggi kepada junjungan besar Muhammad SAW. Baginda digelar kekasih Allah. Dengan Cinta dan kasih sayang Allah lah Dia menciptakan semua hambanya dan memberikan keampunan yang berulang-ulang.


Pendidikan yang berteraskan cinta akan hidup dan menyala-nyala. Pendidikan yang berteraskan cinta akan memberikan bukan cuma kefahaman, tetapi juga nyalaan semangat dan keazaman yang akan membuahkan perbuatan. Pendidikan Cinta yang diajarkan bukan cuma memberi Tahu, malah menanamkan Mahu ke dalam seorang anak.


Adakah anak mendapat cinta? Bagaimana ia mahu memberikan cinta kalau dia sendiri kurang mendapatnya? Romantiknya seorang suami bukan cuma diranjang, malah yang paling dihargai adalah ketika bersama isteri dan anak-anak. Bagaimana berhemah, bersabar, dan menunjukkan cinta pada mereka.


Begitu juga seorang isteri dan ibu yang disenangi, bukan cuma berapa banyak kerja rumah yang dilaksanakan, tetapi bagaimana bersikap dengan kerja-kerja tersebut. Banyak sekali kerja yang tidak dihargai langsung oleh siapapun kerana sikap yang ditunjukkan ketika melakukannya.



Sudahkah anda mengucapkan kata cinta hari ini?

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Pendidikan Anak : Peraturan dalam rumah
  2. Mendidik Anak Dengan Cinta
  3. Kempen Jom Dengarkan Al-Qur’an di Rumah
  4. Pendidikan di Rumah, Adil
  5. Pendidikan anak : berhati-hati dalam menghukum

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Comments (1)

beli rumah

February 25th, 2010 at 5:10 pm    

beli rumah

cinTa..
banyak sekali artiya..

Leave a reply

Name *

Mail *

Website