SHARE

cara-ajar-anak-bersabarKanak-kanak seawal usia 9 bulan sudah mampu untuk mula belajar menunggu. Perbuatan menunggu sebenarnya lebih menarik ketika mereka masih di awal usia. Berikut merupakan cadangan aktiviti/perminan menarik untuk mengajar anak kecil belajar bagaimana untuk bersabar (gain patience) dan mampu menunggu giliran (take turns).

1) 9-12 bulan

Main permainan seperti jatuhkan blok mainan, buat bunyi2 menarik, atau gulingkan bola ke hadapan dan ke belakang berulang kali. Setiap kali sebelum mulakan permainan dan sebelum mula giliran anda, kira dan sebut “SATU, DUA, TIGA…” dan TUNGGU 2 hingga 3 saat supaya anak faham dan kaitkan dengan apa yang anda sebut dan lakukan, kemudian mulakan giliran anda.

ajar-anak-bersabar

2) 12-18 bulan

Boleh main permainan yang sama seperti di atas, tetapi PANJANGKAN MASA MENUNGGU kepada 5 saat.

3) 18 bulan-2 tahun 6 bulan

Bila anak kecil anda mahukan sesuatu, anda boleh mula memperkenalkan mereka dengan menyebut perkataan meminta “TUNGGU”/”WAIT”. Tetapi masa menunggu mestilah pendek. Sebagai contoh, anak kecik anda datang kepada anda dan meminta untuk didukung dengan menyebut “up”,”up” sambil tangannya dibuka menandakan dia mahu anda mendukungnya. Anda boleh berkata “OK, TUNGGU mama 2 saat ya” sambil anda mengira “satu..dua..” dan terus angkat/dukung anak anda.

4) 3 tahun ke atas

Semakin bertambah usia anak anda, semakin mudah untuk anda mengajar anak anda “TUNGGU”. Contohnya, anda boleh berkata kepada anak anda yang berumur 3 tahun setengah, “OK, rayyan tunggu sekejap ya, jom kita kira sampai 10 (1-10)”, atau “OK, mama boleh main dengan rayyan selepas mama letakkan dan susun barang-barang ni dulu ya. Rayyan tunggu sekejap ya”. Kanak-kanak amat mudah dan cepat belajar jika kita selalu menyebut dan menggunakan kaedah menunggu ini.

ajar-anak-menunggu

TAPI, semua tips di atas ada kalanya tidak berkesan sekiranya anak anda menangis/merengek kerana tidak cukup tidur atau lapar. Jadi carilah masa yang sesuai iaitu ketika anak kecil anda berada dalam “playful mood”.

Kemudian, anda akan rasa lebih mudah untuk meminta anak anda menunggu dan anak anda juga sudah mampu dan bersedia MENUNGGU.

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY