Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!... Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 

Bohong dari Persepsi Anak (Siri 1)

ummu_abdullah

Ditulis oleh ummu_abdullah pada January 25, 2010



Siapa pernah menghadapi anak berbohong? Anak kecil, ape la yang dia tahu. Yang penting dia dapat perhatian. Dapat pujian dan kasih sayang.

Mereka inginkan kasih sayang dan perhatian sehingga perlu berbohong? Bagaimana ia boleh berlaku?

Bohong nampaknya tersebar luas di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak melakukan hal-hal yang tiada asas dari kenyataan yang sebenar. Ibu bapa mengetahui anaknya berbohong biasanya akan marah dan mengatakan bahawa bibit-bibit kenakalan mula muncul dari diri anaknya. Menurut ibu bapa juga, kenakalan anaknya dipengaruhi keturunan dan juga pengaruh luar yang negatif. Seolah-olah ibu bapa tidak bersangkut paut dengan pembohongan ini.

Sebahagian ibu bapa bersikap keras dengan memukul anaknya apabila anaknya berbohong, dengan sangkaan bahawa dengan perbuatan itu, anak tidak lagi berbohong. Namun, tindakan sedemikian tidaklah dapat menghentikan kobohongan anaknya. Anak-anak akan terus berbohong kerana dorongan pengaruh dalam hatinya.

Anak-anak tidak berbohong kerana nalurinya atau fitrahnya seperti yang disangkakan oleh ramai orang. Mereka menyangka manusia memang mempunyai naluri untuk berbohong.  Hal ini kerana berbohong merupakan cara khusus yang digunakan oleh seseorang dalam kehidupannya yang diperolehinya dari lingkungan sekitarnya atau dari gaya pembelajaran yang diterimanya sejak kecil.

Yang penting, sebelum ibu bapa memberi hukuman kepada anaknya yang berbohong, mereka harus mencari sebab utama dan motif jiwa yang mendorong anaknya berbohong. Kerana hal ini lebih baik daripada sekadar “mengubati” ketika anaknya berbohong.

Banyak sebab mengapa anak berbohong, antaranya :

  1. Kekerasan dan kesedihan
  2. Kesukaran memiliki sesuatu yang diingini
  3. Mudah terkenal
  4. Cemburu
  5. Dapat menyakiti orang lain
  6. Pembohongan yang fiktif (khayalan)

bersambung…

p/s: Pada siri 2, kita rungkaikan penyelesaiannya…

  • Delicious
  • Google Reader
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • Digg
  • Blogger Post
  • Hotmail
  • Multiply
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Plaxo Pulse
  • Plurk
  • Slashdot
  • Twitter
  • TypePad Post
  • Technorati Favorites
  • StumbleUpon
  • Squidoo
  • Yahoo Messenger
  • Yahoo Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Buzz
  • WordPress
  • Propeller
  • Bebo
  • Ask.com MyStuff
  • AOL Mail
  • AIM
  • Share/Bookmark

Related Posts

  1. Pendidikan Anak Bermula dari Sebuah Keluarga
  2. Mula mendidik sejak dari mengandung
  3. Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri
  4. Kanak-kanak Masa Kini ‘Berkulit Nipis’
  5. Emosi Kanak-Kanak : Marah

    Diantara tempat paling baik untuk menyimpan semua maklumat adalah di dalam email anda. Masukkan alamat email anda jika mahu semua post terkini terus sampai ke email anda:

Categories: Pendidikan

Comments (1)

Ummu Hura

March 10th, 2010 at 3:42 pm    

Ummu Hura

Ummu Abdullah, siri ke 2 dah keluar ke? Bila nak keluar?? hehe… *waiting…

Leave a reply

Name *

Mail *

Website