Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya.
Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.
Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.
Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai beberapa tips mudah untuk mengelakkan, mengurangkan, atau paling tidak sekiranya berlaku, bagaimana untuk menenangkan diri kembali dengan cepat.
1. Ikhlaskan niat
Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.
Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”
Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”
2. Rancang Pendidikan Anak
“If you fail to plan, you’re plan to fail”.
Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.
Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.
Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenai tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada Perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.
Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,
“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”
Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.
Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”
3. Ingat yang mereka adalah kanak-kanak
“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.
Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,
“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.
“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.
“oh ye ke…”
Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.
Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.
Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.
Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.
Artikel Berkaitan:




















Huhu..ana mengaku..ana bukan ibu yang baik.Begitu banyak kelemahan diri ini dan sangat-sangat panas baran.Mcm manalah nak didik diri ini terlebih dahulu supaya menjadi seorang yang penyabar
suhana shahril´s last blog ..Aqilah yang suka mengaji
Alhamdulillah….byk ilmu yg blh dipelajari slps membc artikel ini.Hilang sabar bertindak mengikut perasaan bukannya bertindak mengikut akal.
aha…tepat mengena diri, selalu terlupa point yang ketiga. Tiada yang lebih sempurna melainkan ia. Mendidik anak masa kini perlu mengikut masa dan zaman ketika itu. Supaya tiada anak berkata “mana sama itu masa ibu kecil, sekarang zaman enternet”. Anak sekarang semakin HEBAT, CEPAT dan Ter KEHADAPAN.
mudah-mudahan kita semua lebih sabar dan bijak bertindak dalam mendidik anak-anak.
Salam…
Saya mempunyai dua orang anak..keduanya lelaki.Anak sulong saya lelaki berusia 4 tahun…adik berumur 2 tahun…saya ibu yang bekerja,sejak bulan Feb tahun ini mereka dijaga oleh orang lain (pengasuh). Sebelum ini dijaga oleh nenek. Masalah saya anak lelaki saya yg sulong skrg tidak boleh ditegur. Mudah marah. Agak makan masa untuk dipujuk. Kalau hitam kata dia..hitamlah..kalau putih..putihlah…kalau dia sdg bermain2 diluar…saya panggil balik rumah..kdg2 dia marah saya semula…kdg2 tu cakap berlembut dengan dia…dia tak endahpun…kadg2 saya rasa hilang sabar juga…suami saya kerap juga menahan sabar dengan kerenah dia..anak saya ni dengan kata lain tidak takut kepada ibu dan ayah..sekarang saya dan suami cuba berlembut lg dgn dia..nasihatkan dia…sbb kami sering mengingatkan diri masing2 bahawa anak kami masih kanak2…adakah perkara seperti ini biasa?macamana cara untuk mendidik atau mengubah sikap anak saya ini?…
terima kasih.
kita hanyalah insan biasa yang terlalu lemah..Sabar itu perlu dipupuk wp kadang2 memang hilang sabar dengan karenah anak2. Mereka penyambung warisan, amanah Allah untuk kita corakkan…terima kasih atas perkongsian
fadzilah´s last blog ..Untung : Banyak atau sedikit ?
artikal ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri…mmg adakalanya kurang sabar…suami selalu mengingatkan utk sentiasa bersabar dalam mendidik anak2…betul..ibu selalu mengharap yang terbaik dari anak2…tapi segalanya datang dari Alllah.. Anak itu adalah amanah…AMANAH YANG AMAT BESAR..justeru, blog sebegini amat penting utk ibu muda seperti saya, utk dijadikan panduan dlm usaha membina generasi yg mengikut acaun berlandaskan Alquran n Assunnah.
@salwati
Fahami anak… insyaAllah anak akan memahami. Ajar anak berakhlak dengan semua orang tak kita pembantu rumah ke, pengasuh atau nenek… nanti saya akan tulis artikel berkenaan dengan “ketegasan kepada anak”… Lastly, ingat untuk banyakkan berdoa…
@fadzilah
InsyaALlah, moga kita sabar.. =)
@noorihan
kita harap yg terbaik dari anak, dan kita perlu jadi yg terbaik buat mereka, insyaAllah.. =)
trima kasih yg tak terhingga pada blog ni…selalu mengingatkan saya yg sering alpa. byk ilmu dpt kt sni disamping dapt muhasabah diri betapa bernilainya permata hati yg dianugerahkan….
Boleh kita sama-sama tolong ingatkan kan… =)
alhamdulillah…artikel ni amat bermanfaat, ternyata saya belum mampi jadi ibu yg sempurna. syukur dpt mengenali laman web ni…
Salam ..
untuk saya yang ada 3 boys ages 5, 4 and 11 mo ni, hilang sabar dek kerenah anak2 kadang tu macam dah takleh nak control.. dulu masa anak2 umur around 2 and 1, memang saya tak macam ni… malam tu bila tengok anak2 tidur, mula la menangis menyesal … tapi saya memang selalu bacakan doa yang diajar oleh Ustaz Zahazan kat anak2 “Allahuma kama hassanta Kholqohu, fahassin Khuluqohu” – maknanya – Ya Allah sebagaimana Kau telah elokkan kejadiannya, kau Elokkan lah juga Akhlaknya…
salam…
memang tidak dinafikan sebagai ibu,kadang kala kita tidak boleh lari dari perasaan kurang sabar..ana pun tak terkecuali…kadang2 bila sudah terjadi baru nak muhasabah diri..kesian pd anak2 apabila tengok dia tidur..baru menyesal..dan terdetik dalam hati tidak mahu mengulaginya lagi…tapi bila tiba ketika syaitan kurang sabar datang..tu la terjadi lagi…so..kena banyak mempelajari ilmu keibubapaan dalam islam.Insyaallah
subhanallah. artikel ini baik sekali untuk para calon ibu. walaupun umur saya masih panjang untuk menjadi seorang ibu namun artikel ini bagus sekali untuk mengingatkan saya jika saya memiliki anak kelak.
fitridian´s last blog ..PERKEMBANGAN KEPRIBADIAN ERIK H. ERIKSON
Salam, setelah membaca topik diatas baru saya sedar yang anak saya adalah satu anugerah yang amat besar dari ilahi…dan dia cuma seorang kanak2 yang baru kenal dunia…saya mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun,sudah masuk tadika..tapi sangat manja..semua kemahuannya kami penuhi…sangat kasar apabila kehendaknya tidak dituruti…dia kan pukul dan menumbuk saya..saya selalu menangis…dan buntu..mungkinkah salah saya dan suami dalam mendidik dia, saya dan suami panas baran dan anak akan selalu ‘kena’sekiranya buat perangai…sekarang saya dan suami cuba menggunakan pendekatan cara bercakap dengan lemah lembut dengan syarat dia berkelakuan sangat baik..dia akan dapat apa yang dia hajati..tapi setelah membaca artikal ini insyallah saya akan lebihbanyak bersabar..