SHARE

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun maih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Terima kasih kepada kumpulan perbincangan anakkusayang di dalam facebook, kami mula Nampak beberapa perkara yang menjadi concern utama para ibubapa di Malaysia. Bagi yang belum menyertai kami, jom join page portal anakkusayang di facebook dan jom berkongsi cerita di sana.

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Cepat atau lambat bergantung pada anak

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Mengapa anak lambat?

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan  selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Macam mana nak kesan ada masalah?

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

Hanya boleh satu perkataan

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Bagaimana meransang anak bercakap?

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.

SHARE

53 COMMENTS

  1. Perkembangan setiap anak adalah berbeza. Begitu juga dengan kebolehan untuk bercakap. Selagi anak masih dapat memberikan tindakbalas, maka ibubapa tidak perlu risau berhadapan dengan masalah anak yang lambat bercakap. Mereka perlu diberikan masa untuk bercakap dengan sendiri tanpa sebarang paksaan. Di samping itu, ibubapa boleh lebih banyak berbual dengan anak-anak bagi mempercepatkan proses tersebut.

  2. Memang kita sebagai ibubapa…hanya buat terbaik untuk anak2 nya seperti saya anak saya berumur 2 tahun…belum mahir bertutur hanya mengeluarkan perkataan seperti ayah kakak dan nak….saja….

  3. kadang-kadang kita memang menganggap anak sebagai seseorang yang kurang cerdas jika ia lambat berbicara. tetapi benar kata sang ibu di atas bahwa perkemabangan setiap anak berbeda. tugas kita sebagai orang tua menstimulus anak kita untuk meningkatkan perkembangannya.
    .-= fitridian´s last blog ..PERKEMBANGAN KEPRIBADIAN ERIK H. ERIKSON =-.

  4. sebagai ibubapa kami sangat risau pada anak kami yg belum pandai bertutur.umurnya sekarang nak masuk 5thn.dia pandai menyebut segala perktaan dan mahu mengikut arahan,bila dajar sebut perkataan sekali sebutan sahaja dia suda ingat,tp yg kami hairan susah sangat dia nak membuat ayat bila mau mintak sesuatu…persoalanya sekarang adakah anak saya akhirnya pandai bertutur?nak mintak pandangan anda

  5. Allahdulillah, anak puan berkembang dengan baik… Dari sudut percakapan, ibu bapa banyak memainkan peranan. Kerana ibu bapa yang paling banyak berinteraksi dengannya.

    Boleh cuba, ketika anak meminta barang, ajar ayat yang seharusnya digunakannya. Sebutkan ayat mudah supaya mudah untuk anak ikut. Sebab daripada apa yang puan ceritakan, anak puan sangat cepat mengingat, jadi sudah tentu tak susah untuk mengingat. Walaupun perkataan yang disusun dalam ayat agak sukar dikuasai oleh kanak-kanak usia 5 tahun, tapi, bila diulang-ulang, ia tidak lagi sukar.

    Contohnya, apabila anak inginkan susu. Anak saya yang berusia 15 bulan cuma cakap “susu” (dalam bahasanya)… Tapi saya lengkapkan ayat tersebut… “Nak susu”… Ulang dan ulang. Tapi bukan memaksa anak untuk sebut… InsyaAllah anak akan faham…

  6. anak lelaki saya berumur 3thn 4 bulan..saya keliru dengan keadaannya..dia masih tidak dapat bercakap seperti rakan sebaya y lain.saya tahu dia faham akan arahan saya y mudah..dan dia juga sudah pandai sebut..nak susu,cantiknya,adik,abang,atuk,tak nak dan beberapa perkataan lain.ada jg perkataan y hanya disebut hujungnya seperti makan kpd ‘kan’kencing ‘ching’.tapi bila org di sekeliling mula mempertikaikan kebolehannya bercakap,saya mulai bimbang..sbg seorg ibu,saya mahukan y terbaik utknya..apa y perlu saya buat

  7. anak saya berumur 3 tahun 4 bulan.tp dia masih belum boleh bertutur walau sepatah bahasa yg di fahami.dia byk mengeluarkan bahasanya sendiri yg xtahu makna apa2pun.sy dan suami agak risau dgn keadaan ini memandangkan tahun hadapan sy ingin menghantar dia ke taska.dia boleh berkawan tetapi bersifat dominasi dengan barang2 mainannya.dia sgt memahami arahan mudah.sy risau kalau dia mengalami minor autisme.

  8. Alhamdulillah….dapat juga ruang bicara yang saya cari-cari. Selepas membaca ruangan tajuk ini…hati saya lega kerana saya juga mempunyai masalah sama. Anak sulung saya lelaki dan ketika usia 3 tahun saya lihat dia lewat bercakap. Jadi saya hantarkan dia ke TADIKA semasa berusia 4 tahun untuk dia bergaul dengan kawan-kawan. Biasalah kita sebagai ibu bapa risau dengan keadaan anak so, saya dan suami bersetuju untuk bawa anak saya berjumpa doktor pakar. Saya buat begitu kerana saya mahu memastikan bahawa anak saya normal dan tidak perlu bersekolah khas. Alhamdulillah….hasil pemeriksaan dan ujian yang dijalankan, doktor mengesahkan anak saya normal. Dari segi pertuturan mereka akan bantu setiap 6 bulan untuk melihat perkembangan anak saya (speech theraphy). Masuk usia 5 tahun saya lihat banyak perubahan dan ayat-ayat baru yang dapat anak saya perkatakan. Guru Tadikanya pun perasan perubahan anak saya. Sekarang saya lenguh nak menjawab segala soalan dan perbualannya…..namun saya gembira dan syukur ke hadrat Ilahi. Bulan Nov’10 hari tu anak saya dah discharge dari rawatan doktor kerana perkembangannya sudah meningkat. Hanya tinggal satu lagi temujanji speech theraphy yang perlu dilalui iaitu pada bulan June’11. Sekarang saya tengah bagi tumpuan dari segi bacaan kerana anak saya belum pandai membaca. Namun…saya lega kerana anak saya boleh bercakap cuma bagi masa dan ruang untuk dia membuktikannya coz dia anak yang bijak.

  9. Salam…sekadar berkongsi pengalaman. Saya mempunyai 4 orang anak lelaki. Untuk pengetahuan, anak sulung saya sekarang berumur 8 tahun, dan dahulunya memang lambat bercakap. Seingat saya umur 3 tahun masih menggunakan isyarat untuk meminta susu. Umur 6 tahun masih tidak pandai membuat ayat untuk bertutur. Allah Yang Maha Tahu kerisauan saya pada masa itu. Rupanya ada hikmah disebalik itu, anak saya lebih pandai menggunakan ayat dengan bahasa yang cukup teratur kerana sentiasa dilatih menggunakan bahasa yang betul dalam tempoh pertuturannya. Kini adiknya yang berumur 2 tahun juga mempunyai masalah yang sama. Apa yang ingin saya nyatakan, jangan berputus asa… teruskan apa jua usaha membuat yang terbaik untuk si kecil. Semoga Allah permudahkan urusan. Amin.

  10. Sebagai seorang ibu atau bapa boleh teruskan usaha untuk meransang dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Setiap kali dia menyebut perkataan dengan pelat jangan ketawakan atau ucapkan “comel” dan apa-apa reaksi yang menggalakkan dia untuk terus pelat. Betulkan perkataan tersebut dan biarkan dia cuba ikut 2-3 kali. Dan berikan dia galakan untuk terus berkembang dengan ceria. Jangan menunjukkan kekecewaan kerana ia akan lebih mendatangkan kesan negatif.

    Usia 3 tahun 4 bulan dengan keupayaan bercakap seperti yang puan sebutkan itu adalah normal. Ada sesetengah anak yang akan mula bercakap dengan baik pada usia 5 tahun dan ini adalah normal. Asalkan dia boleh memahami arahan dan membina vocabulary perkataan-perkataan dari masa ke semasa.

  11. setakat ini..apa yang di terangkan di dalam web ini semua nya terdapat pada anak saya. arahan dan juga apa yang di mahukan semua nya ada ditunjukkan oleh nya. cuma hendak bertutur itu agak payah…. umur anak sekarang 6 tahun juga masih belum dapat bertutur.adakah masa untuk bertindak memulihkan pertuturan adalah lambat.

  12. tq kpd ibu2 yg sudi menyuarakn pendapat n bkongsi pengalaman,,,, kerisauan seorang ibu adalah saat anak berbeza pkembangan dgn lain,,,begitu juga sy,,anak brusia 2 1/2 namun ungkapan blum cukup jelas,,,,bile dibaca pgalaman2 mbuat ht ini sdkit lega…..tqq

  13. Salam,
    Saya berharap sgt kawan-kawan boleh berkongsi masalah anak ke-2 saya yang langsung tidak boleh bertutur (berumur 2 tahun 3 bln), malah tidak boleh memanggil ibu… macam mana nak mengenal adakah anak saya kategori autism? Sangat merisaukan bila dia tidak boleh bertentang mata dengan orang yang bercakap melain saya dan suami… hanya berkomunikasi dengan kartunnya.. menggunakan bahasa nya sendiri… dia hanya boleh bermain dengan abangnya shj…

  14. “Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.”

    Adakah dia dapat memahami arahan-arahan mudah? sekiranya dia dapat fahami, maka tak perlu risau, sebab kamus bahasa sudah ada dalam mindanya. Berikan dia masa untuk berkembang lagi.

    Selain itu perbanyakkan masa bersama dia dan ransang kemahiran berbahasa dia lebih lagi.

  15. Salam…anak lelaki saya berumur 2 tahun5 bulan. Masih tak bercakap. Kalau nak apa-apa, dia lebih suka tarik tangan saya dan tunjuk apa yang dia mahu. Yang peliknya, kadang2 dia boleh pula cakap perkataan yang betul tanpa pelat (Contoh: ikut,busuk,bukak), tapi bila saya minta dia ulang apa yang dia kata, dia diam. Dia memang tak akan ulang perkataan tu dua kali. Kadang2 saya terfikir adakah dia perkataan yang dia keluarkan itu benar-benar dia ucapkan atau berbunyi begitu secara tak sengaja (sebab dia suka bercakap dengan bahasa dia sendiri yang tak difahami). Ada tak antara ibu bapa di sini yang punyai pengalaman sama seperti saya? Terima kasih..

  16. assalam..
    anak saya berumur 2thn 10bln,spt yg di alami oleh mamaeusoff..Kalau nak apa-apa, dia lebih suka tarik tangan saya dan tunjuk apa yang dia mahu..dia bole memahami arahan kami dan bole berckp in single word tanpa pelat..tapi dia tak akan ulang perkataan tu utk ke dua kali.bertutur dlm ayat complete,amat sukar utknya.selain bole memanggil”mumy..ayah..nk minum..sleep..tv..bye2..take care..adik..abg..kakak” cth single word yg mudah..mmg risau sbg ibubapa melihat anak2 yg lain di awal umur 11bln sudah bole bertutur dgn jelas..

    selain itu,anak saya terlalu excited dengan gadget,tv/dvd player,laptop semua dia bole on/off dgn sendiri,browsing internet yg mudah spt u-tube,penggunaan mouse sgt tepat dgn hanya sekali lihat org lain lakukan,dia bole buat selepas itu dgn mudah..cuma dari segi percakapan dia agak terkebelakang..sekiranya ada para ibubapa/kaunselor bole berkongsi pendapat di sini,terima kaseh..sebarang pendapat amat di hargai dan kita kongsi bersama.

  17. Anak sulung saya lelaki skrang usia 3thn 2bln masih belum dapat bercakap walau sepatah perkataan, memanggil “ummi” n “abah” pun belum boleh. insyaAllah dgn nasihat yg diberikan oleh ruangan ini n doa yg tulus akan dpt mengatasi masalah ini. just think positive

  18. assalaamuaalaikum,

    usia anak lelaki saya 2 thn, namun masih x bercakap, hanya boleh panggil kakak, umar, umpah (tumpah), yak (berak)..sama spt mama eusuff & azlin, dia cukup suker dgn gadget spt laptop, hp. dia bole on/off laptop @ desktop dn sdri….cumer nak cakap tur lmbt ckit…

  19. ummi yusuf: cuba banyakkan bercakap dengan anak. Memang anak-anak sekarang gemar dengan alatan elektronik. =) dan, takpe kalau lambat sikit. Takde masalah. Kadangkala perkembangan organ anak lambat sikit berkembang. bukan sebab anak IQ rendah sebab dia memang genius… =)

  20. ummu wafi:
    Saya mencadangkan untuk bawa anak puan ke pakar kanak-kanak. InsyaAllah mereka dapat membimbing dan menasihati dengan lebih baik. Saya mendoakan yang terbaik juga.

  21. jumpa jugak topik ni. rupanya bukan saya saja yg mengalami masalah ini. lega rasanya bila baca komen n advice kat sini. risau juga bila org luar asyik komen cakap anak kita lambat. Jeles bila tgk budak yg sebaya anak saya(2thn 7bulan) dapat cakap dgn jelas&ayat penuh

  22. Assalamualaikum
    Mmg risau bila anak lambat berckp. tntu kita prnh mndngr tntg autisme. slh satu ciri autisme ialah lambat berckp atau masalah komunikasi.

    CIRI-CIRI AUTISME

    Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:

    i. Komunikasi

    Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:

    • Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.

    • Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak

    mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

    • Jarang menggunakan bahasa.

    • Sukar diajak bercakap.

    • Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

    • Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

    • Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

    • Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

    • Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

    Utk mengetahui lbh lanjut tntg autisme anda boleh layari laman ini:

    http://ppdlms.edu.my/pk/?p=712

  23. betul tu, jika perlu, bawa saja anak ke paediatrician… Jika tiada sebarang masalah alhamdulillah, paling best bila dapat advise daripada mereka…

  24. assalamualaikum… saya pun mempunyai anak lelaki berumur 3 tahun. Dia hanya sebut ayah…mama….bye ayah, bye mama…., nak bwa jumpa doktor pakar suami cakap tunggu dulu…kakak dia pun pandai bertutur umur 4 tahun. ikut kan rasa memang tak nak tunggu lagi.

  25. =) Takpe, mungkin ikut kakaknya tu. Kakaknya banyak cakap tak? biasanya kanak-kanak perempuan ni kan banyak cakap…

  26. kalau anak2 lmbt bercakap berbanding rakan sebayanya, cepat2 bawa jumpa speech therapist/ speech pathologist untuk penilaian lengkap kefahaman bahasa, pertuturan dan pragmatik. risau… kalau ada speech language delay/ disorder.

  27. alhamdulillah , semua posting yg ada di sini membuatkan sy smakin yakin dlm menangani masalha anak sy yg berumur 4 tahun dan masih belum bertutur dengan betul walaupun telah memasuki pra sekolah. Mulanya saya kurang yakin utk hantar dia ke sekolah takut kalau tidak siapa yang boleh memahami bahasanya.Namun atas nasihat beberapa kenalan yg menghadapi masalah anak lambat bertutur,tak mengapa kata mereka …kerana di sekolah nanti dia akan terpaksa bergaul dengan rakan2 sekolahnya. Memang benar kata mereka , beberapa bulan selepas itu sy mula nampak perubahan pd anak saya. Vocabnya telah bertambah dan pertuturanya semakin kreatif.
    Jadi, kpd ibubapa yg menghadapi masalah yg sama, jgn bimbang , selagi tiada simtom gangguan pd 5 derianya..bermakna anak anda hanya dikategorikan sebagai lambat bercakap tetapi bukan masalah lain.walaubgmanapun sehingga saat ini saya masih meneruskan usha agar percakapanya menjadi lebih baik.selebihnya bersabar dan bertawakal, insyaallah!

  28. rasa lega bila baca forum ni.anak saya umur 1 tahun 3 bulan.dia hanya pandai cakap ‘ma’ sahaja.saya risau kerana anak saudara saya yang sebaya dengan anak saya sudah pandai cakap.contohnya ‘abah,abang,kakak,ayam,’..

  29. anak lelaki akak lahir ujung bln 12 /2007..kalau ikut bln… ujung thn nie baru masuk 4 thn tapi kalau ikut thn 2012 umor dia dah 5 thn.. dan selayakanya dah dihantar ke tadika tp mcm masalah diatas ler… anak akak masih kurang petah berckp.. hanya akak dan kakak dia jer faham apa dia hendak…..risau nanti cikgu tidak faham apa kehendaknya…. dari cara dia mmg dia berckp byk tapi x tau apa dia kata…. dan byk perkataan cm susu jadi nisu…. kencing jadi nicing…….

  30. Puan nik hasni, tak mengapa, bila anak bergaul, lagi banyak perkataan dan teknik bercakap yang anak akan belajar. buat masa sekarang galakkan anak mendengar nasyid2 kanak2, bila otot percakapannya selalu berlatih, insyaAllah kebolehannya bercakap akan meningkat…

  31. Selmat sejhtra semua….Anak sy juga ketika usia 2 tahun hny menyebut aka (kakak)….Ketika usia hampir 3 tahun sy berkenlan dengan seorg kaunselor uitm, segamat. Beliau telah meruqyah madu khusus untuk anak saya….kemudian sy perlu menyapu madu tersebut pada lelangitnya, bwh lidahnya n d bibirnya…ALHAMDULILLAH sy x ingat jangkamasa berapa lama yg pastinya sebelum melangkah k alam persekolahan pd usia 4 tahun atas nasihat seorg doktr……byk perkataan (walau sebutan belakang sahaja kebnyakknya)yg telah keluar dari mulutnya!!!!!Perkembanganny semakin positif walau x sperti rakan sebaya lain yg petah…tetapi itu sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga….setiap hari sy menyapunya hng kini sambil saya dgalakkn membca2 potongan ayat Al Quran tiap kali disisnya terutama waktu nak tidur atau waktu2 klapangan….tapi saya x ingat sekarang…maklum ketika bulan puasa n hr ry ni sy terus x buat….InsyaALLAH akan dusahakan semula. Yakini lah bahawa meruqyah adalah salah satu rawatan yg patut ddahulukan kerana AL QURAN merupakan MUKJIZAT nabi kita MUHAMMAD SAW…..Sebagaimana yg telah dkatakan oleh IBNUL QAYYIM AL-JAUZIYAH dlm karyanya yg bertajuk SISTEM PENGUBATAN DI ZAMAN RASULULLAH SAW terbitan Pustaka Ilmi….”Barangsiapa yg mencuba lafaz-lafaz ruqqiyah, ia akan menyedari betapa ia sangat memerlukannya. Ruqqiyah dapat menghilangkan kemudaratan yg dideritai seseorg n dapat menghindarkan diri dari kemudaratan yang mungkin terjadi stelah pengubatan dilakukan. Namun semuanya itu, tergantung kepada kekuatan iman yang dimiliki oleh org yg melakukan ruqqiyah itu, kemantapan jiwanya dan kebulatan pasrahnya serta keteguhan hatinya berMOHON LANGSUNG KPD ALLAH SWT.”
    Ianya sekadar perkongsian….terutamanya ibu2…ingat doa kita sebagai ibu???? Tetapi janganlah kita bergantung kepada perawat2 islam semata2. Kita sebagai ibuayah juga perlu buat solat hajat n meneruskannya tanpa jemu…jgn hr ni sapu esoknya tidak…hari ni bc esoknya tidak…kesungguhan perlu ada…Kami telah mencuba n berjaya melihat perubahan yg begitu ketara….ALHAMDULILLAH. Akan tetapi kami juga telah menghantar anak lebih awal ke sekolah berbanding abang-abang n kakaknya….ia juga 1 proses yg sangat membantu….kerana penglaman kami…malam nak k sek da x nyeyak tidurnya….paginya dia bg signal, tunjuk pampers yg dipakainya sambil menyebut nanak nanak (tdk mahu pakai pampers)….2 minggu kemudian dari waktu balik sek hnggalah waktu tidur…anak kami tidak berhenti menyebut chiiikgu…n kini usia 4 tahun 6 bulan kami merancang untuk membawanya k speech therpy pulak sebagai langkah susulan n usaha yg seterusnya….Jom kita dahulukan ALLAH….

  32. Selmat sejhtra semua….Anak sy juga ketika usia 2 tahun hny menyebut aka (kakak)….Ketika usia hampir 3 tahun sy berkenlan dengan seorg kaunselor uitm, segamat. Beliau telah meruqyah madu khusus untuk anak saya….kemudian sy perlu menyapu madu tersebut pada lelangitnya, bwh lidahnya n d bibirnya…ALHAMDULILLAH sy x ingat jangkamasa berapa lama yg pastinya sebelum melangkah k alam persekolahan pd usia 4 tahun atas nasihat seorg doktr……byk perkataan (walau sebutan belakang sahaja kebnyakknya)yg telah keluar dari mulutnya!!!!!Perkembanganny semakin positif walau x sperti rakan sebaya lain yg petah…tetapi itu sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga….setiap hari sy menyapunya hng kini sambil saya dgalakkn membca2 potongan ayat Al Quran tiap kali disisnya terutama waktu nak tidur atau waktu2 klapangan….tapi saya x ingat sekarang…maklum ketika bulan puasa n hr ry ni sy terus x buat….InsyaALLAH akan dusahakan semula. Yakini lah bahawa meruqyah adalah salah satu rawatan yg patut ddahulukan kerana AL QURAN merupakan MUKJIZAT nabi kita MUHAMMAD SAW…..Sebagaimana yg telah dkatakan oleh IBNUL QAYYIM AL-JAUZIYAH dlm karyanya yg bertajuk SISTEM PENGUBATAN DI ZAMAN RASULULLAH SAW terbitan Pustaka Ilmi….”Barangsiapa yg mencuba lafaz-lafaz ruqqiyah, ia akan menyedari betapa ia sangat memerlukannya. Ruqqiyah dapat menghilangkan kemudaratan yg dideritai seseorg n dapat menghindarkan diri dari kemudaratan yang mungkin terjadi stelah pengubatan dilakukan. Namun semuanya itu, tergantung kepada kekuatan iman yang dimiliki oleh org yg melakukan ruqqiyah itu, kemantapan jiwanya dan kebulatan pasrahnya serta keteguhan hatinya berMOHON LANGSUNG KPD ALLAH SWT.”
    Ianya sekadar perkongsian….terutamanya ibu2…ingat doa kita sebagai ibu???? Tetapi janganlah kita bergantung kepada perawat2 islam semata2. Kita sebagai ibuayah juga perlu buat solat hajat n meneruskannya tanpa jemu…jgn hr ni sapu esoknya tidak…hari ni bc esoknya tidak…kesungguhan perlu ada…Kami telah mencuba n berjaya melihat perubahan yg begitu ketara….ALHAMDULILLAH.Jom kita dahulukan ALLAH….

  33. Salam.. Sy menghadapai masalah yg sama sprti puan2 dia atas. Bln dpn anak sy genap 3 thn tpi masih belum dpt bercakap 2 patah perktaan lg. Hanya mama,papa,nek & nanak. Itupun ketika dlm keaadan terdesak krn apabila minta diulang die hnya mendiamkan diri. Bile ingin minta ssuatu/ajak bermain die akan tarik tangan kita. Ttpi die memahami arahan mudah. Bile bnyk kli dgr arahan same disuruh berulang kli,die akn phm & mengikutinya. Suami sy ketika kecil dulu lambat bercakap. Adakah anak sy mengikut jejak suami sy? Atau adakah die mempunyai ciri autisme? Die cepat ikut ape yg org buat & perkembangan tubuh bdn die pun cepat. Tggi dh same dgn budak umur 4 thn,bdn semangat. Sy risau & takut klu die tegolong dlm lingkungan org krg upaya.. Sy rancang nk rujuk pkr di hukm utk kepastian..

  34. Salam semua, qaseh anak sy still x dapat cakap, berusia 2 setengah tahun..amat merisaukan sy dan seluruh ahli keluarga, semua sepupu yang sebaya dah pandai cakap..macamaner sy nak ransang dia supaya dapat mengeluarkan patah2 perkataan yang mudah.

  35. Salam.. Anak saya sudah pun berumur 5 tahun, tahun depan 6 tahun.. saya sudah masukkan anak saya ke sekolah tadika.. tetapi anak saya masih belum mampu bertutur dgn baik.. dia faham apa yg disuruh, tetapi dia tak boleh nak cakap dalam ayat yang panjang.. kami semua tidak memahaminya.. anak saya juga masih “mengences” masih mengeluarkan air liur.. saya pelik dgn keadaan ini dan amat bimbang juga dgn perkembangan nya..

  36. Salam…ade sesiapa tak yang mempunyai masalah sama dengan saya..meh kita kongsi..anak saya berusia 2 thn 1 bln hanya boleh sebut hujung2 perkataan contohnya lori jd ri,kereta jadi ta,pendek citer dia hanya blh sebut satu suku kata sahaja,tp dia dh blh gabungkan perkataan tu jd ayat cth nak lak(nak coklat),dia tak boleh nk sebut perkataan dengan betul.ade sesiapa tak yg mempunyai anak bermasalah mcm tu..adekah ianya normal kerana jika dibandingkan dengan kwn2 sebaya dgn nya blh berckp 2 sukukata..meh kongsi citer..

  37. salam,..anak saya 3 tahun 6 bulan..masih tak dapat bertutur dengan baik.gaya pertuturan ala ala cakap jerman dan jepun gitu..saya pun pening.. cuba mengajar tapi dia menjadi semacam pelik.adakala saya rasa anak ada masalah..gaya jalan dia adakal sengaja dibuat macam keras…ada cadangan? hubungi atau msg saya 016-4646763 min.tq

  38. Salam, anak saya yg ketiga lelaki berusia masuk 5 tahun. Boleh bertutur tetapi tidak fasih. sering menyebut perkataan yg sama dan ayat yg pelik. selalu menggunakan perkataan itu dan ini dihujung ayat seperti”Ayan tidak suka itu..”, “Ayan suka kucing itu”, “Ayan tidak suka minum ini”
    Selain itu, apabila melakukan sesuatu dia akan terlalu asyik sehinggakan berulang kali memanggil namanya pun dia tidak hirau kerana leka. Contohnya apabila menonton rancangan kartun yg digemari, dia seolah-olah berada dialam kartun tersebut.. berkali-kali dipanggil dia seakan khayal.. biasanya cara kami memberhentikan khyalannya ialah dengan memanggil namanya diikuti dengan ayat “Ryan tidak dengar daddy panggil?” biasanya dgn ayat begitu dia akan memberi tindak balas dgn menyahut “dengar…”
    Satu lagi sikapnya yg merisaukan kami ialah sikapnya yang suka mendominasi apabila bermain dgn kakak atau adik atau rakannya (jiran). Dia tidak suka berkongsi permainan. bila ada yang mengusik atau cuba bermain bersama dia akan marah/merebutnya kembali dan akan menangis jika tidak mendapat apa yg dimahukan.. dia juga bersifat ingin menang saja bila bersaing.. misalnya kakaknya mengusik “siapa paling cepat makan dia menang” dia akan mula menangis bila dia ketinggalan.
    Saya takut apabila dia masuk tadika tahun depan, dia hanya akan asyik menangis kerana berebut permainan atau kalah dlm persaingan. Dan yg lebih merisaukan bila dia asyik bermain dia langsung tidak mendengar apa yg cikgu cakapkan kerana leka berkhayal dgn permainannya..
    Jika ada sesiapa yg ada pengalaman tolong share ya.. Terima kasih..

  39. salam…alhamdulillah,akhirnya yda jumpa jg tmpt utk share problem…anak yda yg 1st umo 2thn 3bln masih blm pandai b’tutur…sebut ibu/abah pn lgsg xde…cume bhs isyarat/bhs dia sndri kalo mahukn sesuatu…tp ade jg 2/3 suku kata yg dia blh sebut cthnye:-mi(sumi),kuk(biskut),gigi(berus gigi)…mcm p’kataan2 lain cthnye ibu,abah,adik,dia hny akn ikut kalo kite yg sebut,tu pn ikut angin dia jgk…kalo x,m’jerit jela bhsnye…tp dia fhm kalo kite bg arahan2 ringkas n faham simple vocab t’tntu…cthnye sruh ambilkan remote tv…ambilkan bantal,surat khabar,sikat rambut,topi…masalahnye dia xnak mnyebut p’kataan tu…asyik jerit je…sy sgt2 risau…ada sesiapa tak kt sini yang tahu pusat pakar untuk train kanak2 yg lmbt b’cakap di kawasan klang,s’ngor….?

  40. Puan yda: Pandai cakap sebenarnya tu, cuma ibu bapanya perlu tegas, untuk minta sesuatu bukan dengan cara menjerit, tapi minta dengan baik. Maaf kalau saya salah faham dengan perkataan “menjerit” tu… Tapi jika anak-anak meminta sesuatu dengan cara begitu, sepatutnya diperbetulkan. Agar anak tahu tatacara sebenar untuk bertindak.

  41. Salam..semua ibu bmbang jika anak lmbat bcakap.anak sulung saya masa cukup 2thn,byk ckp bahasa dia je.walau diajar ckp,dia xdpt nk simpan, dan gunakan.mula2 kecewa.lama2, saya kerap byk bertanya..cthnya bila dia kata susu,sY akan tnya siapa nak susu,kemudian sy akan bykan sentence.cth,’ibu,abg nak susu’.bila dah siap sy akan tanya, ckp ape?..”cih”.sy akan betulkan, “terima kasih”.dan sy akan balas “sama-sama”.dan skrg umur 2thn 3bln..mulut becok..penat pla melayan.;)tp heppy coz byk suku kata yg dia dah pandai guna.

  42. assalam…sy mempunya seorg anak lelaki yg berusia 2tahun 5bln…tp x pndai bercakap lagi…malah x pernah panggil sy ibu..yang membuatkan saya lebih risau,budak yg seumur dgn dia dh pndai berckp,malah petah bercakap…..bl dia nak sesuatu dia akan tarik tgn saya..dia kerap tgk crt kartun upin ipin…gaya upin ipin dlm cerita dia leh hafal,tp msih jgk x leh bercakap.tp dia fhm n buat ap yg sy akan suruh…contohnya tutup tv,buka seluar,mndi,buka pampers…dia akan buat…dia aktif…sy terfikir utk bawa dia jmp doktor pakar…tlg lah bg pendapat tntg anak sy ini…ibu sy dikampung risau sgt…dia takut anak saya ini bisu….dia cuma boleh sebut kak(buka) kalo dia suruh sy buka keropok….

  43. assalam…anak saya skarang berumur 5 thn. saya dah hantar dia masuk ke prasekolah. anak saya masih belum mampu bertutur dgn baik.. dia faham apa yg disuruh, tetapi dia tak boleh nak cakap dalam ayat yang panjang.saya kadang2 faham apa yg dicakapkan, kadang2 x paham…dia juga kurang bergaul dengan rakan2…main sorang2 dan suka menjerit. Jika ada sesiapa yg ada pengalaman tolong share ya.. Terima kasih..

  44. sy adlh ibu beranak 1..ank sy berusia 1 thn 2 bln..kbetulan dia ada appoinment dgn pkar krna sy mlahirkan dia scara ceasarian (keadaan ank lemah & hypo)..smsa bjumpa dgn pakar br2 ni pakar ade tnye ttg pkembangan ank sy..ank sy cpt bjalan (10bln),tumbuh gg (7 bln)namun dia dpati ank sy blm pndai mnyebut perkataan mudah yg ade mksud cth sperti mama,papa,susu,nak..tp sy thu ank sy faham dan blh terima arahan..cth apbila sy suruh ambil ape2,dia akan pegi ambil..ape yg mnyedihkan sy bila pakar tu ckp ank sy lmbt bcakap mgkn krn IQ ank sy rendah,& blh di kategorikan sbg ank OKU..pakar beri mase slama 6 bln lg (tarikh jmpe pkar yg sterusnya ketika dia berumur 1thn 8bln) utk mlihat pkmbangan ank smada blh bcakap atau tdk..kalau msih xblh bcakap,dia akan buat ujian smada ank sy dlm kategori OKU atau tdk..ade sape2 yg blh bantu atau bg nasihat kt sya atau ade ape2 doa t’tentu yg blh diamalkan spya anak lkas bcakap..tq..

  45. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    saya ayah kpd 2 org ank.ank yg petama perempuan dan yg ke2 lelaki.saya ada masalah pd ank yg ke2.umur dh nk masuk 4thn(ogos 2008)tp masih tak bleh becakap dgn jelas berbanding dgn kakaknya umur 2thn pun dh bleh becakap.ayah mana yg x risau.dia suka mengajuk kata2 dlm kartun yg dia tonton.dia paham ka tak,saya pun x tahu.dia sukar diajak becakap.walaupun hari2 saya tanya soalan yg sama.ada 1ptg tu saya nk bwk dia ronda2 nek moto.tiba2 dia kata’nak p mana’ saya tekejut.dan bila saya tanya blk’adik kt pa td’terus dia diam dan senyum ja.ni pekataan yg dia bleh sebut.taki,angan,ambut,tlinga,mata,gigi,jangan,cepat,amau,lali,takut,ibu,ayah,takak,mak,andi,tejuk.apa masalah ank saya ni?ada sapa2 bleh share.?

  46. hi,saya mama kepada 2 anak perempuan.yang sulung umur
    2tahun 10bulan dan yang kedua 1tahun 1bulan.anak sulung saya sekarang sangat petah dan fasih bercakap.dia mula belajar bercakap pada umur 1tahun 8bulan.tipsnya mudah sahaja…bila bercakap dengan anak biarlah menggunakan ayat yang betul dan jangan sesekali mengikut cara pelat anak bercakap.contohnya ‘mari makan’ jangan sebut ‘mari momom’.kemudian saya biasakan anak mendengar muzik dari bayi lagi.muzik dan video lagu kanak-kanak sangat berkesan membantu anak bercakap lancar.sekarang anak sulung saya mengajar adiknya bercakap..menyanyi..memang sangat seronok.

  47. salam semua, saya ibu kepada 2 anak lelaki juga mengalami masalah yang sama seperti tuan2 dan puan2 semua, anak lelaki kedua saya lahir ogos 2008 umurnya hampir 3 tahun 6 bulan. ketika lahir ada sedikit komplikasi iaitu saya mengalami pendarahan ketika 36 minggu kerana uri di bawah dan terus lahir secara caesarean. hingga kini doktor tidak dapat kaitkan perkara itu dengan anak saya yang lambat bercakap. perkembangan fizikal juga lambat iaitu lambat merangkak dan mula berjalan ketika umur 1 tahun 4 bulan. kini anak saya hanya boleh memanggil ibu dan ayah, kadangkala faham arahan tetapi adakalanya seperti tidak memahami arahan. dia bercakap bahasa yang hanya difahami olehnya, selalu menarik jika inginkan sesuatu. selalu menyanyi rentaknya betul tetapi liriknya hanya dia yang tahu. saya sudah berjumpa pakar kanak2 ppum dan br menjalani ujian pendengaran, ternyata tiada masalah pendengaran. temujanji dengan pakar pertuturan masih lambat lg iaitu awal mei ini. saya harap kenalan di sini dapat membantu memberi nasihat atau cara2 yang saya boleh gunakan untuk mengajar anak saya sendiri di rumah. terima kasih. saya berhasrat nak menghantarnya ke tadika tahun hadapan tetapi risau kerana dia masih memakai lampin.

  48. anak saya berumur setahun setengah,dia juga lambat bercakap berbanding kakaknya,tapi sekiranya saya memberikan arahan dia faham dan melakukannya dengan betul…tapi sy tetap risau kerana dia masih belum dapat menyebut perkataan seperti air,makn…..

LEAVE A REPLY