Inginkan Motivasi Diri Untuk Berjaya? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Atasi Anak Gagap

Atasi Anak Gagap

IMG_4701

Adakah anak anda gagap dalam pertuturannya? Atau mereka pernah gagap pada satu-satu masa kemudian mereka bercakap lancar semula? Saya pernah mengalami hal ini. Abdullah, ketika itu umurnya lebih kurang 2 tahun.

Abdullah mula gagap dalam pertuturannya hampir 1 bulan. Ketika itu saya tidak panik. Saya cuba mencari bahan mengenai hal tersebut. Alhamdulillah saya terjumpa.

Sebenarnya anak-anak kecil gagap kerana banyak sebab. Antaranya adalah kerana mereka baru mula bercakap, kemudian gopoh untuk bercakap. Maksud saya, cuba bercakap laju tapi tidak mampu. Mungkin juga ia adalah disebabkan masalah kekeliruan bahasa. Kerana anak saudara kepada kawan saya mengalami hal itu. Oleh sebab ibu bapa cakap “rojak” di rumah, maka anaknya keliru dengan bahasa. Ada yang gagap, ada juga yang kurang bercakap atau lambat bercakap.

Apa yang saya perhatikan kepada Abdullah, dia gopoh atau “kalut” untuk berkomunikasi ketika itu. semuanya ingin diberitahu. Kemudian apa yang nak diberitahu tersekat kerana perkataan itu lambat keluar dari mulutnya. Ketika itu, saya tidak membetulkan pertuturannya. Adakalanya saya menolongnya menyambung apa yang ingin dituturkannya.

Bagaimana menghadapi anak yang gagap?

1. Setelah anak habis berbicara, minta pada anak untuk tarik nafas dalam-dalam. Kemudian biarkan dia beraktiviti semula. Hal ini akan membuatkan anak anda tenang sebentar dan tidak gopoh dalam bertutur.

2. Beritahu anak untuk berbicara dengan tenang dan lambat. Kadang-kadang anak-anak terlalu gembira untuk menceritakan segalanya. Tenangkan dia terlebih dahulu.

3. Ulangkan perkataan yang sukar untuk disebut itu beberapa kali agar dia sebut dengan lancar semula.

4. Puji anak ketika dia mula bercakap dengan tenang dan lancar.

Hal ini saya laksanakan kepada Abdullah. Alhamdulillah kurang satu bulan, pertuturannya mula lancar semula.

Mengajar anak berenang adalah satu pencegahan yang sangat baik. Kerana dengan aktiviti ini, anak belajar untuk mangawal penafasan. Hal ini berkait dengan masalah gagap tadi. Rupanya banyak hikmah mengajar anak renang ni ya…

P/S: Saya tak ‘berkesempatan’ lagi untuk bawa anak berenang. Penggantinya, saya ajarkan anak untuk tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus. buat beberapa kali dalam sehari.

Wallahua’lam


Artikel Berkaitan:

    Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung
    Emosi Kanak-Kanak : Marah
    Relevenkan Televisyen dengan Pendidikan Anak
    Benarkah kita ingin anak genius?
    Pendidikan Anak Hujung Jari

filed under: Pendidikan Tagged with: , , , , , ,

5 responses to "Atasi Anak Gagap"

  1. oo, antara pencegahannya adalah mengajar anak berenang

  2. roz roz says:

    Salam…

    terima kasih… kadang2 anak saya adam jugak mengalami situasi yang sama… tapi saya gembira, sekurang2nya dia mencuba utk bercakap… Insya Allah saya akan cuba tips ummuabdullah

  3. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    =) silakan roz… =)

  4. Zie Zie says:

    Thanx a lot ummu abdullah, anak saya sedang mengalami masalah ini…sblm ni saya minta dia tarik nafas dalam2…baca bismillah dan smbg kembali aktivitinya..kadang2 saya pun cuba hintkan perkataan yg dia nk katakan…
    Saya semakin risau sebab minggu ni makin susah dia nak sebutkan sesetengah perkataan…br terfikir nk cr pakar..
    alhamdulillah lps baca artikel di atas, saya rasa kembali tenang sbb bkn anak saya seorg yg ada masalah ni…
    mgkn smua boleh terus berkongsi pengalaman utk kebaikan bersama…

    TQ Ummu Abdullah..

  5. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Alhamdulillah…
    InsyaAllah, kita akan terus berkongsi karya dan informasi…
    doakan…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.