Rasa Malas? Klik Disini!
Powered by MaxBlogPress 
Your are here: Home // Pendidikan // Pendidikan anak : Apabila anak lebih suka menjadi nakal

Pendidikan anak : Apabila anak lebih suka menjadi nakal

Abdullah buat apa tu?Pernah rasa yang anak anda sengaja menjadi nakal? sengaja melakukan sesuatu yang anda tidak suka? itu tandanya mereka ingin kan perhatian, dan cara untuk mendapatkan perhatian yang paling mudah adalah dengan menjadi “nakal”.

Susah untuk buat tak peduli bila anak nakal, tapi apabila anak berbuat kebaikan, mudah sangat kita terlepas pandang.

Jadi teori untuk menyelesaikan perkara ini adalah, Jangan pedulikan dia apabila dia sengaja berbuat nakal, atau menangis sekuat-kuat hati. Akan tetapi perhatikan dia dalam keadaan lain.

Suatu hari, Abdullah menangis sekuat-kuat hati, biasanya kami akan terus datang memujuk. Setelah pujuk pun dia tak nak diam, kami berpakat dua orang untuk biarkan sahaja dia menangis sorang-sorang.

Setelah beberapa lama, baru abi dia datang pujuk (tak sampai hati… huhu…), ummi dia tetap berkeras.

“Kenapa hari tu waktu Abdullah menangis, ummi biarkan saja?” soalan itu keluar keesokan harinya.

“Ummi tak suka la Abdullah nangis kuat-kuat” saya jawab.

“Ok, lepas ni Abdullah tak menangis dah”. Huhu…

Kalau anda betul-betul mementingkan pendidikan anak, cuba ambil masa sehari dan catat berapa kali anda menegur kesalahan anak dan berapa kali anda memuji mereka.

Di dalam al-Qur’an ayat yang menceritakan tentang keindahan syurga dan kenikmatan syurga adalah dua kali lebih banyak dari ayat yang menceritakan kedahsyatan neraka. Maka dari situ boleh nilai adalah cara pendidikan anak kita mengikut al-qur’an atau cuma mengikut perasaan semata-mata?

Artikel Berkaitan:

    Pendidikan anak : Mengintip kesalahan anak
    Bahasa Bayi, Menjadi Ibu Yang Memahami
    Impian Menjadi Ibu
    Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri
    Pendidikan anak : Bagaimana memuji anak

filed under: Pendidikan Tagged with: , , , ,

6 responses to "Pendidikan anak : Apabila anak lebih suka menjadi nakal"

  1. kakyong kakyong says:

    fikri pun suka buat perangai.. nanti dia akan ngamuk2.. lari masuk bilik.. ibu nyer buat derk jer.. *dah penat memujuk & cakap elok2.. tp dia buat ikut suka hati dia jer*

    bila dia dah ok (dah habis nangis..) dia kuor bilik… dia main2 balik.. pandang ibu jeling2.. bila ibu buat dek.. dia terus meluru datang peluk ibu… pastu nangis tersedu2, minta ehsan..

    time tu la nak ckp apa pun.. selalu pun ibu cakap, “ibu tak suka abg buat perangai mcm ni… tak elok & tak baik. abng ingat tak ni…” cehhh, beriya2 jer dia akan cakap ‘abang ingat..’ tapi esoknya buat lagi…

    tapi part yg dia meluru & peluk ibu tu yg tak menahan… kalo sekali tiga2 mari meluru nak peluk ibu.. mau lemas ibu dibuatnye…

  2. nadnye nadnye says:

    ohh yang nie mmg tak boleh nak lari.. sekarang nie si Abg Uzair tengah sibuk nak menyakat adiknya sarah.. kalau dilarang makin buat.. last2.. kitaorang berpakat(abg uwais, maknya dan sarah) tak nak kawan dengan dia… mula-mula dia baling barang.. kitaorang buat dunno jugak.. last2 baru dia datang, salam dan peluk maknya… macam2 budak2 nie

  3. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Tu la anak-anak… dan kite pun sebenarnye… bile dah insaf, nanti tak lama ulang balik perbuatan tu… kan? kene banyak bersabar dalam mendidik, bukan bersabar lepas tu tak buat apa-apa…

  4. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    Sebenarnya dia nakkan perhatian, dengan menjadi nakal dia lebih mudah dapat perhatian…
    Jadi jangan bagi perhatian kat die bila dia jadi nakal…

  5. infoGue infoGue says:

    hai salam kenal artikelmu udah ada di

    http://keluarga.infogue.com/pendidikan_anak_apabila_anak_lebih_suka_menjadi_nakal

    gabung yuk n promosikan artikelmu di infoGue.com. Salam ^_^

  6. ummu_abdullah ummu_abdullah says:

    terima kasih, insya’allah…

Leave a reply

Copyright © 2009 Blog Anakkusayang : Bicara Pendidikan Anak . All rights reserved.
designed by alfatihstudio.