Tahukah anda bahawa kanak-kanak yang belajar lebih daripada 1 bahasa akan mencapai 1 tahap penguasaan bahasa yang sama dengan kanak-kanak yang bercakap 1 bahasa sahaja.
Zurer Pearson, B., Fernandez, S. C., Kimbrough Oller, D. , 1993.
Maksudnya:
Kanak-kanak dapat belajar 2 bahasa dalam satu masa. Pada awalnya, mereka mungkin dapat menguasai sedikit sahaja perkataan dalam setiap bahasa yang dipelajari. Akan tetapi, ia bukan bermakna kanak-kanak ini bermasalah dalam bahasa. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda mengajar dua bahasa kepada kanak-kanak, kosa kata kanak-kanak ini sama sahaja dengan kosa kata yang terdapat pada kanak-kanak yang hanya belajar satu bahasa sahaja. Sesetengah ibu bapa risau anaknya akan melupakan bahasa kandung atau bahasa ibunda mereka. Hal ini ternyata tidak benar. Selagi mana ibu bapa menggunakan bahasa yang teratur di rumah, maka kosa kata bagi bahasa di rumah itu akan terus berkembang pesat.
Pearson, B. Z., Fernandez, S. C., Lewedey, V., & Oller, D. K., 1997
Artikel Berkaitan:





















Belum istiqamah lagi untuk speaking dengan anak2…
Salam.. saya mmg ingin mula mengajar anak2 menggunakan 2 bahasa dlm hidup seharian, tetapi kdg kala anak2 agak sukar ingin mengikut, mungkin dsebabkan sudah terbiasa dgn bahasa melayu yg selama ini digunakan di rumah.
huhu, kak pija dah terrer mengajar anak dah…
Kadang tak perlu speaking pun, ajar pun dah ok.
Miza, kadang-kadang mungkin belum nampak hasil…
Tapi ibunya lebih faham situasi anak-anak… =)
saya ada terbaca..
anak yg diajar lebih dari 1 bahasa akan keliru.
betul ke?
hurm, saya juga pernah dengar, tengah kaji lagi ni… Tapi banyak teori yang mengatakan tidak… istilahnya bukan keliru, tetapi lambat sedikit dalam berbicara di awal usia.
Salam ziarah…salam kenal…
Benar kata anda…anak-anak ibarat ’sponge’ yang boleh mempelajari pelbagai bahasa. Malah kajian menunjukkan yang mereka dapat menguasai 5 bahasa jika dilatih sedari kecil.
Bahagia jika anak2 kita dapat menghafaz al-Quran di usia rebung.
ibunoor´s last blog ..Get a life!